Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination'
merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun
seluruh dunia.
Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau
tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang. Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.
1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan
tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang
hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda
seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu
tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah,
caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil
daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda
meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1
minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal
lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6. Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk
memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya
menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat
selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini
memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan
menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan
menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan
tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau
tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan
internet.
[Sumber: iluvislam.com]
No comments:
Post a Comment