Friday, December 09, 2011

OMBAK RINDU

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

[source: Wikipedia]

Filem: OMBAK RINDU

Berikutan dari novel yang paling glamer suatu ketika dahulu, kini telah diadaptasikan ke dalam filem ~ Ombak Rindu yang diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Terjahla pawagam-pawagam berdekatan anda, rugi kalau korang tk tengok!! [i dh 2x nonton wayang, huhu.. dua2 kali tu jugak tangkap syahdu]. Walaupun filem ini tidak mengikut keseluruhan novel tersebut, tetapi jalan cerita tetap sama. i bagi 4 **** (bintang) utk filem ini. Harap2 dpt ke FFM next year. Tahniah Osman Ali! garapan filem yang sangat menarik, wajib tonton & sesuai utk semua peringkat usia. Tengok jangan tak tengok!!!!

No comments: