Kita
sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah
memberi kita aqal untuk berfikir dengan penuh hikmah dan kritis agar
memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta
masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan
yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang
Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan
manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat
riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita
adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita.
Seterusnya, apabila keputusan kita itu tersilap atau tidak berhasil
setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak
berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini
ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak
mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin
juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga
selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t
permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku
disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“….
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu
tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)
Saudara
ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah
kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita
sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika
diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana
sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga
diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit
kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari
mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk
batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap
dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya,
bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah.
Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk
menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas
setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga
atau menguji kita, bukan mengeluh.
Pernahkan
ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati
Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi
apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat
terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang
hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik
untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah
menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah
menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang
tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada
hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda
mereka serta ada juga yang berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah
min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta
bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya
melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“(Mengapa
mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan
hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau
sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada
diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang yang beriman.
(Ar-Rum: 37)
Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,
Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.
Sedikit kata ibnu Atha’illah:
“Apabila
engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu,
maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau
berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau
sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu
adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
Al-Hikam: Atha’illah (236)
[sumber: tintamujahid90.blogspot.com]
No comments:
Post a Comment