Waffle merupakan makanan yang terkenal terutamanya di Belgium dan juga Amerika Syarikat. Waffle boleh dimakan dengan pelbagai jenis topping seperti ais krim, coklat, strawberi, madu dan banyak lagi. Apa kata, anda mencuba untuk memasak waffle pada petang ini.
Jom kita tengok, apakah bahan-bahan dan cara-cara memasak waffle. Selamat mencuba.
Bahan-bahan ( 4 keping ):
• 1/2 cawan tepung gandum
• 75 ml susu segar
• 2 biji telur (saiz C) asingkan putihnya
• 1/2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh minyak masak
• 1 sudu teh gula halus
• secubit garam
Cara-cara:
- Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
- Di dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak bersama baking powder terlebih dahulu), susu, garam, minyak masak. Masukkan adunan ini ke dlm telur putih tadi.Gaul rata.
- Panaskan snack maker,sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2 minit. Sedap di makan dengan jem, kaya, aiskrim atau madu.
- Boleh juga di masak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.
No comments:
Post a Comment