Thursday, August 18, 2011

Resipi Pilihan: Pasta Carbonara & Cendawan

Pasta sememangnya mudah disediakan dan pasti menyelerakan! Spagethi Carbonara ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak yang tidak menggemari masakan pedas. Malah ia juga sangat sesuai dihidangkan bersama pasta jenis fettucini ataupun spiral. Kini, tidak perlulah anda berbelanja besar dan pergi ke restoran-restoran mahal untuk menikmati makanan Itali seperti ini! Lengkapkan dengan cendawan butang dan lada sulah untuk rasa yang lebih memuaskan.. Selamat mencuba. Nyum!

Bahan-Bahan :

  • 2 peket spagethi
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 peket daging cincang/ ayam
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah secukup rasa
  • lada hitam (jika hendak pedas)
  • 3 sudu besar minyak (menumis)
  • 1 tin cendawan butang
  • keju parmesan (diparut)

Cara masakan :

01. Rebus spagethi dalam air yang mengandungi garam (dua sudu kecil) dan minyak masak (2 sudu besar).

02. Sediakan satu bekas besar, pukul telur dan campurkan lada sulah, cendawan butang dan garam. Masukkan lada hitam sekiranya inginkan rasa yang lebih pedas. Pukul sehingga sebati.

03.Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah dan daging. Masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.

04.Apabila spaghetti sudah masak, toskan dan terus masukkan ke dalam bekas telur yang telah dipukul tadi. Gaul sehingga sebati dan biarkan telur masak oleh panas spaghetti.

05.Kemudian, masukkan spaghetti bercampur telur tadi ke dalam daging yang telah digoreng. Goreng spagethi bercampur telur tadi bersama daging yang telah digoreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut betul-betul masak.

06.Gaul dengan keju parut sebelum dihidangkan.

[source: iluvislam.com]

1 comment:

Anonymous said...

I loike!!...i loiikee!!!!


Tigerlox