Friday, October 30, 2009

PAPADOM

filem ini khas untuk semua papa @ ayah @ abah @ daddy all over the world. me n hsemate sempat jugak la tonton filem ni walaupun hampir seminggu selepas ditayangkan. even midnite nyer movie, sanggup tunggu.. merah mata bib tahan ngantuk..hehe. mmg best la... rugi korang tk tengok. kelakar, nangis, bengang..smua ada..hehehe..

'beatiful nara' filem review & gossip:
"Sejujurnya kami mengakui usus kami hampir terburai akibat gelak secara melampau semasa menonton filem PAPADOM nie. Memang gelak non stop, dari awal sampailah ke akhir. Tapi paling kuat gelak masa part last tue la. Sumpah lawak gile muka Que Haidar masa kena main kat “puting” ngan Liyana Jasmay. Kalau nak tau kenalah gi tengok ye ~~
Kami berani jamin yang korang takkan rugi langsung kalau pergi tengok cerita Papadom nie. Memang layak menang Filem Terbaik. Memang layak Liyana Jasmay dapat Pelakon Wanita Terbaik. Memang semuanya bestlah filem nie. Pelakon, jalan cerita, lawak dia, part sedih dia, pengajaran dia. Memang bagi kami filem terbaik Malaysia yang pernah kami tengok setakat nie.
Tapi yang kami peliknya napa Papadom dapat hall kecik kat wayang Cineleisure. Padahal ramai lagi beratur nak beli tiket citer dia nie. Memang double standard betul la. Kalau filem tak best macam sorang Prof tue selalu buat kami boleh la terima bagik dewan kecik. Nie filem best, ramai orang beratur nak tengok tapi akhirnya kecewa sebab tiket habis. Panas betul hati kami nie.
Yang penting sapa yang belum tengok tue sila pastikan anda curik masa pergi tengok. Tak kira la anda nak ponteng kerja ke, tuang kuliah ke tapi yang pastinya tolong tonton filem nie sebelum abis kat wayang. Kami jamin anda akan rasa nak tengok lagi selepas tue.
Buat Mr. Kodok @ Afdlin Shauki, lu punya cerita memang best beb~~ Kami respek sama anda. Tahniah!!!"

so.. kepada smua peminat filem arwah Yasmin Ahmad, ini la penyambung cerita kasih sayang oleh Afdlin Shauki utk semua.. selamat menonton!!

Few pictures taken wit hsemate:



Daddy's love...

alhamdulillah... keadaan kembali seperti sediakala. 10 hari dad kat HSA wit 3 operations..huhu. My luvly dad yg aku kenali - cool, kuat semangat, sabar n kadangkala poyo & sengal!hehe. 3 days aku amik cuti, 5 hari dpt duduk dgn dia di hospital. melepak n buat lawak bodo.. layankan je apa dia nk makan. kira ok la ni masuk hospital dia nk makan, if senyap je.. kalau bual tk kuar suara, takut aku dibuatnya. mom spt biasa, setia menunggu w'pun sakit blum baik lagi. respek n suspek tul dgn my mom. i love u both, forever in heart!!!!

these r few pictures wit my parents at HSAJB:


Friday, October 16, 2009

Haru...tak biru

dlm jam 11 am lebih abe call kata dad dlm ambulance now going to hospital. perh! terkuzat aku skjap. but still cool. pesan itu ini kt bdk2 ofis, tlg settlekan keje me apa yg patut. Then balik umah, kemas2... pastu drive to merlimau. smbil tunggu acik abis keje @ 5pm, aku lepak kat CC. update blog ni, tengok tanaman farmville aku n chat..huhu.

Dad was hospitalized @ wad Dahlia, HSAJB tghri ni. salur darah kt tangan (dialisis) pecah, kena operate n ganti baru la ni..hmm. Harap2 smuanya ok nnti.

Lain ari, tulis lagi. doakan smoga ayahanda me sihat hendaknya......... amin. sayang dad.. even dia sengal!!! hahahaha...

Thursday, October 15, 2009

Final Raya Celebration

aku rasa semalam adalah final celebration Hari Raya Aidilfitri utk tahun 2009. Lepas ni dah tak larat nk makan banyak, wat keje apa2 da...hehe.. Puasa 6 pun belum cukup lagi..huhu(tetiba red flag la pulak). Ada baki 3 hari lagi utk ganti puasa. Harap2 ahad @ isnin ni dpt menghabiskan puasa 6, insyaAllah.

Raya Celebration @ UTMIC - membina personaliti unggul, nmpak meriah walaupun ramai yg tk suka buat dalam Dewan Besar. Ceramah agama dari Ustaz Farid Ravi mmg best & kelakar. dalam dia berseloroh, byk jugak ilmu yg kita dapat. UPPK diberi tugas utk sediakan air sirap limau selasih, tapi kami tambah dgn air asam boi. Alhamdulillah... habis ari yg kami sediakan. Penat lelah semua orang (org kuat: leha, azroel, aty, wan, zurik ... dll) mmg berbaloi-baloi. Makanan di majlis hari raya ni mmg best! tapi aku sempat merasa bihun sup (PHB), sate (Koop), aiskerim, nasi himpit & rendang ayam (Pendaftar/canseleri) & buah-buahan. Lain2 tak larat la nk pi bersesak-sesak, malas...huhu.

Kepada semua yg bertungkus lumus, terima kasih banyak2 la. Sorry, i tk dpt tolong korang dengan penuh tenaga (not in the mood & kureng sihat..almaklumla.. perempuan mabuk estrogen..hahaha).

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 yg begitu meriah, jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah"

These r few pictures taken during da day:

*deco, deco... deco!!!
*Jejaka perasan & perempuan melayu anggun terakhir UPPK
*minuman yg disediakan.... lazat!!!
*smile... u're on candid camera! ceramah Ustaz Farid Ravi - best!

*me, sarah (hsemate) & yati (x-hsemate)


Monday, October 12, 2009

open hse pictures lagik!!

hi all... ini ha lagi..gambar open hse itu ari utk ditepek kt sini..

*potong kek lagik..huhu.


*antara tetamu yg hadir yg sempat amik gambar. hmm..kalau tk interpreme tk sah la aku ni!












Open House @ home sweet home

alhamdulillah.. segala perancangan yg tk seberapa akhirnya jadi jugak. Rumah terbuka we all last saturday meriah dgn kehadiran ahli keluarga, rakan-rakan satu ofis, bf's (ehem..ehem.. sapa tu? i nyer bf tk dtg eh..hehe), all members yg suddenly jemput pun datang jgk. Teeeeeerrrrrrimmmmaa kaaaaaaasiiiiiiiihhhhhhhh!!! (ala-ala David Arumugam Alleycats).

Preparation
Day 1: Thursday - ptg tu lepas balik dari keje, kami (sarah, k.bib & me) sibuk membeli belah di NSK & Jusco Wangsa Maju (k.bib pun trpaksa buka puasa air je..huhu). Penuhla bonet & tmpt duduk blakang Dumblebee me. Barang-barang kering, settle dpt beli semuanya.

Day 2: Friday - kami (k.bib, suzie's & me) terus ke pasar malam Jelatek utk membeli barang2 basah pulak. Nasib baik la ada ayam & daging fresh kt situ. Sayur2 & buah2an pun ada jugak. Next time korang datang je la pasar malam kt sini. Dekat je dgn lrt station Jelatek (jln kaki dlm 5 minit). Macam-macam ada... yg penting rangka ayam goreng kegemaran me musti beli kt sini!! nyum..nyum..
Malam tu k.bib start memasak menu pertama - ayam dendeng. Angin satu badan je k.bib tgk me dh amik daging & bawang goreng yg dh siap tu..mmg sedap! i like onion!! (badan pun dah bau bawang da...) Sarah pun dh mula melenyek bahan-bahan utk bergedil dagingnya yg diberi nama 'abe wae ku saye...' Jgn ditanya mana dpt nama tu, special babe!! wakakak... Suzie's cute sibuk blender kacang & segala bahan utk menu - sambal kacang & rendang ayam portugis. Sambil2 tu i merebus ketupat nona segera - 60 bungkus. Then we all semua mengemas ruang tamu (kasi bersihkn segala sawang, susun atur meja, tv & pindahkan sofa kt dlm bilik k.bib, kasi ruang besar sket. (Sori bib..smpai tk bleh tdo dgn tenang sbb sofa tu kt sblah katil. ada org tido situ ka?? misteri.....mainan perasaan). hmm...nasib baik perabot tk byk, so bleh la letak sana sini. Zila sibuk dgn meja & sketing, susun warmer set ala-ala Dewan Perdana Felda gitu..huhu. Dalam jam 1am baru selesai semua dan masing2 tdo dgn kepenatan & berazam bangun jam 5.30pagi utk memulakan program masak2 aidilfitri..hehe.


These are few pictures taken before:
*transformasi rumahku syurgaku..huhu... walaupun kecil & comel, kami bahagia..



*Bergedil sblum digoreng & daging dendeng lazat!! nyum..nyum..



Day 3: Saturday 10 Oktober 2009.
Seawal jam 5.30 pagi k.bib dh bangun dan memulakan puding cocktail. Then sarah pun sibuk membentuk bergedil abe wae saye bulat2 & comel. Jam 6.30am i bangun terpisat2 mengantuk tk cukup tdo. Then suzie's pun bangun terus masak sambal kacang (sedap seh...ini first time dia masak, resipi ibu suzie's tersayang..hehe). Slps k.bib siapkn pudingnya, dapur clear.. so bolehla i start masak soto daging (i pun tk prnah masak soto, so..hentam sajala..hehe). Kelam kabut settlekan soto ni sbb sarah trpaksa balik Kuantan pagi tu - mintak restu ayahbonda katanya..huhu. Apa2 je la sarah, doa me smoga bahagia hingga jinjang pelamin, insyaAllah. Chaiyuk!! Tak lama tu, suzie's continue wit her rendang ayam portugisnya... perh! pedas...tapi lazat!. Dapur buruk we all kalau boleh jerit 'stop! stop! aku panas la.. nk rehat' mmg la patut dapur tu jerit. Sbb masak non-stop seh...hehe. Spt tahun sblumnya, i masak menu laksa sarawak, selagi perencah laksa tu ada... kena masak la. Laksa sarawak ala-ala versi johor..wakakak. Yg penting sambalnya tu..nasib baik menjadi lagi. Then i continue wit menu ke-3 me iaitu nasi beriyani ayam. mula2 plan nk masak nasi ikut resipi Jamie's Oliver (Naked Chef) tu.. tapi malas la. takut tk jadi, buat malu je. First trial nasi beriyani guna marjerin, alhamdulillah.. jadi jugak. Even ada bau hangit sket (sbb periuk yg tk serba guna, tapi boleh la.. asal ada periuknya). Sempat lari turun pi kedai buat acar darat..hehe. k.bib cadangkan menu ke-4 me: bihun goreng dimasak bila nasi briyani tu dh abis. so...i mandi & rileks menunggu tetamu yg hadir. Acara memotong kek coklat (special tempah @ D'saji catering), sempena belated b'day me & coming b'day zila on 13 Okt nnti.
Tetamu pertama, tiba awal sblum jam 12tghri anak sedara k.bib & rakannya. Then around 12 lebih mak itam, mak lang me & anak2nya. Meriahla..umah tu dgn celoteh mak itam tu..hehe. pastu abg k.bib frm Rawang, mmbr suzie's.... bla.. bla... ramai jgk la yg dtg. Sempat aku lari ke kedai, beli ayam then goreng, tambah ayam goreng siat & masak bihun goreng. Nearly 7pm keadaan kembali tenang & reda. Suzie's pun sibuk packing sedikit makanan nk bawak ke umah abgnya di Cheras. Esok ada open hse kt situ. Kesian k.sue.. dh la penat memasak & layan tetamu kt sini. Masing-masing kepenatan. Lps maghrib tu, kakak satu ofis zila datang. Then my bro's - Erin & shidah mai dari Rembau. Even kepenatan, sempatla diaorg melepak baring2 sblum diaorg pi tgk 'Papadom' kat Times Square. Dia ajak me, tapi tk laratla.. ingatkan erin penutup open hse kitaorg, tk lama dia balik saza's call kata dh smpai kt parking. Saza, suya, janet, adiknya & ibu tersayang datang. Nasib baik laksa sarawak, ketupat, smbal kacang, dendeng & rendang ada lagi sikit. Dapatlah diaorg merasa..huhu. Nearly 10 lebih diaorg balik ke Selayang. Alhamdulillah.. kami sangat2 bersyukur dgn kehadiran keluarga & rakan2 tersayang. Takde makanan yg terlebih pun.. ngam2 utk kami menghabiskan smuanya. Sempat kemas sket2 kt dapur & ruang tamu. Aku dh lepak giler.. tangan kiri tetiba rasa sakit, sampai ini ari la..rasa kebas n nyut..nyut. Sabarlah... letih sgt kot.

Few pictures taken on special day:
*hsemate (frm left: me, zila, k.bib & suzie) - Menu vogue d'bum yg sempat dimasak


*puding cocktail & sambal kacang


*bday cake lagi... nyumm..nyumm..

*ada gambar2 lain yg tk dpt upload dlm blogspot ni.. huhu

Di kesempatan ini, nk ucapkan ribuan terima kasih banyak2 kpd rakan-rakan serumahku yg tersayang (k.bib, suzie's, zila & sarah) akhirnya... kita berjaya buat open hse jugak tahun ni ala-ala vogue da bum!hehe.. tahun depan, panjang umur kami.. insyaAllah buat lagi.
sesiapa yg dpt menghadirkan diri & yg tk dpt hadir tu kami ucapkan terima kasih jugak. Rezeki yg ada dapatlah dikongsi bersama, perpaduan & ukhwah antara kita sesama rakan & keluarga juga kembali bertaut & kasih sayang berpanjangan...
See u next year!!!! yeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaa.... best!!!

Wednesday, October 07, 2009

Birthday BASH @ Raya celebration

its a great celebration birthday!! J took me out to Alexis @ Great Eastern Mall n AmpWalk (Secret Recipe). Thnx drlin, muahs!! Even dia kepenatan satu hari lari ke sana ke mari, tapi still bleh luangkan masa utk me. hmm... syahdunya.. These r few pictures taken:

*These r cute cakes for us - Tiramisu & golden nugget @ secret recipe Ampwalk:


relaxing time... alexis @ great eastern mall


ari ni ofis buat open house Hari Raya kecil-kecilan.. Surprise! Surprise!! rupa2nya smua staf collect duit beli chocolate indulgance cake, Secret Recipe. Nyum.. nyum. Thnx guys!!


* Bday cake sharing wit others @ office:

Tuesday, October 06, 2009

34th Birthday!!

alhamdulillah... syukur. Allah beri kesempatan pada diri ini untuk bernafas dan mengecapi nikmat hidup di dunia ni. no special celebrations today, cukupla dgn sms & call dr kawan2, thnx guys!! acik first sms wish birthday, thnx sis. isam awal pagi tadi slps subuh, sms me n janji nk jmpa minggu ni, tp tk tau bila. azhar @ kuching, pagi2 dh call.. thnx syg! muahs. lain2 kt yahoo messenger & tagged..huhu.. J ajak kuar clbrte ptg ni lps keje.. hmm..tk tau la bleh pi ke tak.
smlm 1 ari kt umah.. lepak sbb sakit peyut. trpaksa M.C da.. ini penangan makan byk sabtu & ahad (open house) hehehe..

Kepada rakan2 yg berada di KL wkend ni, hari sabtu, 10 Oktober 2009 jmput la dtg braya di rumah saya brmula jam 12 tghri - 12 tgh mlm. Menu biasa & simple je..

"SELAMAT HARI RAYA. SELAMAT HARI LAHIR KE - 34 utk diriku... (hmm..dh tua la..uhuk!)"

Wednesday, September 30, 2009

Sendu di Aidilfitri

dalam sejarah kehidupan aku selama hampir 34 tahun, aidilfitri tahun ni la paling bangsat sekali la.. byk hal yg berlaku, buat aku sabar... sangat2. aku la yg paling happy sekali bila raya ni sebab aku dilahirkan di pagi Syawal jam 3.17am hampir 34 tahun dulu..hehe. kira nama aku tu diambil sempena - Hari Raya Aidil Fitri la.. byk kisah masa kelahiran aku di pagi syawal dulu, kadang2 tergelak sorang2 bila mengenangkan sejarah kehidupan sendiri.

Ramadan terakhir
pagi2 lagi aku dh sibuk dgn periuk utk masak ketupat, burasak & lepat. ini kerja normal tiap2 tahun. abg ipar & abe tolong jgk. tapi aku kena kuar bawak mom beli barang2 terakhir raya. sian mak aku tu, baju raya pun tk siap (hampeh btul along, tiap2 tahun lagu tu jugak). nearly 2.30pm aku kuar umah, bawak mom pi beli suar raya for dad & her kasut (scholl) @ Jusco Tebrau City. then rushing to town Kota Tinggi cari baju raya utk mak n aku jgk sambar 1 kurung hijau (lip lap.. lip lap.. glam seh!). biasala road frm JB to Kota Tinggi - jem rabak kt area kem smpai la town. hampeh je... last2 aku buka puasa kt pizza, itu pun tapau sbb rush balik umah. Ntah apa kepala hangin bapak aku tu, bengong btul. Mengamuk2 sbb kitaorg tk smpai2 umah. apa dia hingat aku ni bawak bmw ke bleh rempit smpai umah sblum maghrib. balik umah dia mengamuk2, hmm... apa lagi, aku pun hamuk jugak dia balik (mmg kurang ajaq aku ni). Dia kata tak payah raya, buang smua makanan kt dapur tu...bla..bla. (gila meroyan datang..huhu). Ntahla..lately ni perangai dad ada sikit mental disorder, biasala.. org tua - sakit, tk bleh terima kenyataan byk perkara. hypertension & stressed sejak arwah tok abah meninggal april lalu. pikir bukan2 pasal my mom. ape kejadahnya mak aku tu ada bf lain, dah la mom sakit.. dok umah, nama nk kuar cari bfren?? hehehe.. lawak btul la. i knew my parents a lot, bila kesengalan diaorg datang. Sabar je la...
mlm tu aku sibuk sorang2 kemas umah, pasang langsir smpai jam 3.30am. Brothers r busy main mercun dgn anak2 sedara me. berdentam dentum bergegar umah tu dibuatnya. Mcm raya2 sebelumnya - perang mercun dgn anak-anak jiran..hehe. Acik balik umah mak men ini tahun, biasala.. first celebration raya. dari pagi smpai ke tgh malam asyik call je tanya itu la ini la.. sebok! after settle pasang langsir, aku kejut mak - masak utk makanan di pagi raya. Menu biasa tiap2 tahun: kari ayam, rendang daging, lodeh anak pak lodeh & special for burasak - semeti asam pedas (nyum.. nyum..). Mata ala-ala mengantuk sbb tk tdo lagi, bila fikirkan pasal raya... mmg bersemangat btul aku!

satu hari di hari raya
alhamdulillah.. akhirnya berjaya jugak aku menolong mak masak. along masih kt kedai jahitnya sampai ke pagi raya. mom sedey.. sangat dgn prangai dad. syahdu mengalir air mata di pagi raya. dad pulak still dgn kesengalan & keras kepalanya. taknak pakai baju raya, sanggup pakai jubah pi masjid. tk makan & tkde pun bising2 nk bersalam-salaman dgn anak2 & cucu (sahlah mmg sengal, gangguan fizikal & mental, malas nk layan..). aku cukup sabar betul bila dia kata tk payah raya ari ni. so... aku n mom decide kami tk payah gi mana2. pakai t-shirt biasa je, sibuk kemas umah, basuh pinggan, bersihkan kawasan umah. i ask my brothers to send those makanan to our granny's hse. along pun malas nk layan prangai sengal dad, dia kuar join program beraya dgn family mentua.. tkde la kami bersalam-salaman di pagi hari raya aidilfitri. semua buat hal masing2... Ptg tu datanglah adik2 kesayangan dad, kami maklumkan jgk pasal kesengalan abg diaorg tu. my aunties gelak2 mcm tk caya.. sbb they knew dat their brother r really cool & strict person. bila jadi cmni, mmg la lawak giler.. (aku pun sakit ati jgk, tapi bila pikir2.. lawak pulak..hehe).
Cousin me hasry menikah di pagi hari raya ni, aku tk dpt datang n jumpa diaorg even kt umah pakcik & ibu. Memandangkan kami tk beraya tahun ni. so dok diam2 je la kat umah.. bertiga. dh lewat malam baru dad tanya apsal tk jemput la.. itu la.. aku kenakan dia balik, yg dad pi sengal ari ni apsal? satu menda pun tk bleh buat! dia diam je... hmm.. org tua, maafkan je la.

2nd day Aidilfitri
hujan renyai2 di pagi aidilfitri. hari ni aku, mom & dad baru bleh kuar umah. itu pun dad cuma cakap kita nk ziarah kubur arwah tok abah, nenek & yayi je. dia tk sebut pasal nk braya umah adik dia ke.. apa ke. since i'm driving, aku belok umah pakcik & ibu, lagi pun ujan.. saja nk tanya kabar org yg baru melangsungkan pernikahan semlm. after lunch kami pi kubur arwah tok abah & nenek. sedih btul aku..mengalir ayaq mata bila mengenangkan yg dad stressed out after tok abah meninggal dunia.. sabarlah hati. aku kena kuat semangat demi my parents.
perjalanan diteruskan sampai ke Bukit Batu, Kulai (umah atok sblah mom). ziarah kubur yayi n melepak sekejap kt umah atok. di kesempatan tu jugak my mom bermesyuarat dgn abg2nya perihal atok (dh jadi pelupa) n mental disorder my dad. nmpaknya pakcik2 aku tu semua paham. Nearly 6pm kami berangkat pulang ke rumah.. rest at nite.

3rd day Aidilfitri
kerancakkan beraya adik beradik my dad. Pagi2 lagi aku dh kuar cari ikan kt pasar. Ceh! yg ada cuma daging & ayam je. Ajak julie join, smpai ke sayong kami cari bahan utk memasak ari tu. Rush balik umah since mak lang fmily & acik berahim dh smpai. Disebabkan aku masak tghri, so depa tunggu sbb.. jarangla aku masak utk diaorg ni..hehe.. (saja malas nk tunjuk skill).
dalam pada tu, acik berahim sempat tanya aku. kalau acik rekemenkan dgn cikgu kt sekolah acik, ko nak kenal tak? perh!! rasa mcm nk gugur jantung, tapi aku cool je. sepanjang ramadan aku berdoa, solat hajat & ishtiharah, jikalau ada jodohku dgn isam, permudahkanlah ya Allah. Jika bukan dengannya pun permudahkanlah jugak.. dengan tenang hati, ok je la acik. tapi dat guy kena berusaha ngorat kita smpai dapat! (hahaha.. ayat sengal aku). beriya-iya la bluetooth gambaq kt hfon cousin aku. Aku redha la dgn apa yg akan berlaku.. mana tau takdir Allah.. terima sajala. Umor aku pun semakin meningkat dewasa, dh nk masuk golongan junior veteren ni..heheh.
lewat ptg family mak ngah senai pulak datang. sibukla aku memasak mee goreng, then prepare for dinner. lepas magrib diaorg balik senai. then cousins (anak paklong) pulak datang. smpai ke malam jugak la aku letih layan sedara mara, membasuh pinggan, mengemas & memasak. Takpela... bukannya selalu pun...
nearly isya' acik smpai dgn hubby dia dari KL. meriahla balik umah tu dengan mercun & anak2 sedara me. kecohla skejap.

4th day aidilfitri
mmg dlm perancangan kami adik beradik, raya ke 3 @ 4 kami meronda ke umah makcik & pakcik area Kota Tinggi. Awal pagi kami dh bersiap. Since raya pertama aku tk bleh melawa, so.. sempat la aku 'vogue' dgn baju raya & tudung CT..hehe.. mom & dad tk ikut. Adik keje. so after work dia temankan la my parents kt umah. First hse - acik berahim, itu pun dh lewat sampai. Makan nasi lemak ayam goreng berempah..huhu. (suppose kami brkfast kt umah dia). Then terus ke umah pak andak di Lok Heng Barat. rupa2nya diaorg dh prepare makan tengahari. Kenyang lagi... kemudian kami ke umah mak lang pulak.. ada ikan bakar tu.. kami makan lagi (perut dh tegang giler sbb makan!) lepak umah mak lang smpai jam 6.30pm. Then kami bergerak ke Semenchu pulak, umah pak ngah. Azan magrib kami sampai. nmpak cousins aku sibuk buat preparation since ada umah terbuka utk org2 blok kt area umah pak ngah. ada sate, burasak, ketupat, rendang, ayam goreng.. perh.. dh tk bleh masuk dlm perut ni. makan sekeping burasak & seketul ayam goreng je la. lewat malam kami bergerak balik rumah parents..

-------
setakat ini sahaja cerita ceriti di aidilfitri. gambar yg sempat aku snap, tk dapat download kt sini. since hfon aku tu meragam la pulak raya2 ni. apa yg berlaku sepanjang aidilfitri aku redha n sabar je la.. hanya mampu berdoa semoga aidilfitri tahun akan datang akan lebih menceriakan hidupku.. insyaAllah...

"selamat hari raya... jika ada open house, jemput la saya ya!"

Wednesday, September 16, 2009

Ramadan yang ditangisi...

Minggu terakhir Ramadan hampir tiba.. sama-samalah kita memanjatkan doa, menadah tangan memohon keampunan dari Allah SWT. Semoga amal ibadah yang tidak seberapa ini dan semampu mungkin dibuat diterima Allah SWT hendaknya. Doa yg berpanjangan agar Ramadan kali ini bukan yang terakhir dan Allah memberi kesihatan berpanjangan dan umur yg panjang supaya kita dapat beramal ibadat kepadaNYA dan berjumpa lagi di Ramadan tahun-tahun yg akan datang..insyaAllah.

nothin' special happens lately, just nk share few things dgn kawan2...
Menarik:
On Friday, Sept 11 '2009 aku start buat kuih semperit dgn mar n zila. Bersemangat betul mlm tu.. kami tdo lewat nearly 3am nk siapkan semperit. Sakit ati je zila n mar bila 4 dulang first aku mencokek smua semperit tu..huhu. my feberet, nk wat camna. Masuk balang besar nmpaknya..wakakak. Kemudian kami cuba satu reseipi baru biskut nestum blackcurrant. sbnarnya resepi oat, tapi kami tukar nestum plak. yg penting, jadik!!! n sedap......nyum nyum.

Hari keesokkan ptgnya kami berbuka bersama-sama @ The Curve. Kak bib tk dpt join since dia balik Rawang (umah abg). Cadang nk makan di IKEA, since tk dapek sbb ramai giler org (even letih beratur dari jam 5.30ptg) kami berpindah ke dalam The Curve. Restoran Ayam penyek full, Kenny Rogers Roasters full jugak... akhirnya kami jumpa restoran An-Nur masakan melayu. Not bad la, masakan ala kampung (at first kami ingat kedai mamak..huhu). Hidangan lewat 15 minit tiba, tapi rasa masakan - best! After berbuka, kami berkejar solat maghrib. Then baru la start shopping!! ala kadar je ini tahun. membeli barang yg wajib dibeli je. Taknak membazir since bajet pun ciput, tk dpt bonus... sedey!!! These r few pictures taken:

*lauk yg sodap!!---------------ikan asam pedas An-Nur

me n zila -------------------- sarah & suzie


ari minggu aku sorang2 buat kuih makmur, start lepas sahur satu adunan. then continue after zohor abt 3pm until dh nk berbuka. sronok jgk sorang2 kt umah layan perasaan (zila n kak sue gi jalan2 cari pasal kt Jln TAR - cari tudung katanya). Ari senin mlm i buat kuih tat, ntah apa silapnya, kurang menjadi pulak (maybe terlebih tepung jagung kot??? ntahla..). Nway, aku bangga la jgk, sbb ini first time buat jem tart nenas sendiri..huhu.

*Few pictures taken during projek "kuih raya 2009": versi kuih tart


Melawan kesepian:
Semlm J(bf geli2 a.k.a kekasih gelapku) tlg settlekan road tax keta me. first time buat sendiri, pi pejbt pos JUPEM renew road-tax, alhamdulillah... settle! boleh aku bawak balik 'Dumblebee' kesayangan aku tu di hari raya nnti. Last nite jmpa dia bayar duit caj road tax tu. Dh lama tk lepak kt ofis dia, izat & Al pun ada. kami supper sama2. Syahdu bila nk mohon ampun dan maaf, dan paling best skali -- dapat duit raya!!! hehehe... thnx sayang. Smoga kegembiraan sekeluarga meriah di hari raya nnti..
mlm ni @ esok nk pack kuih raya sket. isam siang2 dh ksitau nk biskut raya yg aku buat tu. tapi kuih tart yg tk brapa menjadi, simpan je la bwk balik kampung. Malu sey... nnti mama dia makan, tk sedap la plak. ntah bila jmpa dia... hmmm..rindu la pulak (sendiri buat rules, sendiri tanggung la..huhu). Doa tak henti2 di bulan Ramadan yg mulia ini, kasih sayang kami yg berpanjangan.. amin.. ya rob.

Tuesday, September 08, 2009

Ramadan [syukur, redha, sabar]

Ramadan mubarak
Lama jugak aku tk menulis. Biasala.. bulan Ramadan ni kurang sket nk buat menda2 mengarut. Idea pun takde. Ramadan tahun ni aku kurang betul nk mengerjakan solat terawih, sometimes mcm nk demam, sakit kpala, sakit badan (esp. bila salah makan - kacang!! ellergic skrg sey..). Nway, spjg bulan Ramadan Mubarak ni aku paling suka skali, makan kt umah. Syukur Alhamdulillah, rezeki yg bertambah2 utk semua. Hsemates pun rajin memasak. Nk cuba resepi baru la..itu la ini la.. Kira masing2 blum lagi membeli di bazaar Ramadan (w/pun bazaar tu sgt dekat n area depan umah kitaorg je..huhu. Bknnya apa, dh boring kot..tiap2 thn menu sama). Last wkend (sabtu) kami kuar brbuka puasa kt Kg. Baru. Nk makan steak, perh... ramai giler org dh booking. Last2 makan kat Syazana Pau & Cafe (lupa nama cafe tu tapi brsebelahan Kolej Asrama student UTM kt Kg. Baru). Western food not bad la, ada pakej buka puasa lagi.. smuanya puas hati kecuali zila..haha.. These r few pictures taken:

(Frm left: sara, mai (mmbr sara), bib, sue, zila & me...)


Grilled Chicken Black Pepper & Chicken Chop, mushroom soup ..nyum..nyum


Ini our first time berbuka di luar. Cadangan utk kali kedua pulak wkend ni (Sabtu) kat The Curve, Damansara (ayam penyet??) n celebrate bday kak sue!! and some more.. nk shopping kat IKEA..huhu.

These r few pictures taken bila aku kuar shopping n buka puasa sorang2 kt KLCC then supper @ White Coffee Yap Kwan Seng. I just need privacy n relaxation sometimes.. layan blues..



New fragrance!!! totally free..hehe. [present frm spore!]


Kasih Tercipta
tiap2 ptg aku mesti tk missed tgk drama 'wadi unung' @ Astro Prima n Kasih Tercipta yg baru start last week (drama arahan Rashid Sibir, aku mmg tkmo miss!). Di bulan puasa ni, alhamdulillah..kasih sayang isam semakin hari semakin baik. Berbaloi jgk aku beri peluang ketiga pada dia. Tapi aku redha kalau ada apa2 yg berlaku antara kami berdua. Setakat ni dia masih lagi menghormati pendirian aku, taknak jmpa di bulan Ramadan yg mulia ni. Tapi kesian pulak dgr suara dia 2 ari lepas, tanya apa aku masak hari2, brapa lama aku cuti raya, bila bleh jumpa.. huhu. Sms 'i miss u' tu, dh byk kali la.. Sabarlah sayang, insyaAllah after Ramadan we'll meet again. Tapi aku nk buat cookies raya utk dia (since dia mmg suka makan biskut raya malaysian made). Aku doakan smoga visa dia disambung hingga tahun depan atau 2 tahun..amin..

Monday, August 24, 2009

Lovely


Togetherness we strives, hapiness will be forever...(isam & me)
(picture taken day before Ramadan @ Times Square)

Thursday, August 20, 2009

All about life

ramai org ckp pegi BTN - tough. its not as tough as we thought actually, di mana kita mengikuti kursus tersebut dan fasilitator yg handle group tu jugak main peranan. So far, alhamdulillah.. seronok la jgk pi BTN ni, tak la teruk sangat. Byk relax ada la... cuma boring dengar ceramah..huhu. Byk ilmu yg aku dapat - positive! Tentang sejarah ~ Tanah air, rakyat, kerajaan & kedaulatan. Program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) mmg meriah bila semua amik peranan. Yg paling best skali masa malam akhir - persembahan. Group aku kena nyanyi lagi "Tanggal 31 - Sudirman". kitaorg buat lakonan sket. Pasal costume, mmg tip top la! cuma nasib tk menyebelahi kami... hmm..biasala, bila juri tu ketua fasilitator kumpulan trsbt, maka yg lain.. jgn harapla. Ada kisah kelakar jugak la masa kursus ni, bila dapat nota pendek - "missed call @ sms sy, penghulu." Lelaki ni.. tak kuasa aku nk layan, dh kawin tp tk sedar diri. Sorila.. salah org babe. Go to hell!! hehe..

Balik dr BTN hari isnin ptg, sempat aku lepak cuci mata kat Pesta Konvokesyen UTM. Mcm biasa tiap2 tahun, tapi kebetulan aku sampai Palapes UTM, Polis & Kastam tgh buat persembahan diaorg. Sempat shoot 2 scene dr Palapes - Hakka dance. Jalan2 @ pesta sempat singgah kt booth kastam, student indonesia & adabi.
Then terus balik kampung... Alhamdulillah... my mom getting better after 2 weeks operation. Cuma perangai sengal dad je yg buat mom sakit ati sket.. hmm..sabarlah. Dugaan & ujian Allah.
Selasa, 11.30 pagi aku drive back to KL. Malas nk tempuh jem road kt KL..huhu. 3 kali aku trpaksa berhenti kat R&R - ngantuk sey!!! Call isam byk kali, tk angkat2. Menyirap btul darah aku masa tu.. after Air Keroh, aku drive mcm hantu pelesit..huhu. Last call isam, baru dia jawab. Kt Genting katanya.. hampeh btul! Janji dgn aku lain, tapi lain pulak. Hmm..lantakla. Yg penting, aku smpai KL..selamat. Then lepak tgk CSI smpai lebam.

Rabu - naik keje. No such urgent things to do, biasa2 je. Aku sempat buat blog utk mmbrs BTN - Sejarah & Kehidupan [1 Malaysia]. Nnti nk upload smua gambar2 & video masa BTN. Jenuh aku menulis kt blog, copy paste dr blog org lain. Tiba2 isam call, dia mintk maaf sbb dh janji tapi tk dpt tunaikan. Then citer pasal permohonan visa dia kt Imigresen Shah Alam, kena maki hamun dgn officer @ clerk situ.. Hmm..dh lama aku tk dgr dia mengamuk marah2.. kesian jgk la. Takpe la sayang, esok hantar lagi satu copy dokumen yg diaorg mintak tu eh.. sabarlah.

Khamis - lepak lg kat ofis, tkde keje byk pun. Bos pun baru masuk ofis ari ni. Meeting plak 2 jam - letih. Sempat la wish "selamat berpuasa" utk rakan2 n plan berbuka puasa kat ofis maybe 28 Ogos 2009. Isam call lagi ptg ni ajak aku kuar melepak kt Times Square. Dia janji nk amik me kt umah.. hmm.. tunggu je la. Kelam kabut dia ajak dating, since aku nyer syarat - bulan puasa tak bleh jumpa, haram. Bukan boleh percaya mamat ni, last year pun berjanji jugak, tapi .. tk smpai seminggu dh tunggu aku kt parking lot nearby my hse nk jumpa. Sanggup tu tunggu aku lepas terawih..hehe. Apa2 je la sayang.. selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.. hati ini untuk kamu. [tak tau la kalau tiba2 berubah akan datang, serah pada Allah je la..]

Kepada semua kawan2 di mana jua anda berada; Selamat menyambut Ramadan Mubarak. Peringkatkan amal ibadah & rajin2 la berterawih, bersedekah di bulan Ramadan yg mulia ini. Malam ni tgk anak bulan, harap2 puasa ari sabtu ni.. Ceh! aku tk dpt sambut puasa la nmpaknya ini tahun..bosan..

Wednesday, August 12, 2009

Not in the office: BTN Course

Nearly 10 years working here, baru ni la aku kena pi kursus BTN. Harap2 aku dpt mengharungi 5 hari (13 - 17 Ogos 2009) dengan jayanya. Njoy!!!! Hening Cipta, Pontian Johor..i'm cumming!!!!
[pasti menulis lagi selepas kembali dari kursus..tunggu...]

Kasih ibu sampai ke syurga..

Tanggal 5 Ogos 2009 yang lepas, mom dimasukkan dalam wad 3, barat 3 HSAJB. Acik teman mom kt hospital dan aku sibuk menyelesaikan kerja2 terakhir kt ofis sebelum cuti 2 hari. Perjalanan dari KL yang memenatkan (sbb dh lama tk drive ke JB sorang2), bertolak jam 7pm then singgah kt R&R Seremban (mandi & solat). Lepas tu teruskan perjalanan, layan radio Best 104 (mengaji & keroncong) smpai la nearly jam 10 lebih singgah kt R&R Pagoh (isi minyak & rehat 10 minit). Aku teruskan perjalanan, mata mengantuk bagai nak rak... tahan je la. Ingatkan nk berhenti kat Sedenak (umah atok), trpaksa kensel sbb masa nk masuk simpang exit tu ada lelaki kt tengah jalan. Masa tu nearly tengah malam la jugak..huhu.. tk jadi aku. Kot2 dia tahan kt tengah jalan, mampos! hantu ke orang??? walllahualamm.. Smpai hospital nearly 1230am, sempat jugak cium mom, dia mkn ubat tdo. Maybe cuma dengar suara aku je kot.. Then aku drive ke umah kak apsah (Pulai Perdana) nearly 2am smpai sana. Nasib baik cik kak ni dgr aku call, kalau tk.. tdo dlm keta depan umah dia la jawabnya..hehe.
Awal pagi Khamis, 6 Ogos 2009 aku bangun terus drive to hospital, mom akan masuk bilik bedah jam 7.30 pagi. Ya Allah... kuatkanlah semangatnya menghadapi saat-saat getir... My mom jalani pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Nearly 5 jam jugak aku tunggu kt bilik bedah tu dgn acik. Dalam 1240 tghri, baru la mak disorong keluar dari bilik bedah. Dia tk sedar apa2 cuma angguk2 & geleng2 je. Acik menangis bagai nak rak.. (she's very the sensitip..ratu air mata..huhu). Aku mcm biasa, kontrol macho. Bersyukur banyak kpd Allah, pembedahan selamat. Mom baring je kt katil. Dia tk mampu buat apa2 even bukak mata pun tidak. Maybe ubat bius tu kot buat dia jd gitu.

*Mom: Day 2 after operation


Aku pi check in Kozi Hotel (Danga Bay), since nk stay 2 mlm kt hospital. Bleh la aku & acik bertukar2 tdo kt wad & hotel. Mlm tu aku start jaga mom. Abe & Along smpai ptg tu jgk bawak abah. Waktu melawat kt hospital sekarang strict (1 hingga 2 petang & 4.30 - 6.30 petang). Gara-gara H1N1. Dgn aku pun jugak kena pakai topeng...huhu. Mom dh bleh bercakap n gerak2 kaki hari ke-2, sesi SPA (urutan badan & kaki) utk my mom kt atas katil. Since dia tk bleh bangun ke toilet, aku lapkan badan dia je. Saja bual2 lawak bodo utk ceriakan hati dia. She's getting better day by day..alhamdulillah. Dia mula berjalan ke toilet pada hari Sabtu ptg and boleh makan bubur & nasi. Aku tetap setia jaga mom.. Hari Monday, 10 Ogos 2009 tghri mom dh bleh kuar hospital. Kami sempat singgah ke Angsana, Healin House beli gamat Zaniplus & Gamogen. Harap2 mak akan lebih sihat & ceria.. Smoga Allah panjangkan umur, kesihatan yang berpanjangan.. & hati yang lebih tenang..insyaAllah..amin.
* Mom: Last Day @ Ward 3 HSAJB (ceria...)