Wednesday, December 24, 2008

Selamat Tinggal.... 2008

Banyak kisah suka dan duka sepanjang tahun 2008. Ada perkara2 yg tetap aku akan kenang dan ingat sepanjang hayat (insyaAllah.. kalau Allah panjangkan umur & sihat tubuh badan, akal & fikiran). Tiada apa yg hendak dikesalkan sebab apa jugak perkara yg berlaku di tahun 2008 ini dijadikan pengajaran untuk tahun-tahun akan datang.
Di sebalik kejadian, ada rahmat & hidayah.. positively thinking. Usaha, tawakal & redha dengan rahmat Allah SWT. Banyak sgt kisah.... aku summary je la..

Kisah 1: aku & keje
awal tahun ni, aku bz dgn marketing. Seronok la dpt berjalan seminggu lebih kt Sarawak [Kuching, Serian, Sri Aman, Sibu, Miri]. Letih bila pertukaran big bos, nearly 5 months masing2 buat keputusan sendiri & alhamdulillah.. kerja tetap berjalan dengan lancar. Akhir Oktober 2008, dapat berita gembira bila x-boss jadi boss baru aku..hehe.. seronok banyak la sbb he already knew everythings about me n we could work together as a good team!! Even he's da BOSS, dia tetap gerek sey!!!hehe.. Tabik spring boss!!

Kisah 2: aku & cinta
tak ada apa yang menariknya kecuali.. aku mengenali lelaki2 yg baik, macho, gentleman, membosankan, sakit hati, bengap!, bangang pun ada. Hmm.. no offence to others, bercinta dengan lelaki ni samada cari penyakit @ penyakit tu datang sendiri. Most of them, makes my life merrier.. happier & lots of appreciation. Lelaki pertama: yg benar2 menambat hati >> E.Isam [perangainya serupa dgn my x-bf yg pertama bertahta di hati forever "USman". Everything's perfect!, tapi apakan daya.. jodoh tk sampai lagi kot? Lelaki ke2: Arun -- mr. good man & gentleman, aku tk yakin dengan tawarannya "will u marry me?" pertanyaan yg sungguh gembira tapi beri seribu pertanyaan. Tapi akhirnya aku bawa diri, malas nk layan hati & perasaan. Lelaki ke3: Mike -- we still good frens a.k.a teman tapi mesra. Thnks for b'day @ Christmas gift drling, Gucci parfume akhirnya aku dapat!! Lelaki ke4: Mr J -- i like..hehe [baru semlm dating kt ofis dia, melepak smpai ptg]. Kami serasi, dan cuba menghiburkan satu sama lain. Lelaki ke5: Azhar -- i'm still loving u... [we gonna b forever.. until end?? maybe]. Lain-lain yg namanya tidak tercatat dalam ni mungkin byk menyakitkan hati aku & lelaki bangang yg pernah aku kenal. Anway, i'm happy.. dengan kehadiran mereka yg penuh kasih sayang, tak pernah tipu.. selalunya ikhlas. Thnx guys!!!

Kisah 3: Aktiviti
Tahun 2008 aku byk berjalan la.. ke sana ke mari. Dapat menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu & bumi Sarawak. Buat keje giler [balik dr Jhr terus ke Kuantan by bus, lepak..]. June 2008 aku beli kereta baru - yg comel tapi tetap vogue! Birthday bash @ ajak hse -- jmpa kawan2 lama, sambil beraya. Konvoi Hari Raya dengan cousins menjadi jugak, hmm..semuanya gara2 aku berkeras dgn plan yg aku buat sendiri..hehe. Tahun depan bleh paksa lagi diaorg join ni. Awal Disember sibuk dgn hantaran my cousin --Bro Fahmy, akhirnya..dia kawin jugak on 13 Dis. 2008. Yg bestnya tu kawin dgn junior me kt Uni dulu..huhu. betapa kecilnya Malaysia ni... Recently, aku sedang berusaha untuk membeli sebuah rumah.. itu perancangan awal, semoga tahun depan aku dpt memiliki rumah sendiri, insyaAllah.

----------
Aku sangat2 bersyukur.. kerana Allah masih memberi peluang untuk aku mengisi separuh kehidupan ni dengan perkara-perkara yg baik & menggembirakan. Semoga dijauhkan dari kegiatan yg tidak bermaruah & dosa-dosa kecil di masa-masa akan datang. Akan hadirnya kasih sayang sejati dari insan bernama lelaki??? kita tunggu dan lihat sajalah.
Selamat Tinggal 2008 dengan beribu kenangan manis & pahit.. akan ku kenang sepanjang zaman...

"ITS NOT HOW MUCH U DO, BUT HOW MUCH LOVE U PUT IN THE DOING"

No comments: