Tuesday, July 07, 2009

Life after marriage

its been a while after Mar nikah & bersanding kat Sg. Petani. Kenangan tu tetap aku simpan dalam hati, jakun... sbb tengok sawah bendang..hehe. Di satu petang yang dingin (mendung mcm nak hujan) aku kuar shopping dgn mar @ JUSCO Wangsa Maju. Then kami melepak kt KOPITIAM White Coffee @ Sri Rampai Business Centre sampai malam..huhu. Sakan mengumpat sey!!! Apa-apa pun, aku cuma mampu nasihat dan beri tips yg terbaik utk panduan kehidupan berumahtangga (walaupun aku tk pernah mengalaminya, tapi setakat jadi love @ marriage consultant, u can count on me babe!).

Few pictures taken, Posing lagi!!


Life after marriage: walaupun sukar, jika itu sudah jodoh yg ditakdirkan ALLAH, kita kena terima seadanya dia. Rumahtangga bahagia atau sebaliknya terpulang kepada suami & isteri tersebut. Andai duduk berjauhan - tanggungjawab, amanah, jujur & percaya yg menjadi taruhan. Kalau tersilap langkah, ke parit la jawabnya. Walau buruk perangai pasangan kita, kena terima jugak. Sebagai isteri, hormatlah kepada suami. Setiap perbuatan tanpa izin suami, dosa yg kita bawa berpanjangan sampai dituntut di hari akhirat. Tanggungjawab frm A to Z, tak yah citela. Hang dh beso panjang.. pandai2lah pikir & lakukan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jagalah hati pasangan dengan baik, lemah lembut.. dan penuh kasih sayang. Walau ada sekelumit cemburu & prasangka, bawak berbincang dan kalau boleh elakkan dari semua hasutan & godaan syaitan. Jadikan lah pasangan (Suami/Isteri) sebagai teman, kekasih & isteri. Semuanya terpaksa dikongsi bersama, tapi... ada beberapa perkara yg perlu dirahsiakan [terutamanya pasal aset2 penting..hehe.. takut ada manipulasi, bukan harta sepencarian]. Tanggungjawab kepada Allah, penting. Tegur menegur, saling mengingati & solat berjemaah (wajib jikalau berkesempatan).
Kepada adik beradik, sanak saudara, teman sekelian.. aku doakan semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat...insyaAllah.. amin.

1 comment:

ieda said...

elooo dik .. ambooooiiii bukan main suka posing mosing haa .. seksiss gtuu dik ...