Rahsia sebuah alam perkahwinan [Husband, wife, passion, sex and relationship, romance]
# Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati. Kajian menunjukkan lelaki lebih rela melihat hilang perasaan sayang di hati isteri daripada tidak dihormati isteri masing-masing.
Suami perlu tahu isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka, tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.
# Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.
# Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya', tetapi besar kemungkinan dia terluka dengan perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu satu penghinaan.
# Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin kepada diri sendiri. Lelaki selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu menerusi peranan sebagai suami. Mungkin mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
# Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
# Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh lelaki atau isteri memperoleh gaji lebih besar. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
# Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata penghargaan, galakan dan sokongan.
# Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan saja menolaknya dari segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagai suami dan lelaki. Justeru, hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan sangat penting. Hakikatnya, golongan adam memang suka berasmara.
# Lelaki bergelut dengan godaan mata. Maknanya, majoriti lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita.
Bukan hanya lelaki yang sememangnya bermata liar, lelaki baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian seksi dan menarik. Biarpun pandangan itu hanya sekilas, imej terbabit tersimpan dalam fikiran lelaki dan akan kembali terbayang bila-bila masa.
# Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.
Lelaki juga mahu menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri malah turut dihantui kemungkinan risiko yang memalukan.
# Isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi romantik melalui galakan dan menafsirkan semula hubungan asmara mereka.
# Lelaki amat mengambil berat penampilan isterinya. Ini tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.
Apa yang diingini lelaki supaya si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).
# Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui dia amat sayangkan pasangannya itu. Lelaki memang ingin memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri, tetapi mungkin isteri perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.
# Kita cenderung mengorbankan sesuatu yang lebih bermanfaat hanya kerana kesenangan yang sedikit. Lebih malang lagi apabila gaya makan makanan segera ini turut diadaptasi dalam perkahwinan.
Seperti sistem imunisasi badan akan menurun apabila terlalu bergantung kepada makanan segera, begitu juga perkahwinan menjadi hambar apabila ambil mudah dalam hal berkaitan keintiman.
Budaya makan ini mungkin menjadi analogi paling tepat untuk menggambarkan perhubungan dalam perkahwinan. Jika tubuh manusia memerlukan diet makanan berkhasiat, begitu juga perkahwinan yang memerlukan 'makanan berkhasiat' dalam meningkatkan kehangatan perkahwinan.
# Jangan biarkan rumah tangga atau perkahwinan berlalu begitu saja. Rancang masa supaya suami isteri dapat berdua-duaan. Keluar 'bertemu janji' seminggu sekali mungkin satu idea yang bagus.
Letakkan peraturan untuk tidak bercakap mengenai kerja atau hal anak ketika 'bertemu janji', sebaliknya tumpukan pada hal lebih peribadi dan impian anda berdua.
# Pujian untuk pasangan tidak harus dipandang ringan lantas jangan lupa untuk memberi pujian kepada isteri yang membasuh baju atau suami yang membereskan segala bil rumah.
# Kadangkala apabila usia perkahwinan sudah menjangkau belasan atau puluhan tahun, hubungan menempuh rintangan emosi yang mungkin memerlukan anda untuk berhenti melihat sejenak apa yang berlaku dan mula belajar menghargai satu sama lain.
Jangan biarkan cinta dan kasih sayang terhakis kritikan yang menyentuh emosi. Sebaliknya, bina semangat masing-masing dengan saling memuji.
# Sebagaimana kita menjadikan bacaan doa sebagai amalan harian sebelum makan, begitu juga dalam perkahwinan. Sebuah perkahwinan yang disirami dengan keimanan adalah petunjuk kepada satu hubungan yang sihat secara keseluruhannya.
petikan dari buku >> For Women Only: What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn
No comments:
Post a Comment