Monday, December 28, 2009

Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..


[song by: Kris Dayanti]

Hey Ladies!!!

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


[Lagu: ROSSA]

Tuesday, December 22, 2009

Jom Tengok Wayang?

semlm after maghrib me, k.sue n k.bib pegi puduraya beli tiket balik dr. Jb. Dpt jgk akhirnya bas on 27 Dis. 2009 jam 2.30ptg. Malas nk balik awal pagi, better tghri. harap2 balik nnti tk la jem. some more tk larat nk drive back, letih la badan. Lepas beli tiket tu, ingatkan nk lepak kt kedai mamak ke apa. last2 kitaorg masuk Capsquare, apa lagi... tengok wayang la..huhu. ingatkan nk tengok "Storm Riders", takde la pulak. kami redah tengok film "Avatar", itupun suggest dr aweq kaunter tiket tu ha.. katanya best.
actually, i don't knw abt this movie, until last nite. memang best giler la. Kira tahun 2009 ni movie yg paling gempaq - Transformers 2 & Avatar. aku rasa nk pi lagi masuk panggung tgk avatar ni..huhu.



'AVATAR' review:
Avatar is a 2009 American-British epic 3-D science fiction film written and directed by James Cameron, and starring Sam Worthington, Zoë Saldaña, Sigourney Weaver and Stephen Lang. The film was produced by Lightstorm Entertainment and distributed by 20th Century Fox. It premiered in London on December 10, 2009, and was released in the United Kingdom on December 17, 2009, one day prior to its theatrical release in the United States.

The film begins in 2148 and focuses on an epic conflict on Pandora, an inhabited Earth-sized moon of Polyphemus, one of three fictional gas giants orbiting Alpha Centauri A. On Pandora, human colonists and the sapient humanoid indigenous inhabitants of Pandora, the Na'vi, engage in a war over the planet's resources and the latter's continued existence. The film's title refers to the remotely controlled, genetically engineered human-Na'vi bodies used by the film's human characters to interact with the natives.

Avatar had been in development since 1994 by Cameron, who wrote a 114-page scriptment for the film. Filming was supposed to take place after the completion of Titanic, and the film would have been released in 1999, but according to Cameron, "technology needed to catch up" with his vision of the film. In early 2006, Cameron developed the script, the language, and the culture of Pandora.He has stated that if Avatar is successful, two sequels to the film are planned.

The film was released in traditional 2D and 3D formats, along with an IMAX 3D release in selected theaters. Avatar is officially budgeted at $237 million;[2] some estimates put the cost at $280 – $310 million to produce and an estimated $150 million for marketing. The film is being touted as a breakthrough in terms of filmmaking technology, for its development of 3D viewing and stereoscopic filmmaking with cameras that were specially designed for the film's production.Opening to critical acclaim, it grossed an estimated $27 million on its opening day and an estimated $77,025,481 domestically its opening weekend. Worldwide, the film grossed an estimated $232,180,000 its opening weekend,[16] the ninth largest opening-weekend gross of all time, and the largest for a non-franchise, non-sequel and original film.

[sources from http://en.wikipedia.org/wiki/Avatar_(2009_film) ]

Sunday, December 20, 2009

Life's A Climb

I can almost see it.
that dream I'm dreaming, but
there's a voice inside of my head, tellin'
you'll never reach it
every step I'm takin'
every move I make
feels lost in no direction,
my faith is shakin'
but I gotta keep tryin'
gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
always gonna be an uphill battle
sometimes I'm gonna have to lose
ain't about how fast I get there
ain't about what's waitin' on the other side
it's a climb

The struggles I'm facing
the changes I'm taking
sometimes they knock me down, but
no I'm not breaking
I may not know where, but
these are the moments that
I'm gonna remember most
I've just gotta keep goin', and
I gotta be strong
just keep pushing on, but

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
always gonna be an uphill battle
sometimes I'm gonna have to lose
ain't about how fast I get there
ain't about what's waitin' on the other side
it's a climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
always gonna be an uphill battle
sometimes I'm gonna have to lose
ain't about how fast I get there
ain't about what's waitin' on the other side
it's a climb

Keep on movin'
keep climbin'
keep faith baby
It's all about, it's all about
the climb
keep the faith, keep your faith

[song by: Miley Cyrus]

Special menu

ini ler hasilnya selepas di masak. lupa nk tanya isam apa nama menu. tapi i kasi nama: "tomato bell mutton fabulous soup". sedap kalau dicicah dgn roti n dimakan begitu saja. ini masakan arab + melayu..huhu.. nk recipe ke? ops... ini tak boleh babe, rahsia. kalau nak, korang kena cari bf dari tanah arab la.. hehe.. korang smua tgk je la eh. i nk makan..lapar..

BFF awesome

Jay & Adrianna... best buddies
nk kata reunion tu pun boleh jgk la.. sempat aku lari ke ikea friday last 2 week semata2 nk jmpa Jay, adrianna n fariq. They all look much ceria n sihat. alhamdulillah.. nothin much, miss u all. byk kisah yg kita kongsi sama2 n harap2 baby adrianna will b my great buddies in future. comel!! mcm girl dlm monster's inc. kalau korang tk caya, cuba tgk pic dia..hehe.



Aty & family
sempat kuar jalan2 dgn mummy, aty, baby damia n adik2nya. cuci mata sambil cari hadiah wedding adik boy n baju baby damia. hari ahad ni aqiqah kt Klang. Sorila..tk dpt datang coz.. i rather to b at home n kuar beli sport shoes dgn nana nnti. sempat snap few pictures at The Curve.

Wedding Reception pictures





Gambar Majlis pernikahan








BUSY week

saja je buat2 sibuk..hehe. tapi mmg aku sibuk la. cuma malas nk layan sibuk tu, nnti lama2 kita yg stress. ulang alik Jhr these few weeks. nasib baik aku tk kena pi meeting isnin ni, sbb via teleconferencing. if not... mmg aku byk abiskan masa kt hiway jb - kl la. bila dh tua, terasa letih n sakit badan. tk larat drive sorang2. bwk hanif (ofis boy) pun tk guna, bukannya reti nk drive manual. hampeh! but at least dia teman aku kt sblah (even tdo ngorok) cukup la.
big bos @ NZ, will back after christmas, 2nd bos E.L - mom hospitalized. zurik pi kursus n exam PTK, next week b4 christmas baru balik. nmpaknya aku n jef la yg kena handle ofis tu..huhu. These r few things happen during my bz days this week.

Hikayat 1001 mlm: wedding (16 - 18 Dis. 2009)
Akhirnya brjaya jgk aku menyiapkan bunga hantaran adik boy. RV: umah boy @ Mutiara Subang. Wednesday, aku amik cuti - Majlis pernikahan adik boy. Nite before aku sempat lari pi ziarah mummy n adik2 yg nk balik kelantan. bawak diaorg jalan2 kt The Curve & IKEA. then shoot ke Subang, nearly 1.30am aku smpai umah adik boy. Jenuhla kami menyiapkan hantaran tu smpai 4am. Boy wat sndiri mas kahwin - padang bola futsal kot..hehe. mcm2 la, layankan je. tapi bila dh siap dlm frame, cantik la pulak. tema color: black & silver. at first nmpak mcm dull, bila dh tambah riben & touch up apa yg patut, cantik pulak jadinya. hurmm...hentam saja la.. keras tangan not kraf tangan k..hehe.*malas nk upload gambar, ada dlm facebook
Hari khamis, 16 Dis. 2009: tghri tu smua berkumpul di Masjid Taipan (even ada yg kelam kabut sbb salah jalan) akhirnya smuanya selamat smpai di rumah bakal pengantin perempuan (Rinie). Dlm keadaan hujan lebat yg betul2 menguji kesabaran, mengganggu fikiran. Mana taknya, konpem smua org ada sikit2 basah kena hujan (even pakai payung) n hantaran pulak trpaksa mintak tlg kawan2 adik boy bawak payung sorang satu n amik kt keta. before masuk dlm umah, sempat touch up - lap brg2 n betulkan bunga hantaran yg dh trcabut (double sided tape kena air, hancur la...huhu. nxt time kena guna gam gajah. baru tk tanggal). adik boy pun muka suspen je. tapi rinie cantik dgn selendang, senyum sokmo!huhu. waktu majlis pernikahan, muka maintan cool, tapi bleh tersasul sebut rm100..hehe. Tok kadi pun kaki lawak. Akhirnya.. nearly jam 3.30pm adik boy selamat dinikahkan oleh bapa Rinie.. alhamdulillah. bertambah lagi la sorang saudara sepupu baru dlm keluarga kami. sempat jgk aku membelek hantaran2 yg kaw-kaw best giler dr rinie: boot bola kaler hijau, ps3 sony, cup cakes team manchester united, parfumes, jam sekor dua ekor..hehe n lain2. tk sempat nk snap smua gambar, sbb bz jaga brg2 hantaran n snap few pictures used camera adik boy. pelamin majlis nikah penuh dgn bunga2 hidup, simple tapi menarik. kami smua disajikan oleh tuan rumah menu negeri sembilan, mmg sedap la. Saudara mara, sahabat handai yg memenuhi segenap ruang rumah. Semoga Allah memberkati sepanjang majlis pernikahan ini dan rahmat serta jodoh yg berpanjangan kepada pengantin baru: BOY & RINIE. Tahniah guys!! Smua org balik ke umah masing2. Ptg tu nearly maghrib, pak ngah lead baca doa akhir tahun n after maghrib doa awal tahun. Apa azam tahun baru ni?? aku masih blurr lagi. tapi cuma satu je: Gaya hidup sihat (nk rajin jog n pi gym lps ni, bukannya nk kurus pun. cuma pastikan badan ni sihat & maintain). After maghrib, beramai2 la kami ke sunway pyramid tgk show Dolphin & Sea lion. Thnx to molie yg sponsor smua tiket tu (mcm mana ko dpt tiket free tu? ha.. mesti bf ni...huhu). After dat kami hantar acik finie yg nk balik Jb terus, sempat supper @ Puchong area. Then kami balik umah, jauh pusing sesat sket..hehe. Masing2 tdo dalam keletihan..
Hari Jumaat,18 Dis. 2009 Awal Muharam: pagi tu aku gi Sg Buluh rumah kakak fida, amik baju. Then sempat la singgah di pekan Paya Jaras beli lauk2 utk makan tengahari. First time aku smpai ini area, makanan nya pun bleh tahan la enak. ptg kami smua rilex kt umah, tk jadi kuar gi 1Utama. Nearly jam 6pm smua bertolak ke Sunway. bertempat di Ballroom 2, Sunway Hotel - majlis resepsi perkahwinan adik Boy & Rinie. Aku sempat shopping fast & furious (20 minit) dgn along ain coz nk beli kasut aiman. i sambar handbag kat butik hidung a.k.a Nose..hehe. dh lama tk shopping handbag ni.
Masuk je dalam dewan, teruja skjap sbb all red & white. nmpak garang, glamour n cantikkkkk...sangat. even pelamin yg simple tapi kelas la! mostly geng2 baik adik boy datang, family members yg dijemput juga hadir. trpandang tetamu pengantin perempuan, smua glam2 especially bride siblings. pereka fesyen Hatta Dolmat pun ada. Dalam jam 9pm kedua mempelai masuk diiringi dengan selawat n salam kepada Rasullulah SAW dan diikuti lagu 'mencintaimu' by kris dayanti. majlis smoothly going...until ends. Makanan mmg superb! tambah nasi u... sapa2 nk wat wedding, i cadangkan kt sunway hotel..hehe. aku mcm biasa, bila dh dipertanggungjawabkan pegang kamera adik boy, so i kena la snap apa jgk gambar. buat poyo je la bersempit2 dgn camera man..huhu. harap2 smua gambar cantik. Nnti jgn lupa yea boy, download n print out. bleh simpan kenang-kenangan smpai akhir hayat.
wedding ends nearly jam 10.30pm tapi snap gambar itu ini jam 11pm lebih jgk kuar dr hotel. i hantar pak ngah balik ke International Hotel sbb esoknya dia ada persidangan Angkasa. Alhamdulillah, sangat2 bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah mengizinkan majlis adik boy berjalan dengan lancar & baik. Smoga kasih sayang mereka berpanjangan, sihat & dikurniakan anak2 yg comel. Adat rumahtangga ada pasang & surutnya. Sabar, saling memahami & berbincang satu sama lain. InsyaAllah akan bahagia hingga akhir hayat. Pls take gud care of ur wife bro, she's angel among others..hehe... dats y dia jadi isteri lu!!

Kekasihku seru
bangun agak lewat pagi sabtu ni, hilang sgala letih n sakit kepala me. terus cuci toilet, lantai dapur n basuh baju. dlm penat2 isam call, dia nk jmpa petang ni. hurmm..akhirnya. Tghri tu nk gi umah mak mentua acik, ujan la pulak. nearly 2pm aku baru kuar ke selayang, sbb tk larat la nk harung hujan lebat n jem kt kl ni. after makan @ wedding kakak ipar acik, aku shoot ke ampang park. since isam call kata kitaorg kuar dinner je, aku nk memanjakan diriku yg sekian lama terabai, cewah! gi salon, do treatment (spa) n cut my hair. not too short, but ok la. after magrib kuar dgn isam. amik dia kat klcc, katanya kereta ada sket problem, so dat he come over by lrt. dia nk makan tomyam @ Kg Baru, sbb bdn tk brapa sihat n running nose. so aku bwk la ke Laila tomyam. Kedai yg kecil tapi masakan yg best. ini tmpt mar yg suggest dulu n rajin jgk aku ke situ, especially air selangor abah..hehe. he seems like da tomyam, smpai habis dia makan sorang, tk tinggal aku sikit pun. cuma sekor udang je rasa..hampeh tul. byk yg dibincangkan. dia kata nk balik ke negara asal, seems dat petronas n shell malaysia akan dibuka kat sana. but he will come over to malaysia selalu la, kira rumah ke-2. i'm a bit shocked n sad. tapi nk wat camna, apa yg terbaik utk dia.. biarlah. kami gi shopping @ klcc lps dinner. sempat ke mark & spencer, La Senza, guardian n cold storage. beli brg2 dapur nk masak menu yg isam suka, namanya aku tk tau la... but i try jgk tghri esok. i mmg suka try menu baru ni. dia nk jmpa lagi this wkend, but i told him, cannot. sbb nk gi wedding adik boy @ semenchu pulak. sabarlah hati, sabarlah sayang... hati ni walaupun slalu sakit ati dgn prangainya, tapi.. so far, masih lagi setia. smoga kasih sayang ini berpanjangan walaupun tiada titik nokhtahnya. rilexla... ajal, maut, jodoh di tangan Allah.. malam yg indah & meriangkan...

Tuesday, December 15, 2009

Penyakit Jiwa

Kita semua mempunyai gangguan emosi dalam menjalani liku-liku hidup ini tetapi mampu mengatasinya mengikut arus masa. Kerana beberapa sebab tertentu sebilangan daripada kita tidak mampu berbuat demikian dan ini akan memberi kesan terhadap kefungsian sosial di tempat kerja atau di rumah. Jika ini berlanjutan, golongan ini memerlukan bantuan dan mungkin menghidapi sejenis penyakit jiwa.

Penyakit jiwa adalah satu istilah yang merangkumi gangguan-gangguan jiwa yang mengakibatkan perubahan ragam, tingkah laku dan pemikiran seseorang.

Perkataan ‘gila’ adalah satu ungkapan hodoh dan tidak sesuai digunakan untuk pesakit-pesakit jiwa dan memberi gambaran seorang yang ganas dan merbahaya. Walhal keganasan lebih kerap dilakukan oleh orang mabuk jika dibandingkan dengan pesakit jiwa.

Anggapan-anggapan salah terhadap penyakit jiwa yang disimpan oleh orang ramai harus dikikis; kami berharap yang anda akan meneroka dengan lebih jauh mengenai penyakit jiwa.

APAKAH JENIS PENYAKIT JIWA?

Terdapat beberapa jenis penyakit jiwa dengan kelangsungan masing-masing. Ada yang boleh sembuh seperti sediakala dan ada yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

  1. Kegelisahan (Neurosis)
    Rasa mudah naik darah, tidak boleh menumpukan perhatian, tidak dapat tidur, merasa takut atau fobia, resah, gentar, sejuk tangan dan gejala-gejala badan yang lain.

  2. Penyakit kepiluan (Depression)
    Kadangkala kita merasa sedih, tidak berminat dalam aktiviti-aktiviti biasa, merasa lemah, sukar tidur dan tidak lalu makan, menangis tanpa sebab dan mungkin menyimpan rasa hendak bunuh diri terutama apabila mengalami kegagalan yang teruk atau kehilangan (misalnya kematian orang yang disayangi).


    Jika ini berlaku keterlaluan atau muncul tanpa sebab dan memberi kesan terhadap kefungsian harian kita, kita memerlukan bantuan.

  3. Psikosis
    Ini merupakan yang paling teruk. Walaubagaimanapun ianya jarang berlaku jika dibandingkan dengan jenis-jenis penyakit jiwa yang lain. Dalam kes ini, pesakit hilang perhubungan dengan alam nyata dan hidup di dalam alamnya yang tersendiri serta berkelakuan ganjil. Misalnya, dia mungkin mempunyai kepercayaan-kepercayaan yang tidak berasas, mendengar suara-suara yang tidak wujud, bersikap mundur atau bertutur tidak menentu. Biasanya pesakit tidak sedar bahawa dia sakit dan tidak mungkin mencari bantuan secara persendirian.

  4. Schizophrenia

Schizophrenia adalah penyakit jiwa yang paling banyak terjadi dibandingkan dengan penyakit jiwa lainnya, penyakit ini menyebabkan kemunduran kepribadian pada umumnya, yang biasanya mulai tampak pada masa puber, dan paling banyak adalah orang yang berumur antara 15 – 30 tahun.

Gejala-gejala diantaranya :

  • Dingin perasaan, tak ada perhatian pada apa yang terjadi di sekitarnya. Tidak terlihat padanya reaksi emosional terhadap orang yang terdekat kepadanya, baik emosi marah, sedih dan takut. Segala sesuatu dihadapinya dengan acuh tak acuh.
  • Banyak tenggelam dalam lamunan yang jauh dari kenyataan, sangat sukar bagi orang untuk memahami pikirannya. Dan ia lebih suka menjauhi pergaulan dengan orang banyak dan suka menyendiri.
  • mempunyai prasangka-prasangka yang tidak benar dan tidak beralasan, misalnya apabila ia melihat orang yang menulis atau membicarakan sesuatu, disangkanya bahwa tulisan atau pembicaraan itu ditujukan untuk mencelanya.
  • Sering terjadi salah tanggapan atau terhentinya pikiran, misalnya orang sedang berbicara tiba-tiba lupa apa yang dikatakannya itu. Kadang-kadang dalam pembicaraan ia pindah dari suatu masalah ke masalah lain yang tak ada hubungannya sama sekali atau perkataannya tidak jelas ujung pangkalnya.
  • Halusinasi pendengaran, penciuman atau penglihatan, dimana penderita seolah-olah mendengar, mencium atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada. Ia seakan-akan mendengar orang lain (tetangga) membicarakannya, atau melihat sesuatu yang menakutkannya.
  • Banyak putus asa dan merasa bahwa ia adalah korban kejahatan orang banyak atau masyarakat. Merasa bahwa semua orang bersalah dan meyebabkan penderitaannya.
  • keinginan menjauhkan diri dari masyarakat , tidak mau bertemu dengan orang lain dan sebagainya, bahkan kadang-kadang sampai kepada tidak mau makan atau minum dan sebagainya, sehingga dalam hal ini ia harus diinjeksi supaya tertolong.

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN JIKA KITA MEMPUNYAI TANDA-TANDA MASALAH EMOSI?

  1. Pertama, hadapilah sendiri masalah berkenaan, cuba cari puncanya. Jika ianya masalah yang dapat diatasi sendiri, teruskan.

  2. Jika tidak, jangan merasa malu. Dapatkan pertolongan daripada seseorang yang sanggup mendengar seperti rakan, ahli keluarga, ahli agama atau perunding cara. Dengan meluahkan masalah sudah dapat mengurangkan sebahagian bebannya.

  3. Jika ini gagal atau anda merasakan bahawa masalah berkenaan adalah di luar keupayaan anda, mungkin doktor keluarga nada boleh membantu. Jika dia merasa bahawa anda memerlukan bantuan lanjut anda mungkin akan dirujuk kepada Pakar Sakit Jiwa atau kepada pihak hospital.

  4. Rawatan mungkin di dalam bentuk kaunseling, terapi rundingan, pengubatan, terapi gerakan elektrik atau tinggal buat seketika di hospital sehingga tanda-tanda sakit beransur hilang.

[dipetik dari laman web: www.sabah.org & www.refleksiteraphy.com]

Its been a while............

malas nk menulis kt blog ni. tak sempat pun yea. sibuk dgn keje n ke sana ke mari. n problem tah apa2 yg berlaku lately tak putus2... yg penting, i ttp maintain cool n vogue..wakakak. (perasan).


story 1: Dad hospitalized again..

Dalam kesibukkan keje yg brserabut, dad masuk masuk wad lagi. kali ni kira teruk la jgk bila jarinya trpaksa dipotong (diabetic). kena slow talk jgk dgn bapak aku ni pujuk dia pi hospital n check apa pasal nanah kt jari tu. sedih pulak tgk dad tk bleh jalan, baring je atas katil. nk pegi mana2 naik wheel chair. sabarlah abah... ini smua takdir Allah. Daripada kena potong the whole leg, better hanya 1 jari je. Until now, bisanya tak hilang2. my lovely mom tetap setia merawat daddy.. kesetiaan, kasih sayang yg tak berbelah bagi. salute u mom!! latest info, dad baru kuar hospital smlm (kali ke 2 warded pasal jari) n usaha cara kampung plak. Jmpa wak yasir, n seems like campur2 la dad ni. hurmm.. entahla. Smoga Allah panjangkan umur kedua ibubapaku, mengasihi dan memelihara mereka sebagaimana mereka mengasihi diri ini dari kecil smpai la ke tua.


"when i am down n my soul so weary, when troubles come n my heart burdened be, then i am still n wait here in the silence until u come n sit a while wit me..u raise me up... so i can stand on mountains, u raise me up.. to walk on stormy seas, i am strong.. when i am on ur shoulders.. u raise me up to more than i can be.. :song by Josh Groban"


story 2: Keje @ Jalan-jalan cari pasal

November rain... dengan keje yg banyak, outstation here n there.. tapi sempat jugak la berjalan dgn member2 ofis masa kt JB last November. Saja release tension, penat bekerja...(penat sgt ke?hehe). Tapi letih makan la... tiap2 malam ada je dinner yg best2. these r few pictures taken..
**(hurrmm...tk bleh upload gambar la pulak. will try again..later tonite?)

during exam @ Seremban, sempat la me n k.sue pi Port Dickson, same place we all lepak last time - Bangi Kopitiam. Dgn harapan ada la wireless but hampa... rosak la pulak. So makan2 smbil layan perasaan.


story 3: gelisah, sakit jiwa, kemurungan & huru hara
malas nk story, there's few article utk panduan semua. lebih baik menangani masalah dengan cara yg lebih praktikal dan usaha tanpa henti daripada membiarkan berlarutan. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Setiap apa yang berlaku ada rahmat di sebalik kejadian. Semua manusia di muka bumi ni menghadapi masalah tiap2 hari dalam kehidupan. Cuma jangan melibatkan n menyusahkan smua orang, itu cari pasal namanya. Lama2 orang akan menyampah (fed-up) n lebih baik mendiamkan diri dari berkata2 lebih banyak yang menyakitkan hati. Nasihat banyak2 pun buang masa je. Better relax, cool n b calm... Penawar jiwa : bacaan Al-Quran & berzikir adalah sebaik2nya bagi seseorang muslim.
* tak ada niat untuk menyinggung hati sesiapa, sekadar luahan hati

story 4: Rajuk??
prangai lelaki yg buruk, letih aku dibuatnya. tindakan drastik, malas nk layan perasaan, terpaksa la buat sesuatu. harap2 beri pengajaran pada isam, ingat aku ni apa? suka2 ati dia bila nk jmpa aku, baru call n sms. if not, senyap.......... berminggu2. lantak dia la.. mmg tkde chance, berpatah arang pun aku rasa sakit ati ni susah nk ilang. mmg patut pun aku ugut dia (first time buat keje gila). jual mahal lebih2 pun, biarla.. dari sakit hati berpanjangan.. sabarlah.... n berserah..

Meet new people n hang out together.. mr. nice guy..hehe.. J bz dgn tour malaysia, nk jmpa pun payah. today dia ke perak until wkend. hurrmm... take care drlin, hati2 memandu.

Saturday, November 14, 2009

sakit ati?

mmg aku sakit ati sangat. ingat aku ni apa? senang2 je nk marah suka ati. hmm..padan muka. letih ko pujuk aku, belikan pizza la... itu la..ini la.. tapi sorry beb.. malas nk layan. nearly a week i didn't call @ sms isam. biarkan dia. eeeeeeeeiiiiiiiiiiiiii............geram!!! mmg prangai org2 spesis dia ni kot, senang benar naik darah. lantakla.. aku punya pasal la nk merajuk. byk lagi perkara aku nk pikir. ini minggu 5 ari kt Skudai. tkmo kasitau dia mana aku pegi. bukannya dia peduli pun... bila tgh bengang n sakit ati ni, mmg suka aku kuar dgn org lain..hehe.. saja hibur hati. hope to be more after this. padan muka ko!!! wakaka.... [ketawa org jahat]

sabarlah hati....

Broken hearted girl

You’re everything I thought you never were
And nothing like I thought you could’ve been
But still you live inside of me
So tell me how is that?

You’re the only one I wish I could forget
The only one I’d love to not forgive
And though you break my heart, you’re the only one
And though there are times when I hate you
Cause I can’t erase
The times that you hurt me
And put tears on my face
And even now while I hate you
It pains me to say
I know I’ll be there at the end of the day

I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted girl...No...No
No broken-hearted girl
I’m no broken-hearted girl

Something that I feel I need to say
But up to now I’ve always been afraid
That you would never come around
And still I want to put this out
You say you’ve got the most respect for me
But sometimes I feel you’re not deserving me
And still you’re in my heart
But you’re the only one and yes
There are times when I hate you
But I don’t complain
Cause I’ve been afraid that you would've walk away
Oh but now I don’t hate you
I’m happy to say
That I will be there at the end of the day

I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted girl...No…No
No broken-hearted girl

Now I’m at a place I thought I’d never be…Oooo
I’m living in a world that’s all about you and me…yeah
Ain't gotta be afraid my broken heart is free
To spread my wings and fly away
Away With you
yeah yeah yeah, ohh ohh ohh

I don’t wanna be without my baby
I don’t wanna a broken heart
Don’t want to take a breath with out my baby
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way..No..No
I don’t want a broken heart
I don’t wanna play the broken-hearted girl..No..No..
No broken-hearted girl
Broken-hearted girl No…no…
No broken-hearted girl
No broken-hearted girl

[song by Beyonce]

Bengang

Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri
Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu
Korus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa
Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta
[Ulang Korus]
Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu,
oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh

[song by Akim AF7]

Passing through..

nearly 2 weeks jgk aku tk menulis kt blog ni. nk kata sibuk, mmg la.. brmula era kesibukan antarabangsa..huhu.

wat happened lately? yg paling aku suka skali - Sunway lagoon!! thnx to pakcik & laila. dpt jgk la merasa games yg ada kt situ. paling aku suka - slide. pergh.. mmg berdebar dada. rasa mcm nk melambung je masa tiarap tu. 3 kali aku buat...hehe.. mmg best! naik boya dgn aty, kena tunggu dia reda dulu..gayat seh..hehe. lain-lain byk berendam mcm badak air..wakakak. kira hilang stress la masa tu. Jambatan gantung tu..hmm.. mmg buat jantungku mcm nk jatuh... smpai suku jalan, ajak aty patah balik. dia pun gayat jgk..hehe. nway, hpfly i could b here wit my nphews this december, insyaAllah. mesti diaorg sronok sakan.

these r few pictures yg smpat snap:
[jambatan, guys rules wit alia, snap myself]
[blue duckling, ladies rules!! posed lagi...hehe]

Friday, October 30, 2009

PAPADOM

filem ini khas untuk semua papa @ ayah @ abah @ daddy all over the world. me n hsemate sempat jugak la tonton filem ni walaupun hampir seminggu selepas ditayangkan. even midnite nyer movie, sanggup tunggu.. merah mata bib tahan ngantuk..hehe. mmg best la... rugi korang tk tengok. kelakar, nangis, bengang..smua ada..hehehe..

'beatiful nara' filem review & gossip:
"Sejujurnya kami mengakui usus kami hampir terburai akibat gelak secara melampau semasa menonton filem PAPADOM nie. Memang gelak non stop, dari awal sampailah ke akhir. Tapi paling kuat gelak masa part last tue la. Sumpah lawak gile muka Que Haidar masa kena main kat “puting” ngan Liyana Jasmay. Kalau nak tau kenalah gi tengok ye ~~
Kami berani jamin yang korang takkan rugi langsung kalau pergi tengok cerita Papadom nie. Memang layak menang Filem Terbaik. Memang layak Liyana Jasmay dapat Pelakon Wanita Terbaik. Memang semuanya bestlah filem nie. Pelakon, jalan cerita, lawak dia, part sedih dia, pengajaran dia. Memang bagi kami filem terbaik Malaysia yang pernah kami tengok setakat nie.
Tapi yang kami peliknya napa Papadom dapat hall kecik kat wayang Cineleisure. Padahal ramai lagi beratur nak beli tiket citer dia nie. Memang double standard betul la. Kalau filem tak best macam sorang Prof tue selalu buat kami boleh la terima bagik dewan kecik. Nie filem best, ramai orang beratur nak tengok tapi akhirnya kecewa sebab tiket habis. Panas betul hati kami nie.
Yang penting sapa yang belum tengok tue sila pastikan anda curik masa pergi tengok. Tak kira la anda nak ponteng kerja ke, tuang kuliah ke tapi yang pastinya tolong tonton filem nie sebelum abis kat wayang. Kami jamin anda akan rasa nak tengok lagi selepas tue.
Buat Mr. Kodok @ Afdlin Shauki, lu punya cerita memang best beb~~ Kami respek sama anda. Tahniah!!!"

so.. kepada smua peminat filem arwah Yasmin Ahmad, ini la penyambung cerita kasih sayang oleh Afdlin Shauki utk semua.. selamat menonton!!

Few pictures taken wit hsemate:



Daddy's love...

alhamdulillah... keadaan kembali seperti sediakala. 10 hari dad kat HSA wit 3 operations..huhu. My luvly dad yg aku kenali - cool, kuat semangat, sabar n kadangkala poyo & sengal!hehe. 3 days aku amik cuti, 5 hari dpt duduk dgn dia di hospital. melepak n buat lawak bodo.. layankan je apa dia nk makan. kira ok la ni masuk hospital dia nk makan, if senyap je.. kalau bual tk kuar suara, takut aku dibuatnya. mom spt biasa, setia menunggu w'pun sakit blum baik lagi. respek n suspek tul dgn my mom. i love u both, forever in heart!!!!

these r few pictures wit my parents at HSAJB:


Friday, October 16, 2009

Haru...tak biru

dlm jam 11 am lebih abe call kata dad dlm ambulance now going to hospital. perh! terkuzat aku skjap. but still cool. pesan itu ini kt bdk2 ofis, tlg settlekan keje me apa yg patut. Then balik umah, kemas2... pastu drive to merlimau. smbil tunggu acik abis keje @ 5pm, aku lepak kat CC. update blog ni, tengok tanaman farmville aku n chat..huhu.

Dad was hospitalized @ wad Dahlia, HSAJB tghri ni. salur darah kt tangan (dialisis) pecah, kena operate n ganti baru la ni..hmm. Harap2 smuanya ok nnti.

Lain ari, tulis lagi. doakan smoga ayahanda me sihat hendaknya......... amin. sayang dad.. even dia sengal!!! hahahaha...

Thursday, October 15, 2009

Final Raya Celebration

aku rasa semalam adalah final celebration Hari Raya Aidilfitri utk tahun 2009. Lepas ni dah tak larat nk makan banyak, wat keje apa2 da...hehe.. Puasa 6 pun belum cukup lagi..huhu(tetiba red flag la pulak). Ada baki 3 hari lagi utk ganti puasa. Harap2 ahad @ isnin ni dpt menghabiskan puasa 6, insyaAllah.

Raya Celebration @ UTMIC - membina personaliti unggul, nmpak meriah walaupun ramai yg tk suka buat dalam Dewan Besar. Ceramah agama dari Ustaz Farid Ravi mmg best & kelakar. dalam dia berseloroh, byk jugak ilmu yg kita dapat. UPPK diberi tugas utk sediakan air sirap limau selasih, tapi kami tambah dgn air asam boi. Alhamdulillah... habis ari yg kami sediakan. Penat lelah semua orang (org kuat: leha, azroel, aty, wan, zurik ... dll) mmg berbaloi-baloi. Makanan di majlis hari raya ni mmg best! tapi aku sempat merasa bihun sup (PHB), sate (Koop), aiskerim, nasi himpit & rendang ayam (Pendaftar/canseleri) & buah-buahan. Lain2 tak larat la nk pi bersesak-sesak, malas...huhu.

Kepada semua yg bertungkus lumus, terima kasih banyak2 la. Sorry, i tk dpt tolong korang dengan penuh tenaga (not in the mood & kureng sihat..almaklumla.. perempuan mabuk estrogen..hahaha).

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 yg begitu meriah, jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah"

These r few pictures taken during da day:

*deco, deco... deco!!!
*Jejaka perasan & perempuan melayu anggun terakhir UPPK
*minuman yg disediakan.... lazat!!!
*smile... u're on candid camera! ceramah Ustaz Farid Ravi - best!

*me, sarah (hsemate) & yati (x-hsemate)


Monday, October 12, 2009

open hse pictures lagik!!

hi all... ini ha lagi..gambar open hse itu ari utk ditepek kt sini..

*potong kek lagik..huhu.


*antara tetamu yg hadir yg sempat amik gambar. hmm..kalau tk interpreme tk sah la aku ni!












Open House @ home sweet home

alhamdulillah.. segala perancangan yg tk seberapa akhirnya jadi jugak. Rumah terbuka we all last saturday meriah dgn kehadiran ahli keluarga, rakan-rakan satu ofis, bf's (ehem..ehem.. sapa tu? i nyer bf tk dtg eh..hehe), all members yg suddenly jemput pun datang jgk. Teeeeeerrrrrrimmmmaa kaaaaaaasiiiiiiiihhhhhhhh!!! (ala-ala David Arumugam Alleycats).

Preparation
Day 1: Thursday - ptg tu lepas balik dari keje, kami (sarah, k.bib & me) sibuk membeli belah di NSK & Jusco Wangsa Maju (k.bib pun trpaksa buka puasa air je..huhu). Penuhla bonet & tmpt duduk blakang Dumblebee me. Barang-barang kering, settle dpt beli semuanya.

Day 2: Friday - kami (k.bib, suzie's & me) terus ke pasar malam Jelatek utk membeli barang2 basah pulak. Nasib baik la ada ayam & daging fresh kt situ. Sayur2 & buah2an pun ada jugak. Next time korang datang je la pasar malam kt sini. Dekat je dgn lrt station Jelatek (jln kaki dlm 5 minit). Macam-macam ada... yg penting rangka ayam goreng kegemaran me musti beli kt sini!! nyum..nyum..
Malam tu k.bib start memasak menu pertama - ayam dendeng. Angin satu badan je k.bib tgk me dh amik daging & bawang goreng yg dh siap tu..mmg sedap! i like onion!! (badan pun dah bau bawang da...) Sarah pun dh mula melenyek bahan-bahan utk bergedil dagingnya yg diberi nama 'abe wae ku saye...' Jgn ditanya mana dpt nama tu, special babe!! wakakak... Suzie's cute sibuk blender kacang & segala bahan utk menu - sambal kacang & rendang ayam portugis. Sambil2 tu i merebus ketupat nona segera - 60 bungkus. Then we all semua mengemas ruang tamu (kasi bersihkn segala sawang, susun atur meja, tv & pindahkan sofa kt dlm bilik k.bib, kasi ruang besar sket. (Sori bib..smpai tk bleh tdo dgn tenang sbb sofa tu kt sblah katil. ada org tido situ ka?? misteri.....mainan perasaan). hmm...nasib baik perabot tk byk, so bleh la letak sana sini. Zila sibuk dgn meja & sketing, susun warmer set ala-ala Dewan Perdana Felda gitu..huhu. Dalam jam 1am baru selesai semua dan masing2 tdo dgn kepenatan & berazam bangun jam 5.30pagi utk memulakan program masak2 aidilfitri..hehe.


These are few pictures taken before:
*transformasi rumahku syurgaku..huhu... walaupun kecil & comel, kami bahagia..



*Bergedil sblum digoreng & daging dendeng lazat!! nyum..nyum..



Day 3: Saturday 10 Oktober 2009.
Seawal jam 5.30 pagi k.bib dh bangun dan memulakan puding cocktail. Then sarah pun sibuk membentuk bergedil abe wae saye bulat2 & comel. Jam 6.30am i bangun terpisat2 mengantuk tk cukup tdo. Then suzie's pun bangun terus masak sambal kacang (sedap seh...ini first time dia masak, resipi ibu suzie's tersayang..hehe). Slps k.bib siapkn pudingnya, dapur clear.. so bolehla i start masak soto daging (i pun tk prnah masak soto, so..hentam sajala..hehe). Kelam kabut settlekan soto ni sbb sarah trpaksa balik Kuantan pagi tu - mintak restu ayahbonda katanya..huhu. Apa2 je la sarah, doa me smoga bahagia hingga jinjang pelamin, insyaAllah. Chaiyuk!! Tak lama tu, suzie's continue wit her rendang ayam portugisnya... perh! pedas...tapi lazat!. Dapur buruk we all kalau boleh jerit 'stop! stop! aku panas la.. nk rehat' mmg la patut dapur tu jerit. Sbb masak non-stop seh...hehe. Spt tahun sblumnya, i masak menu laksa sarawak, selagi perencah laksa tu ada... kena masak la. Laksa sarawak ala-ala versi johor..wakakak. Yg penting sambalnya tu..nasib baik menjadi lagi. Then i continue wit menu ke-3 me iaitu nasi beriyani ayam. mula2 plan nk masak nasi ikut resipi Jamie's Oliver (Naked Chef) tu.. tapi malas la. takut tk jadi, buat malu je. First trial nasi beriyani guna marjerin, alhamdulillah.. jadi jugak. Even ada bau hangit sket (sbb periuk yg tk serba guna, tapi boleh la.. asal ada periuknya). Sempat lari turun pi kedai buat acar darat..hehe. k.bib cadangkan menu ke-4 me: bihun goreng dimasak bila nasi briyani tu dh abis. so...i mandi & rileks menunggu tetamu yg hadir. Acara memotong kek coklat (special tempah @ D'saji catering), sempena belated b'day me & coming b'day zila on 13 Okt nnti.
Tetamu pertama, tiba awal sblum jam 12tghri anak sedara k.bib & rakannya. Then around 12 lebih mak itam, mak lang me & anak2nya. Meriahla..umah tu dgn celoteh mak itam tu..hehe. pastu abg k.bib frm Rawang, mmbr suzie's.... bla.. bla... ramai jgk la yg dtg. Sempat aku lari ke kedai, beli ayam then goreng, tambah ayam goreng siat & masak bihun goreng. Nearly 7pm keadaan kembali tenang & reda. Suzie's pun sibuk packing sedikit makanan nk bawak ke umah abgnya di Cheras. Esok ada open hse kt situ. Kesian k.sue.. dh la penat memasak & layan tetamu kt sini. Masing-masing kepenatan. Lps maghrib tu, kakak satu ofis zila datang. Then my bro's - Erin & shidah mai dari Rembau. Even kepenatan, sempatla diaorg melepak baring2 sblum diaorg pi tgk 'Papadom' kat Times Square. Dia ajak me, tapi tk laratla.. ingatkan erin penutup open hse kitaorg, tk lama dia balik saza's call kata dh smpai kt parking. Saza, suya, janet, adiknya & ibu tersayang datang. Nasib baik laksa sarawak, ketupat, smbal kacang, dendeng & rendang ada lagi sikit. Dapatlah diaorg merasa..huhu. Nearly 10 lebih diaorg balik ke Selayang. Alhamdulillah.. kami sangat2 bersyukur dgn kehadiran keluarga & rakan2 tersayang. Takde makanan yg terlebih pun.. ngam2 utk kami menghabiskan smuanya. Sempat kemas sket2 kt dapur & ruang tamu. Aku dh lepak giler.. tangan kiri tetiba rasa sakit, sampai ini ari la..rasa kebas n nyut..nyut. Sabarlah... letih sgt kot.

Few pictures taken on special day:
*hsemate (frm left: me, zila, k.bib & suzie) - Menu vogue d'bum yg sempat dimasak


*puding cocktail & sambal kacang


*bday cake lagi... nyumm..nyumm..

*ada gambar2 lain yg tk dpt upload dlm blogspot ni.. huhu

Di kesempatan ini, nk ucapkan ribuan terima kasih banyak2 kpd rakan-rakan serumahku yg tersayang (k.bib, suzie's, zila & sarah) akhirnya... kita berjaya buat open hse jugak tahun ni ala-ala vogue da bum!hehe.. tahun depan, panjang umur kami.. insyaAllah buat lagi.
sesiapa yg dpt menghadirkan diri & yg tk dpt hadir tu kami ucapkan terima kasih jugak. Rezeki yg ada dapatlah dikongsi bersama, perpaduan & ukhwah antara kita sesama rakan & keluarga juga kembali bertaut & kasih sayang berpanjangan...
See u next year!!!! yeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaa.... best!!!