Wednesday, August 12, 2009

Kasih ibu sampai ke syurga..

Tanggal 5 Ogos 2009 yang lepas, mom dimasukkan dalam wad 3, barat 3 HSAJB. Acik teman mom kt hospital dan aku sibuk menyelesaikan kerja2 terakhir kt ofis sebelum cuti 2 hari. Perjalanan dari KL yang memenatkan (sbb dh lama tk drive ke JB sorang2), bertolak jam 7pm then singgah kt R&R Seremban (mandi & solat). Lepas tu teruskan perjalanan, layan radio Best 104 (mengaji & keroncong) smpai la nearly jam 10 lebih singgah kt R&R Pagoh (isi minyak & rehat 10 minit). Aku teruskan perjalanan, mata mengantuk bagai nak rak... tahan je la. Ingatkan nk berhenti kat Sedenak (umah atok), trpaksa kensel sbb masa nk masuk simpang exit tu ada lelaki kt tengah jalan. Masa tu nearly tengah malam la jugak..huhu.. tk jadi aku. Kot2 dia tahan kt tengah jalan, mampos! hantu ke orang??? walllahualamm.. Smpai hospital nearly 1230am, sempat jugak cium mom, dia mkn ubat tdo. Maybe cuma dengar suara aku je kot.. Then aku drive ke umah kak apsah (Pulai Perdana) nearly 2am smpai sana. Nasib baik cik kak ni dgr aku call, kalau tk.. tdo dlm keta depan umah dia la jawabnya..hehe.
Awal pagi Khamis, 6 Ogos 2009 aku bangun terus drive to hospital, mom akan masuk bilik bedah jam 7.30 pagi. Ya Allah... kuatkanlah semangatnya menghadapi saat-saat getir... My mom jalani pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Nearly 5 jam jugak aku tunggu kt bilik bedah tu dgn acik. Dalam 1240 tghri, baru la mak disorong keluar dari bilik bedah. Dia tk sedar apa2 cuma angguk2 & geleng2 je. Acik menangis bagai nak rak.. (she's very the sensitip..ratu air mata..huhu). Aku mcm biasa, kontrol macho. Bersyukur banyak kpd Allah, pembedahan selamat. Mom baring je kt katil. Dia tk mampu buat apa2 even bukak mata pun tidak. Maybe ubat bius tu kot buat dia jd gitu.

*Mom: Day 2 after operation


Aku pi check in Kozi Hotel (Danga Bay), since nk stay 2 mlm kt hospital. Bleh la aku & acik bertukar2 tdo kt wad & hotel. Mlm tu aku start jaga mom. Abe & Along smpai ptg tu jgk bawak abah. Waktu melawat kt hospital sekarang strict (1 hingga 2 petang & 4.30 - 6.30 petang). Gara-gara H1N1. Dgn aku pun jugak kena pakai topeng...huhu. Mom dh bleh bercakap n gerak2 kaki hari ke-2, sesi SPA (urutan badan & kaki) utk my mom kt atas katil. Since dia tk bleh bangun ke toilet, aku lapkan badan dia je. Saja bual2 lawak bodo utk ceriakan hati dia. She's getting better day by day..alhamdulillah. Dia mula berjalan ke toilet pada hari Sabtu ptg and boleh makan bubur & nasi. Aku tetap setia jaga mom.. Hari Monday, 10 Ogos 2009 tghri mom dh bleh kuar hospital. Kami sempat singgah ke Angsana, Healin House beli gamat Zaniplus & Gamogen. Harap2 mak akan lebih sihat & ceria.. Smoga Allah panjangkan umur, kesihatan yang berpanjangan.. & hati yang lebih tenang..insyaAllah..amin.
* Mom: Last Day @ Ward 3 HSAJB (ceria...)

No comments: