Menginjak di awal tahun 2008; masih lagi meneruskan sisa-sisa hidupku dengan tenang, aman & semangat baru. Kehidupan yang lebih baik dan sempurna; mematangkan fikiran & penuh dengan kasih sayang yang aku pun tak tau bila kesudahannya. Sebagai manusia dan hamba Allah, aku sentiasa berserah kepada ALLAH dan redha dengan segala apa yang berlaku.
Kerjaya semakin sibuk, bos hantar me pegi 'misi selamatkan dunia' ke sarawak lagi..hehe. Seminggu marketing kat sana, naik muak makan seafood, manok & kek batik sarawak. I'm really happy of wat i'm doing for Uni & especially bantu rakan2 lain. Patrick always b there for me, bawak jalan2. Thanks bro! Keje2 mengarut yg aku tk prnah buat di JB: offer diri untuk join & hadir perhimpunan Maulud Nabi dan sambutan Hari Pekerja di stadium Putra Bukit Jalil tahun ni banyak memberi kesedaran & ukhwah antara satu sama lain. Setelah hampir 8 tahun aku bekerja, tanggal 15 Mei 2008 aku menerima Anugerah Khidmat Cemerlang. Alhamdulillah.. Rata2 bila jumpa kawan2 di PSM, Skudai ucapkan "tahniah! berbaloi dengan usaha ko selama ni akhirnya Uni beri pengiktirafan. Sepatutnya sejak 6 tahun dulu ko dapat anugerah tiap2 tahun". aku sengih je la.. bukannya berbangga tapi mereka2 sendiri sedia maklum, markah skt aku tiap2 tahun memang tk prnah below 88, mesti up nya! apa resipi hingga aku berjaya mendapat markah tinggi? keje mesti ikhlas, jujur, amanah, tekun, tidak merungut, kerjasama & hormat antara satu sama lain & yang penting: jangan bodek bos!! i'm happy to be myself, tak pernah hipokrit. Biar satu ofis tau aku ni brutal, tegas, sopan bertempat, berani dgn keputusan yg aku buat, setiap kerja yg dimulakan mesti diselesaikan dgn kadar segera << ini lah diri aku yg sebenarnya. Semoga dengan duit gaji (rezeki halal) yg aku dapat tiap2 bulan, berbaloi dengan usaha aku selama ni.
Kisah cinta yg penuh dramatis & kadang2 mengundang kontrovesi; especially wit Adnan Kamal -- kita tiada jodoh tapi dengan takdir Allah kita dipertemukan semula dengan suasana yg penuh emosi (huhu... syahdu). Semoga kasih sayang yg terbit kembali baru2 ni akan ke arah kehidupan yang lebih baik & demi kerana Allah, sanggup aku memimpinnya ke arah kebaikan dan menjadi hamba ALLAH yang saudara 'baru' seislam. Lain-lain love story; sakit ati kalau layan perangai lelaki yang tak sedar diri, dah la berkahwin tapi ada hajat nk gfren ramai (pantang atok nenek moyang aku!). Niat aku baik untuk beri kesedaran, nasihat tapi masih lagi dengan perangai buruk. kalau sekali, takpela.. kali kedua aku bleh sabar. Masuk kali ketiga, boleh BLAH! lantak kau la nak jadi apa, if nk tambah dosa banyak, jangan aku pun dapat tempiasnya.
Kasih sayang yang baru bermula (4 bulan yg lalu) dengan jejaka dari iraq - Esam Abd Rashid (thru internet u...hehe). Setelah mengenalinya lebih 3 bulan, barula masing2 beri number telefon. Dating 3 kali cukup membuatkan masing2 resah dan bila tak jumpa mesti gelisah n macam2 la mesej @ sms mengarut dapat. Sehingga hari lahirnya pada 24 Jun yang lepas, aku konpius tk tau nk belikan apa, ronda 360 darjah kat KLCC, last2 tiba di "ROOM" aku belikan 'domino' kegemarannya. "the sweetest present i had, is ur domino. Thanks dear". Esam ni aktiviti dia skrg dgn rakan2 senegara - main domino & football. Musim EURO 2008, memang betul2 mencabar sbb aku sibuk dgn kerja & malam dia sibuk tgk bola dgn kawan2. Kami tak ada masa dating, cuma sms & call je yg dpt mengeratkan kami. Dua hari lepas dia sejujur-jujurnya menerangkan & mengaku tentang dirinya yang sebenar. Tiada rahsia antara kami berdua. Hmm.. aku pulak dah kalut sebab Adnan Kamal seperti ingin kembali sedangkan aku dan esam? kalut di fikiran pulak..
[Munajat doa yang berpanjangan kepada Allah SWT semoga hati ini sabar & tenang selalu, perjalanan hidupku yang gembira, jodoh dengan lelaki yang sempurna & bertanggungjawab, dijauhi dari perbuatan dan dengki khianat manusia lain serta rezeki yang melimpah ruah. Amin..]
No comments:
Post a Comment