Talk openly about your feelings.. take times to show that you care.. treasure each and every moment.. because to find true love is rare...
Monday, August 29, 2011
Perang Mercun
Bz @ kitchen nw, mau masak rendang since along masih sibuk dgn baju2 tempahan org yg blum siap lg. Hrp2 baju raya me dptla disiapknnya.. ok guys, smoga gumbira di Aidilfitri. Jgn over main mercun dek non... kak jah yg tgh brdiet tu, jgn melampau tahap pelahap mkn yg bukan2 raya ni, ingat ya..jgn tmbah babat di perut. Safely drive smsa menziarahi sanak saudara esok. Jgn lupa ziarah kubur org2 yg tersyg yg telah pergi meninggalkan kita. I miss u daddy, angah tiap2 thn buat kuih semperit khas utk u.. [sob..sob..syahdu]. ila arwahi Hj Hashim bin Hj Omar, Alfatihah..
Sunday, August 28, 2011
Its baking time!
Thursday, August 25, 2011
Saling bermaafan sesama kita...
kepada semua rakan2 taulan, sahabat handai, adik beradik, cousins & family.....
Orang baru, keta baru
Balik dari hospital, tiba kat parking, sudah nmpak ini keta baru (JNB).. Empunya siapa ya? auto tu... There's another, park betul2 depan ofis (BEV) Sempat snap sblum balik..huhu. Sapa punya ni? baik ngaku, sblum kak ngah gangster kasi calar lu punya...hahaha [saja dengki]. nway, tahniah ya kpd si pemilik keta. bila bleh kasi tumpang ronda2 skudai? jgn kedek arrr.... wa panggil ah chai block lu nyer keta nanti..hehe [ketawa org jahat]
Resipi Pilihan "Open House"
Bahan-bahan:
- 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
- 2 biji bawang besar ~ potong dadu
- 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
- 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
- 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
- 2 biji kentang ~ belah 4
- 2 helai daun bay
- 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Garam dan gula
- Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
- Minyak untuk menumis
- Air secukupnya.
- Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
- Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
- Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
- Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Resipi Kuih Raya Pilihan: Semperit
BAHAN – BAHAN
- Tepung jagung 250 gm
- Tepung gandum 1 cawan
- Tepung castard 1 cawan
- Gula kastor 1 1/2 cawan
- Kuning telur 3 biji
- Mentega 1 1/2 block (375 gm)
- Esen vanila 1 tsp
CARA – CARA
- Ayak tepung jagung + tepung gandum + tepung custard.
- Kacau mentega dan gula sebati (tak perlu kembang)
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla. kacau sebati
- Masukkan campuran tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Kemudian masukkan kedalam acuan semperit dan tekan sepanjang 2 inci diatas dulang pembakar
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
Sebuah Perjalanan...Syukurlah
Berjalanlah...
Semuanya bermula dengan sebuah perjalanan, kata orang, 'jauh berjalan, luas pemandangan'.
Mungkin juga 'jauh berjalan, tambah pengetahuan'.
Ada juga benar ungkapan itu, Allah juga dari awal telah menganjurkan hamba-Nya agar menjelajahi alam ini, sebelum terus 'menjelajah' yang 'lain' agar dapat mengenali Khaliq dan merasai kehambaan. Dalam firman-Nya yang bermaksud:
".....maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)." [Surah al-Jumu'ah : 10]
Dengan menjelajahi alam ini, melalui segala deria yang ada pada kita telah cukup untuk merasakan dan membuktikan kekuasaan Sang Pencipta yang kadang-kadang secara sengaja atau pun tidak kita telah menafikan hak Dia ke atas kita dan sekalian alam. Mungkin kita terlupa, cuba kita lihat kembali terjemahan ini;
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapa pun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan." [Surah al-Baqarah:107]
Maha Suci Allah yang dapat menaungi segala yang ada di langit dan di bumi, sehinggakan tidak tercapai 'kekerdilan' akal kita untuk memikirkan betapa berkuasanya Dia. Itupun masih ada yang masih menafikan dan kufur setelah menerima nikmat yang diberikan. Na'uzubillah.
Tidaklah memberi apa-apa kesan kepada-Nya jikalau hamba-Nya melupakan-Nya. Bahkan Dia tetap terus memberi nikmat secara percuma. Firman-Nya lagi dalam kitab-Nya yang Agung;
".... Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)." [Surah al-Baqarah : 255]
Syukurlah...
Pengertian sebuah kesyukuran itu begitu luas maknanya. Susah untuk diertikan secara terperinci kerana semuanya akan kembali kepada suatu yang asas yakni niat. Cuba kita renungkan kembali maksud hadis pertama dari Himpunan Hadis 40 oleh Imam Nawawi yang menjadi salah satu panduan asas hidup ini;
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin, 'Umar ibn al-Katthab r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."
Manakala dalam firman-Nya pula, Allah telah memberi jalan kepada hamba-Nya agar terus bertasbih kepada-Nya bagi memanjatkan kesyukuran kita atas segala nikmat yang dikurniakan;
"Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang." [Surah al-Ahzab : 41-42]
Dalam Surah al-Waqi'ah, ayat 74 juga Allah meneruskan unjuran supaya hamba-Nya bersyukur, yang bermaksud;
"Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmat-Nya itu)."
Allahu Rabbi.. Dia lah yang mempunyai dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Tertinggi keadaan-Nya, lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya). Agungnya Engkau Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, hanya pada-Mu kami memanjatkan kesyukuran di atas limpah kurnia yang telah Engkau berikan. Ampunilah di atas segala dosa-dosa yang kami lakukan, sesungguhnya kami adalah insan yang lemah lagi lupa. Rahmati dan berkatilah kehidupan kami. Ameen, ameenn ya Robbala'lameenn..
Berjalanlah di atas muka bumi ini wahai diri, nescaya engkau akan melihat akan kebesaran-Nya dan merasa bersyukur... Insya-Allah.
Say what you need, silent if u need. Wallahu a'lam.
Source: Artikel Iluvislam.com
Resipi Pilihan: Rendang Daging Minang
Bahan-bahan :
- 1 1/2 kg daging - dipotong ikut suka
- 3 sudu besar kerisik - pastikan kerisik tu bila masak hitam sedikit, jgn pulak sampai hangit
- 2 btg serai ditindik
- Cili kering (dikisar tetapi diasingkan daripada bahan kisar yang lain)
- 2 helai daun kunyit dihiris
- 1 biji kelapa diambil santannya
- Sedikir serbuk penambah perasa (ajinomoto, maggi cukup rasa dan lain-lain)
- garam secukup rasa
Bahan-bahan (dikisar) :
- 1 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- Lengkuas (pastikan pilih lengkuas yang tua dan keras supaya baunya sedap)
- 1 inci kunyit
- Cili padi ( ikut cita rasa)
Cara masakan :
01.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, cili kering kisar yang telah diasingkan dan daun kunyit.
02.Bila sudah naik bau, masukkan daging dan tunggu sehingga air daging tersebut kering. Setelah itu masukkan santan.
03.Masukkan serai tindik, garam, dan serbuk penambah perasa.
04.Bila kuah rendang kelihatan sudah pekat dan daging sudah lembut, masukkan kerisik (ketika masukkan kerisik api mestilah sederhana kuat sahaja).
[source: iluvislam.com]
5 Kelebihan Kesihatan Berjalan kaki ke Masjid
Sempena bulan Ramadhan yang mulia, berikut adalah lima kelebihan kesihatan berjalan kaki ke masjid untuk sembahyang Jumaat dan juga Terawih.
i) Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
ii) Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.
iii) Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
iv) Ia bentuk senaman. Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.
v)Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
[source: iluvislam.com]
Hidup ini ibarat "Roller Coaster"
Hidup itu memang bergelora,
Sebagai dugaan untuk manusia,
dalam mencapai keredhaan Tuhan,
Hidup itu ada naik dan ada turunnya,
Itu perlu untuk hidup yang indah.
Hidup itu memang bergelora,
Gelora ditangani bila hidup bermatlamat,
Perlunya Hidup kepada Matlamat,
Adalah ibarat perlunya kapal,
yang sedang berada di tengah laut bergelora,
dan pada malam yang gelap gulita,
kepada 'light house'.
Sungguh hanya ada dua pilihan,
Pilih hidup sekadar bertahan,
atau,
Pilih hidup untuk berjaya,
Namun untuk berjaya,
Hidup perlukan matlamat,
Pilihan Di Tangan Anda!
source- Artikel iluvislam.com
Koleksi Doa: Mohon Diberikan Rezeki Tatkala dlm Kesempitan
"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6
Surah Hud Ayat 6
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ {6}
Keterangan ayat:
Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.
Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.
Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.
Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.
(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)
Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.
Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed
[source: Artikel iluvislam.com]
Sempurnakah Ramadan kita?
Dalam kesibukkan kita untuk membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi dan ditambah dengan saki baki Ramadhan yang masih tinggal tidak kurang beberapa hari lagi, adakah pernah terdetik di hati kita untuk bertanya sama ada Ramadhan yang telah kita lalui pada tahun ini telah benar-benar mendidik jiwa kita untuk menghadapi 11 bulan yang akan mendatang.
Pernahkah kita tertanya apakah Ramadhan kita telah diterima dan segala dosa-dosa kita telah diampun oleh Allah s.w.t. Dalam pada itu apakah saudaraku sekalian masih mengingati tiga doa yang diaminkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang telah didoakan oleh Jibrail A.S.
Ketika Nabi S.A.W menaiki tiga anak tangga mimbar baginda berhenti di setiap anak tangga dan mengucapkan amin di ketiga-tiga anak tangga tersebut. Para sahabat lalu tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah diaminkan oleh Rasulullah S.A.W. Hal ini telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah katanya :
"Nabi S.A.W menaiki mimbar, kemudian baginda berkata: amin, amin, amin. Ditanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah, tuan menaiki mimbar dan mengucapkan amin, amin, amin?" Baginda S.A.W menjawab: "Jibril A.S datang kepadaku, dan berkata: "Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu Allah tidak mengampunkan dosanya, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka dan akan dijauhkannya, katakan (wahai Muhammad) amin," Lalu aku (Nabi SAW) pun menyebut "amin".
Jibril berkata lagi: "Wahai Muhammad, sesiapa yang memiliki dua orang tuanya atau salah seorang mereka, namun dia tidak berbuat baik kepada mereka berdua, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkannya, katalah amin." Lalu aku pun berkata: "Amin".
Berkata Jibril lagi: "Sesiapa yang mendengar namamu disebut, tetapi dia tidak berselawat kepadamu, dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam Neraka, dan Allah akan menjauhkanya, katalah amin." Lalu aku pun menyebut: "Amin."
Salah satu doa yang diaminkan ialah berkenaan sesiapa yang tidak merebut peluang untuk mendapat keampunan Allah S.W.T pada bulan Ramadhan maka dia antara orang yang akan rugi kerana akan dimasukkan ke dalam Neraka Allah S.W.T.
Apakah kita di antara golongan manusia yang telah diberikan peluang untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini termasuk di dalam doa yang diaminkan oleh baginda S.A.W.
Oleh itu saudaraku sekalian ingatlah doa yang telah diaminkan oleh Rasullulah s.a.w. ini dan rebutlah peluang yang masih berbaki, tidak berapa hari ini untuk mencari keampunan Allah S.W.T. Raya, raya juga, tapi jangan lupa untuk mencari peluang yang masih tinggal. Takut-takut inilah Ramadhan yang terakhir buat kita.
[source: Artikel iluvislam.com]
Mencari Lailatul Qadar
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:
Maksudnya:
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,
"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."
Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:
"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:
Maksudnya:
"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."
- Petikan dari : FIQH & Perundangan Islam Jilid II : Wahbah al-Zuhaili : Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
[source Artikel iluvislam.com]
Monday, August 22, 2011
Macam-macam hal...
Bermula ini ari, 22 ogos 2011 tamatlah riwayat hfon yg paling ku sayang ~ Motorola L7 yg telah berkhidmat dgn me hmpir tahun ke 6. Betapa kentalnya nyawa motorola ni, respek btul.
memang me ada beli htc touchpro april 2009, tapi jarang guna sbb lebih selesa dgn hfon ni. tak tau la knapa. byk sgt cerita ttg hfon ni, malas nk cite (wa simpan dlm kotak memori je la). Sbnarnya fon ni dh menunjukkn vintage start last week, tk tau la knapa...demam panas. bila bual2 pjg, terus cut off tetiba n hang. still elok lg, tp bila memikirkn kesihatannya tk tentu hala, trpaksa ... bertukar! dgn bajet yg ciput n sangat brpuas hati n berat hati jugak la.. sy telah membeli....ini hfon..TARAAA... kaler pink. jgn gelak k! social la sket. first time I beli jenama Samsung, Champ. lebih kurang mcm hfon along, Corby. tapi katanya I nyer lg best, sbb ada pen..hehe. Sgt berbaloi dgn harga di pasaran Rm198.00 (kira under bajet me la). Still explore...n try to understand samsung mobile function. lepas ni bleh la beli galaxy tab, ada beran?hehe... (tgh ushar motorola, agak2 ada kuar lg best dr galaxy tk) tungguuuu.....
sedang mengumpul $ ...utk sesuatu... (biarlah rahsia). kumpul tkpe...jgn buat loan. bak kata big boss dlm briefing pagi tadi...beliau menasihatkn staf agar berbelanja dgn berhemah. wpun senang skrg pihak bank nk luluskn loan staf, ada yg snggup beli gajet2 (ipad), baik buat aset tetap spt rumah. hurmmm..mmg ada perancangan, inshaAllah tahun depan. bila cerita pasal big bos, tringat discussion singkat kitaorg di tengahari jumaat. tetiba pagi td dia tnya me "mcm mana? dh ada jawapan?" I just said to him, later boss i'll see u. Aduyai...berat ati sket, still 50-50..smoga dpt penyelesaian yg muktamad..[harapan @ bahagia ke akhirnya? wallohhualam].
Bagaimana untuk kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk : Ayat 2)
[source: unikversiti.blogspot.com]
Thursday, August 18, 2011
Janganlah Kita Sekadar Berpuasa
Kita lihat disekeliling kita, ramai manusia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Ini adalah satu situasi yang baik dan sangatlah beruntungnya seseorang itu apabila menunaikan ibadah ini dengan penuh tawaduk dan semata-mata kerana Allah s.w.t.
Alangkah ruginya seseorang itu apabila meninggalkan ibadah puasa ini yang telah difardhukan keatas tiap-tiap seorang muslim. Tersangatlah ruginya. Di bulan Ramadhan ini apa sekalipun ibadah yang kita lakukan pastinya akan dilipat gandakan pahalanya. Bagaimana pula dengan dosa? Adakah melakukan satu dosa di bulan Ramadhan juga akan dilipat gandakan dosanya? Wallahu Alam. Anda sendiri tafsirkannya.
Apa yang dikatakan pula meninggalkan satu kefardhuan yang lain? Contohnya seorang muslim itu menunaikan ibadah puasa tetapi dengan sengaja meninggalkan kewajipan yang lain seperti tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya kepada wanita muslimah. Walhal menutup aurat itu adalah suatu kewajipan keatas tiap-tiap muslimah di atas muka bumi ini walau dimana mereka berada. Tetapi mengapa mereka meninggalkannya? Masakan boleh seseorang wanita muslimah itu melakukan ibadah puasa yang hanya 30 hari dalam setahun tetapi mendedahkan aurat mereka 365 hari setahun!!. Sedangkan menutup aurat itu adalah bersifat sentiasa tidak boleh tidak mendedahkan aurat walau satu hari pun. Itu tidak termasuk mereka yang memakai perhiasan yang berlebihan(makeup) dan juga minyak wangi. Yang sudah tentunya haram bagi mereka sekiranya menunjukkan kepada lelaki yang bukan muhrim.
Begitu juga pada mereka yang menunaikan ibadah puasa tetapi pada masa yang sama sengaja meninggalkan solat fardhu. Mungkin mereka menunaikan solat fardhu pada bulan Ramadhan bagi menghormati bulan ini tetapi meninggalkan solat fardhu selepas berlalunya ibadah puasa. Adakah tindakan ini betul? Adakah ini yang diajar dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia? Sedangkan solat fardhu diwajibkan ke atas umat muslimin dan muslimat sepanjang masa selagi kita masih hidup. Jadi mengapakah kita masih meninggalkannya?
Seperti kata Imam Ghazali, ramai manusia yang berpuasa tetapi cuma dapat lapar dan dahaga sahaja. Apa yang diharapkan untuk mendapat pahala di dalam bulan Ramadhan ini langsung tiada. Cuma penat yang menerpa. Maka sia-sialah usaha mereka untuk mendapat keampunan Allah s.w.t dibulan mulia ini. Nauzubillah.
Pada akhir tazkirah tersebut, ustaz berpesan supaya kita takut pada Allah s.w.t yakni sentiasa bertaqwa kepadaNYA walau apa yang kita lakukan. Taqwa itu adalah wasiat nabi. Selalunya lepas solat Jumaat kita pasti mendengar khatib akan berkata "Ittaqullah" yang bermaksud takutlah kepada Allah. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyampaikan kepada umat Islam terutamanya kepada keluarga,sahabat-sahabat dan umat muslimin dan muslimat mengenai hal ini.
أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 184)
3 Kebaikan Makanan Organik
Makanan organik adalah makanan yang melalui proses pembesaran secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun untuk mengelakkan penyakit pada tumbuhan atau haiwan, tanah yang dicampurkan bahan kimia untuk meningkatkan lagi kesuburan tanah dan sebagainya. Antara kebaikannya adalah :
(1) Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kandungan agen antioksida di dalam makanan organik adalah 50% lebih banyak berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia. Agen ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.
(2) Kandungan nutrien yang tinggi
Selain daripada itu, kandungan nutrien untuk makanan organik juga adalah tinggi berbanding makanan yang diproses. Ia lebih teruk sekiranya makanan yang diproses itu ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi khasiat sesuatu makanan itu.
(3) Lebih bersih
Sudah pasti makanan organik adalah lebih bersih kerana ia melalui proses secara semulajadi. Walaupun bahan kimia mampu untuk menyuburkan, mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya, tetapi bahan kimia yang digunakan itu sendiri memberi kesan terhadap khasiat sesuatu makanan itu.
Pengekalan Berat Badan Melalui Solat
Bagaimana solat membantu sebagai satu kaedah kerehatan tubuh? Pergerakan yang sering anda lakukan sejak kecil sehingga kini telah menjadi satu perbuatan tanpa sedar. Setelah mengangkat takbir, tahu-tahu dah selesai solat. Hanya anda yang tahu sama ada hadir atau tidak hati dalam amalan solat anda sebentar tadi. Pemahaman dalam bacaan dapat membantu khusyuk dalam solat.
Setelah anda mengangkat takbir, anda telah menyambung talian online dengan Allah S.W.T. Anda membayangkan bagaimana Allah S.W.T menjaga anda semasa anda di dalam rahim ibu. Kedudukan kedua belah tangan yang dirapatkan ke dada dan kaki yang membengkok untuk menempati ruang di dalam rahim ibu. Anda berjanji sesungguhnya hidup dan mati hanya kerana Allah S.W.T. Alangkah ruginya sekiranya tiada peningkatan di dalam solat.
Tanyakan pada diri sendiri: "Adakah kualiti solatku tadi lebih baik dari sebelumnya"?
Saya pasti anda ingat rukun solat iaitu:
- Niat
- Takbir
- Berdiri
- Membaca al- Fatihah
- Ruku'
- Iktidal
- Sujud
- Duduk di antara dua sujud
- Tahiyyat Akhir
- Salam
Mazhab Syafie' menambah rukun solat dengan:
- Toma'ninah
- Tertib
- Berturutan.
Perbuatan solat dimulakan dengan hati iaitu niat, diikuti dengan pergerakan anggota iaitu berdiri, ruku', sujud, duduk di antara dua sujud kemudian diikuti dengan perbuatan dengan lidah iaitu membaca al-Fatihah, selawat ke atas Rasulullah dalam tahiyyat akhir dan ucapan salam.
Cuba kita hayati maksud pesanan Rasulullah S.A.W mengenai pergerakan solat:
Dari Abu Humaid A.S Sa'idi r.a berkata: "Aku mengingat solat Rasulullah S.A.W lebih baik daripada siapa pun di antara kalian. Aku melihat nabi S.A.W mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahunya dan mengucapkan takbir, dan ketika ruku' nabi S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lututnya dan punggungnya membungkuk lurus, kemudian setelah bangkit dari ruku' nabi S.A.W berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal. Ketika sujud, nabi S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat. Ketika duduk pada rakaat kedua, nabi S.A.W duduk di atas kaki kirinya dan menyangga kaki kanannya dan pada rakaat terakhir nabi S.A.W menekan kaki sebelah kirinya ke depan dan menopang kakinya sebelah kanan dan duduk di atas punggungnya. (1:79 Shahih Bukhari)
Kupasan adalah berdasarkan pemahaman fisiologi struktur badan manusia dan kajian saintifik mengenai kebaikan pada perubahan kedudukan tubuh dan amalan Rasulullah S.A.W yang diulas dari sudut pemahaman sains. Ia merangkumi:
01.Aplikasi teknik relaksasi
Fokuskan pada pernafasan. Tarik nafas sedalam-dalamnya dalam tempoh 30 saat. Bacalah satu ayat surah al-Fatihah dengan menarik nafas dan hembuskan nafas bersama satu ayat al-Fatihah. Contohnya: Tarik nafas yang dalam (deep breathing) dan sebut Bismillahirrahmanirrahim sambil menghembus satu nafas yang panjang.
Anda juga boleh mengira tarik nafas dengan kiraan 8 dan hembuskannya perlahan-lahan dalam kiraan 7.
02. Mengangkat kedua tangannya sejajar dengan bahu
Pergerakan ini akan melenturkan otot-otot trapezius kanan dan kiri. Otot-otot ini yang kerap menyebabkan kesakitan di bahagian tengkuk. Cuba lakukan pergerakan ini perlahan-lahan sehingga anda merasa regangan pada bahagian otot-otot ini. Otot trapezius melekat pada dasar tengkorak, pada bahagian tulang yang menonjol tulang belikat (scapula bone)dan pada bahagian tengah tulang belakang. Otot-otot ini melekat di bahagian tepi tulang belakang dari C1 hingga tulang thorasic.
03.Meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas dua lutut dan punggung membungkuk lurus
Bentuk tulang belakang pada posisi normal adalah berbentuk S terbalik dari sisi. Bahagian belakang adalah di antara bahagian tengkuk dan pinggang sedikit membonjol keluar. Bahagian punggung akan menonjol keluar juga dari sisi.
Sekiranya anda membongkok, ia akan membentuk sturktur S terbalik. Bagaimana membungkuk lurus?
Bahagian belakang akan membongkuk lurus apabila anda menolak kedua-dua bahagian bahu ke atas dan menarik bahagian atas pinggang ke bawah. Ini adalah satu cara regangan otot-otot bahu dan otot-otot pinggang.
04.Bediri tegak
Berdiri tegak sehingga semua tulang punggungnya berada di dalam posisi normal.
Seperti yang telah saya gambarkan kedudukan belakang dari tepi. Bentuk tulang belakang seperti S terbalik. Kedudukan ini adalah posisi normal. Di mana bumi mempunyai tarikan graviti Kedudukan tulang belakang seperti ini merupakan kedudukan belakang yang paling stabil pada setiap jaluran otot-otot belakang.
Tahukah anda bahawa terdapat empat (4) lapisan otot-otot belakang? Terdapat dua lapisan otot untuk sokongan tulang-tulang supaya ia melekat. Manakala dua lapisan otot lagi untuk tujuan menampung berat beban. Subhanallah...
Kedudukan pada posisi normal adalah kedudukan yang perlu anda kekalkan posturnya. Ia merupakan satu kaedah pencegahan sakit belakang. Tidak kira samada anda di dalam posisi berdiri atau duduk.
05.Ketika sujud
Ketika sujud, nabi Muhammad S.A.W meletakkan kedua (telapak) tangannya di atas tanah dan menjauhkan lengan bahagian bawahnya dari tanah dan tubuhnya, dan jari jemarinya (kakinya)menghadap ke arah kiblat.
Semasa sujud, tumpukan berat badan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan perut anak jari kaki. Dengan melekatkan kedua (telapak) tangan di atas tanah memberi kerehatan pada otot-otot lengan bawah dan tangan. Membengkokkan siku dan pergerakan bahu memberi kesan kerehatan pada sendi pergelangan tangan, siku dan sendi baru.
Jari jemari kaki sepatutnya menghadap ke arah kiblat. Kebanyakan orang membiarkan jari jemari tegak tanpa di membengkokkan jari jemari kaki ke arah kiblat. Kedudukan kaki begini memberi kerehatan dan kesan regangan otot-otot tapak kaki. Justeru, ia juga akan menguatkan struktur urat-urat kaki untuk menampung berat badan.
06. Kedudukan pada ketika tahiyat awal dan tahiyat akhir
Kedudukan ini akan memberi lebih ruang pada bahagian jantung dan perut yang terletak di bahagian kanan dada. Kedudukan duduk pada kaki kiri dan menopang kaki kanan akan membantu pergerakan usus yang lebih lancar. Beberapa kedudukan di dalam solat dengan pembuktian saintifik membantu meningkatkan aliran darah ke alat kelamin lelaki dan menaikkan peranakan wanita.
Bagaimana sepatutnya dilakukan untuk memperolehi kesan yang maksima untuk tujuan tersebut?
Cuba anda bangun dari kedudukan sujud untuk berdiri dengan menekan pada telapak tangan dan ke semua jari jemari anda yang dibengkokkan ke arah kiblat. Anda akan merasa kesan panas pada bahagian dada, betis, peha dan bahagian kelamin anda.
Bagi kaum wanita, pergerakan ini menaikkan dan menguatkan serta mengetatkan otot-otot peranakan dan lantai rahim.
Pada kebiasaannya, punggung akan ditolak ke atas dahulu untuk peralihan pergerakan sujud kepada kedudukan berdiri tegak.
Ringkasan Pergerakan Solat Mengikut Amalan Pergerakan Solat Rasulullah S.A.W.
Langkah 1
Pastikan anda berdiri tegak. Betulkan kedudukan berdiri pada posisi normal. Kedua- dua belah kaki perlu mengimbangi kedudukan berdiri tegak. Jarak kaki kanan dari titik tengah sama dengan jarak kaki kiri dari titik paksi bumi dalam kedudukan berdiri tegak.
Langkah 2
Kedudukan kedua belah tangan bersudut 90 darjah dan di letak di atas dada merupakan kedudukan kerehatan sendi siku. Kedudukan tapak tangan kiri di bawah tapak tangan kanan di atas dada sebelah kiri sedikit.
Jantung seolah-olah berada di bawah tapak tangan anda. Dengan sedikit tekanan ke dada, anda dapat merasakan denyutan jantung anda di bawah telapak tangan anda. Ini merupakan kedudukan tangan untuk CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) sebagai satu prosedur menyelamatkan nyawa.
Langkah 3
Cara ruku' mengikut cara Rasulullah S.A.W ruku'. Kedudukan belakang membentuk 90 darjah. Anda hanya akan dapat melakukan kedudukan belakang yang lurus dengan menarik pinggang ke dalam.
Kedudukan belakang berbentuk S terbalik. Apabila anda ruku', bentuk belakang akan masih berbentuk S terbalik melainkan anda mengangkat kedua bahu ke atas dan menarik pinggang ke dalam.
Kedua telapak tangan diletakkan di atas tempurung lutut anda. Anda perlu menekan kedua-dua lutut dan kedudukan ini akan memberi kesan regangan di keseluruhan kaki anda.
Ini memberi kesan regangan pada bahagian belakang betis dan peha.
Langkah 4
Kedudukan ketika sujud.
- Tumpukan pada 7 anggota sujud iaitu dahi, kedua tapak tangan, dua lutut dan dua perut anak ibu jari kaki.
- Anda perlu merendahkan dada dan merasa lutut menekan ke dada anda.
- Ingatlah pada kedudukan ini anda paling hampir kepada Allah S.A.W.
- Otak anda pada paras terendah tubuh. Kajian menunjukkan pada kedudukan sujud, otak menjana gelombang alfa iaitu gelombang ketenangan
- Tekanan di dada akan menekan jantung dan kawalan pernafasan akan membantu lebih banyak darah dialirkan ke otak.
Langkah 5
Bangkit dari sujud.
- Kebiasaannya, punggung akan ditolak naik terlebih dahulu, sepatutnya anda perlu menekan pada 7 anggota sujud untuk berdiri.
- Angkat dahi dan lutut dengan menekan kedua tapak tangan dengan siku mengbengkok keluar dan kedudukan belakang yang lurus.
- Bergerak ke kedudukan tegak dengan menekan kedua tapak tangan dan perut ibu jari kaki, anda akan merasa tekanan pada kedua betis dan bahagian ari-ari menekan ke atas.
- Ini merupakan satu senaman yang baik untuk mengalirkan darah lebih banyak ke bahagian bahagian sulit. Baik untuk lelaki dan wanita. Bagi lelaki ia membantu aliran darah lebih banyak ke bahagian zakar dan prostate. Bagi kaum wanita pergerakan ini membantu menguatkan otot-otot peranakan.
Langkah 6
Duduk di antara dua sujud.
- Tumit menekan pangkal peha dan ibu jari kaki kiri ditegakkan pada perut ibu jari. Secara automatik, menegakkan ibu jari kaki akan menegakkan anak-anak jari yang lain. Ini merupakan senaman untuk urat-urat kaki.
- Tekanan tumit pada pangkal peha dan betis akan menekan pada saraf safenus iaitu saraf utama untuk keseluruhan kaki anda.
Menoleh kepala ke kanan dan kiri
- Cuba lakukan perlahan-lahan dan kekal ke kanan dengan kiraan 8 dan baru menoleh ke kiri pula, sekali lagi kekalkan dengan kiraan 8. Pasti anda akan merasa kesan regangan otot-otot bahu anda.
Mencari Erti Sebuah Perkahwinan
Perkahwinan merupakan fitrah semulajadi yang Allah anugerahkan dalam diri setiap lelaki mahupun perempuan.
Kecenderungan berpasangan ini telah terbukti di sebalik imbauan sejarah penciptaan Hawa.
Ketika nabi Adam tinggal di Syurga, baginda melihat semua makhluk lain berpasangan sedangkan baginda keseorangan.
Lantas, Allah yang Maha Mengetahui isi hati Adam menciptakan Hawa sebagai penghibur dan teman Adam sebagaimana firman Allah yang bermaksud "Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya."
Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."
Dengan pendekatan ini, perkahwinan mithali dapat membendung masyarakat daripada penyakit-penyakit yang menular disebabkan hubungan seks yang liar dan bebas.
Perhubungan seks yang haram ini menimbulkan pelbagai kompilasi dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah, hubungan sejenis, penyakit-penyakit kelamin seperti VD dan AIDS serta menghapuskan keturunan.
Perkahwinan mithali juga perlu berpaksikan al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga.
Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.
Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.
Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.
Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.
Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.
Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.
Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.
Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."
Selaku pemimpin, pentadbir, penguasa dan pelindung rumah tangga suami wajib memastikan hal ehwal rumah tangga berjalan lancar. Isteri pula perlu mengembelingkan segala potensi kelembutan, ketabahan dan kepekaannya untuk mendidik anak-anak dengan cara yang terbaik.
Pendidikan anak akan menentukan keindahan dan kejayaan perkahwinan mithali untuk jangka masa yang panjang.
Kita melihat fenomena hari ini di mana anak-anak berselerak dan terbiar disebabkan perkahwinan ibu bapa yang tidak mithali.
Ibu bapa melepaskan tangan dalam perjuangan mendidik anak-anak.
Amat malang sekali sekiranya kita berbuih mulut bercakap tentang perjuangan Islam sedangkan anak-anak seperti itik yang terlepas dari kandang, terbiar dan membawa diri dalam dunia sendiri.
Sebelum berkahwin sepatutnya pasangan lelaki dan perempuan mendalami dan memfaqihkan diri tentang ilmu-ilmu selok belok rumahtangga. Paling penting kedua-dua pasangan perlu sembahyang dan taat kepada perintah Allah.
Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.
Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.
Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.
Resipi Pilihan: Pasta Carbonara & Cendawan
Bahan-Bahan :
- 2 peket spagethi
- 2 ulas bawang putih (tumbuk)
- 1 ulas bawang merah (mayang)
- 1 peket daging cincang/ ayam
- 4 biji telur
- Garam secukup rasa
- lada sulah secukup rasa
- lada hitam (jika hendak pedas)
- 3 sudu besar minyak (menumis)
- 1 tin cendawan butang
- keju parmesan (diparut)
Cara masakan :
01. Rebus spagethi dalam air yang mengandungi garam (dua sudu kecil) dan minyak masak (2 sudu besar).
02. Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehingga sebati.
03.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan daging. Masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
04.Apabila spaghetti sudah masak, toskan dan terus masukkan ke dalam bekas telur yang telah dipukul tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan telur masak oleh panas spaghetti.
05.Kemudian, masukkan spaghetti bercampur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spagethi bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut betul-betul masak.
06.Gaul dengan keju parut sebelum dihidangkan.
[source: iluvislam.com]
5 Ways To Lose 5 Pounds
However, like all goals with perspective and a plan, shedding the weight becomes totally attainable. Think of it this way: If you cut 200 calories each day through diet or exercise, you’ll be on track to lose a fiver in 3 months. Want to speed things up? Eliminate 500 calories from your daily intake to lose roughly 5 pounds in a month.
1. Drink More Water
Research indicates that chugging H2O curbs appetites. In fact, in one study by the American Chemical Society, dieters who drank water three times a day before meals over 12 weeks shed about 5 pounds more than those who did not boost their water intake. Water’s benefits don’t stop there: Agua also keeps you energized, so you’ll have the vigor needed to burn additional calories in the gym, on the tennis court, or wherever the day takes you. “Even being slightly dehydrated can lead to feeling fatigued,” says personal trainer Jim White, RD, owner of Jim White Fitness & Nutrition Studios in Virginia Beach, VA. And soda fiends out there can chop more than 200 calories from their diets by replacing a 20-ounce bottle of nondiet cola with some refreshing H2O.
2. Say No to a Side of Fries or Potato Chips
A 4-year study on the effect of lifestyle on weight gain revealed potatoes and potato chips were closely linked to packing on pounds, which shouldn’t come as a surprise. After all, a medium order of french fries is loaded with 380 calories, and a 1-ounce serving of potato chips adds 150 calories. Replace these greasy sides with fresh veggies to save yourself hundreds of calories in a week.
3. Cut Down on Added Sugars
On average, Americans consume 475 calories of added sugars daily, estimates Rachel Johnson, RD, PhD, a professor of nutrition at the University of Vermont. You, too, can do the math. Eliminating added sugars could save you thousands of calories in a week. In fact, a study review published in the journal Public Health Nutrition found that the consumption of sugar-sweetened beverages contributed to 20% of weight gain between 1977 and 2007. Other offenders included cookies, cakes, doughnuts, and dairy desserts. To trim hundreds of empty calories from your daily diet, check nutrition labels. “Look for anything that ends in the letters "ose,” the biochemical ending for sugars, such as sucrose, dextrose, fructose, and maltose, and the word syrup,” Johnson says. If it’s sweetened, skip it.
4. Beware of Hidden Calories
We’ve got to give credit where it’s due: Following reports about their high-calorie eats, many restaurant chains have begun to disclose calorie information on their menus. But while these eateries are off to a good start, a recent study from Tufts University showed that the calorie counts that appear may be incorrect. Researchers found that 19% of the foods they tested contained at least 100—and in one case 1,000—calories more than what was stated on the menu. Additionally, the biggest culprits of this calorie miscalculation were items usually viewed as healthy choices (think salads and soups). This means even diligent dieters may inadvertently consume more calories than they intend. The best way to fight back: Learn appropriate portions for common foods and skip calorie-laden condiments and dressings.
5. Move More
Not all calories are lost at the kitchen table. Daily physical activity chips away at unwanted pounds.
If lifting weights and running the treadmill have become a snooze, shake things up with some unconventional training, suggests White. “Choose an activity that you enjoy, whether it’s yard work, pole dancing, Zumba, or Pilates—anything that gets your body going.”
Whether you already work out or haven’t hit the gym in a year, slash even more calories by integrating these activities into your weekly routine.
To burn…*
More than 100 calories, try:
Walking for an hour at 2 miles per hour (183)
Cooking for an hour (176)
More than 200 calories, try:
Raking the lawn for an hour (281)
Cleaning the house for an hour (246)
Bowling for an hour (219)
Leisurely bicycling (less than 10 mph) for an hour (292)
More than 300 calories, try:
Golfing for an hour while carrying your clubs (329)
Mowing the lawn for an hour (387)
Dancing for an hour (317)
Playing baseball or softball for an hour (365)
More than 400 calories, try:
Doing high-impact aerobics for an hour (493)
Hiking for an hour (438)
Stationary bicycling or rowing for an hour (493)
More than 500 calories, try:
Playing basketball for an hour (584)
Jogging at 5 miles per hour (584)
Using a stair treadmill for an hour (657)
Swimming laps for an hour (511)
*Based on the average calories burned for a 160-pound man according to the compendium of physical activities.
[source: shine.yahoo.com]