Alhamdulillah.... majlis perkahwinan adik perempuan yg tersayang 'adah @ acik' telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 12 April 2009 (Ahad). As "Event Manager" merangkap wedding planner, aku mmg kena pastikan semuanya perfect!!! Kerahan tenaga adik beradik, sepupu sepapat, uncle & auntie...huhu... nasib baik diaorg tk komplen. Ramai tetamu dan sedara mara yang datang. Student acik pun lebih kurang 40 orang yang datang. Hujan renyai2 sekejap dan kemudian redup dan panas smula tak mengganggu kedatangan tetamu. My parents looks happy n welcoming people all over. Rakan2 politik dad pun hadir sama; YB Datuk Adham Baba n YB Datuk Halimah Sadique, YB Zainal Abidin, ketua pemuda UMNO cawangan dan konco2nya.. Terima kasih kepada semua yang hadir, mohon maaf kalau tak dapat melayan tetamu dengan baik. Hidangan nasi beriyani ayam, kambing dan lembu special import chef dari Kulai, Johor --Wak Yasir [wak yang tersayang...huhu. Dari kecik smpai la besor, kalau sakit kena sampuk hantu mesti jumpa dia mintak penawar..huhu]. Overall..majlis mmg bestla! Walaupun penat esok hari basuh periuk 15 buah.. kena tlg pengantin yg dh tk larat..hehe. These r few pictures shoot during majlis nikah n after bersanding (buka hadiah). Wedding ceremony tk sempat nk amik gambar sbb org ramai. Biarlah photographer yang handle everythings. Thanks to Mr. Ayares [Johor Professional Photographer - sila layari website: Capturepixs Studio] kami masih menunggu hasil kerja beliau, katanya custom album n semua gambar sebulan selepas majlis.. sabar je la. Terima kasih kepada sepupu2 yg bertungkus lumus, uncles & aunties sblah mom & dad yg banyak menolong dari hantaran sampaila ke menu makan beradab pengantin. Walaupun kami masih lagi dalam keadaan yang agak sedih, tetapi semua tetap happy. Petang lepas majlis wedding sempat jugak nyanyi karaoke lagu2 kegemaran. Tapi sepanjang majlis perkahwinan dari pagi smpai petang hanya lagu2 nasyid, keroncong n ghazal je dibenarkan [permintaan pengantin dan menghormati pemergian arwah atok yg tersayang..]
Gambar2 semasa majlis pernikahan:
Barang2 hantaran:
a) pink: dari pihak lelaki.
b) Purple & white: dari acik (bunga hiasan dulang tu i yg gubah...hehehe. Keras tangan btul!)
Pengantin bersama-sama hadiah pemberian kawan2 & sedara mara. i cuma beri multipurpose cooker (periuk elektrik) since acik request nk hadiah jugak dr aku.. hampeh je!:
[Syahdu]
Dalam kemeriahan ada jugak kesedihan.. tanggal 11 April 2009 [15 Rabiul Akhir 1430H] dalam lebih kurang 10.40 pagi kami telah menerima panggilan telefon dari mummy (auntie shimah) tentang perginya Datuk kesayangan kami 'Tok Abah' yang berumur lebih kurang 117 tahun. Beliau tk sakit apa pun, maybe infection dr pembedahan kt... 'anu' tutttt.... [18sx] menyebabkan beliau lemah badan, demam, tak lalu makan. Tapi daya ingatan dan matanya masih lagi cerah. Kesibukan mengemas rumah & selesaikan hantaran acik, buat kami terhenti seketika dan bergegas ambil abah (my dad) at dialysis centre. Semua [abe, acik n my mom] gabra nk kasitau abah.. tapi aku dgn tenang pimpin dia, sambil urut2 blakang badan abah n bawak masuk keta. Dia cuma cakap "kita smua nk pegi Taib Andak ke?" aku jawab yea je.. terus menangis my dad.. "patut pun semlm dia tak nak pandang muka abah, rupa2nya dia nk pegi tinggalkan kita semua'. Sabar je la... kami 1 keta menangis. Sambil pujuk abah, bertuahnya kami sebab sehari sebelum tu kami semua sempat melawat beliau kt rumah. Hmm..dpt jgk aku main2 janggut dia n dengki Tok Abah, dia senyum je, walaupun tunduk mcm tk nak tengok org. Takpela.. kami redha dengan pemergiannya, pengalaman dengan beliau ke Mekah menunaikan umrah sama2 akan aku kenang sepanjang hayat aku.. Kepada Almarhum Haji Omar bin Haji Osman... alfatihah..
Majlis pernikahan acik tetap berjalan lancar malam tu jugak selepasisya'. Majlis tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan jiran2 terdekat. Kami dahulu kan dengan majlis tahlil arwah Tok Abah lepas maghrib. Ahli-ahli jawatankuasa masjid dan jiran2 memeriahkan majlis tahlil tersebut.
"Setiap apa yang berlaku ada rahmat di sebalik kejadian.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Tok Abah...amin.."
No comments:
Post a Comment