Tuesday, September 16, 2008

Apa yang dicari?

Recent activities:

Jumaat, 12 Sept. 2008: tghri tu pi ofis J n nk hantar artikel pasal keta lelong, but aku pun terjebak sama kena ikut dia pi amik bubur kat bangunan Amanah Raya. Hmm.. ntah apa agaknya staf2 dia teringin nk mkn. Sempat jgk jalan2 kt Jln TAR cuci mata n bual2 dgn J. (sorila.. dia tk pi solat Jumaat, aku dh paksa tapi... ). its been a while kitaorg tk jmpa, jadi kesempatan ni kami guna sebaiknya -- teman tapi mesra..heheh. Dh malas nk layan perasaan dgn dia ni, nnti aku jgk yg sakit ati. Balik dr ofis ptg tu terus ke Jln Medan Tuanku (ofis Mike). Dia dh janji nk buka puasa sama (dgn dia skali aku paksa berpuasa). i thought nk makan kat Cotton Club, Maju Junction tapi rupa-rupanya under renovation. So terpaksa la tukar tmpt - Kenny Roger's Roaster. Aku sempat tapau Tepanyaki (my favorite!) n slumber je bwk masuk dlm KR, depa pun tk sound pasal makanan luar aku bwk..hehe. After buka lepak jap kt ofis mike (bual2 mesra.. he's missing me much sbb sebln lebih aku busy, tk sempat dating) n hntr dia balik kt Kerinchi. Sementara menunggu Julia smpai tengah mlm dr Jb, me terus ke masjid jamek - solat terawih. Dok melepak kt tepi jln sblah Puduraya, cuci mata tgk perangai org balik kmpg n ulat2 jual tiket. Mcm bosan je.. sempat trtdo jap dlm keta..huhu.


Sabtu, 13 Sept. 2008: Julia ada class ptg so aku tunggu je la dia kt umah. Program utk dia, mlm tu ajak pi Jln TAR naik lrt. Punyala sesak kat area Masjid India..huhu.. sakit kpala aku dibuatnya dgn lautan manusia yg sibuk nk shopping raya. Dgn baju2 yg pelbagai harga & warna, kuih2 raya 5 paket RM20.00 (blum sempat hari raya, dh tk bleh makan). aku tkde beli apa2 pun, plan nk shopping lambat lagi.


Sunday, 14 Sept. 2008: Tghri tu ajak Julia pi Midvalley @ The Gardens since dia nk beli kasut raya. Tapi byk yg tk berkenan, katanya aku bwk dia pi tmpt2 yg mahal. Hmm.. no komen la. kalau nk yg murah, better pi Uptown @ Downtown. Kasut hrga RM10 pun bleh dapat..huhu. Tapi tkpela, biar dia jalan2 cuci mata kat Midvaley & T. Gardens, lagipun first time dia smpai sini. Dlm jam 3 lebih aku ajak dia pi Bangar Village. Before dat singgah kt masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar n aku pun menunaikan tanggunjwb sbg seorg muslim - membayar zakat fitrah. Alhamdulillah... Kt Bangsar Village pun Julie tk berkenan nk shopping, katanya mahal jugak. Alamak... mana lagi aku nk bwk dia? cuaca yg cerah tiba2 mendung & ujan. Its nearly 4pm, nk tk nak aku trpaksa hantar dia terus ke Pudu (bas jam 6pm dr KL-Kulai). Sempat singgah kt Merdeka Square dlm 10 minit, Julia kemas brg2 kt bonet & transfer terus ke depan. Sempat snap few pictures kt sini. Dh bertahun2 aku tk melepak kt sini, so.. abadikanlah kenangan utk masa depan.


Thursday, September 11, 2008

HIJRAH: Minda & Tasawwur

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani. Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.

a) Falsafah penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan perpindahan keyakinan, tasawur, akhlak dan sikap para sahabat r.a dari pengaruh jahiliyah kepada pengaruh wahyu dan fitrah, dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.
b) Tugas manusia di dunia ini ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sesempurna yang mungkin tanpa bersikap sambil lewa atau cuai. Ini kerana setiap tugas dan tanggungjawab yang ditunaikan akan dikira oleh Allah sebagai kebajikan sekalipun hasilnya tidak sempat dirasai oleh pelaku ataupun orang lain.
c) Nabi Muhammad S.A.W sentiasa ingin melihat manusia hidup sebagai hamba kepada Allah dan bukannya hamba kepada nafsu atau makhluk lain dan juga jauh dari tasawur atau keyakinan yang tidak menepati ajaran Islam yang sebenar. Ini kerana Islam datang dengan tujuan membebaskan manusia daripada penjajahan minda dan tasawur.

Wednesday, September 10, 2008

Blessing of Ramadan Mubarak

Lama tk tulis blog, malaskah aku? bukanlah.. tiada kesempatan utk menulis, jika ada masa senggang ni, barulah bleh mulakan.. dgn bismillahhirrahmannirrahim..
-------------
alhamdulillah.. syukur, Allah memberi aku kesempatan untuk mengerjakan ibadah puasa bagi tahun ni. w/pun hari pertama hingga ke 3 aku tk bleh berpuasa, takpela.. aku redha. Hari ni insyaAllah, genap 10 hari berpuasa. Kesihatan yg ok w'pun mlm semlm kaki kanan cramp masa solat terawih n semlm aku berehat kt umah spjg hari - baring je.. Sempena menyahut saranan supaya kempen berjimat cermat (even me dr dulu mmg suka masak kt umah bila berbuka) maka me n hsemte buat keputusan utk memasak bagi menyediakan hidangan berbuka puasa. Banyak menu baru yg dh kami cuba. Dari masakan ala2 thai smpai la ke tanah arab..hehe. Yg penting dipelbagaikan jadi masakan ala2 malaysia. Menu yg paling best skali: ayam ala2 arab, ikan siakap tiga rasa, telur bistik, ikan tongkol (aya - lauk utk nasi dagang), kuih sagu gula merah & bubur sum-sum. First time buat menu tu, smuanya menjadi..huhhu.. Yg penting, kami smua tk cerewet. makan je la apa yg ada. Hmm.. apa menu hari ni eh? (masih lagi blom dpt jawapan...mungkin ayam masak asam pedas kot.
-------------
Bahagiakah aku? alhamdulillah.. kasih sayang me & isam semakin erat. Even dia busy prepare byk menda utk kehadiran ibunya ke m'sia (selalu dtg temankannya sepanjang ramadan n until aidiladha) seminggu sblum puasa tapi dia masih sempat luangkan masa dgn me. Dia langsung tk stuju bila me kata sepanjang Ramadan kita tk payah jmpa, bykkan ibadah, jauhkan dr segala maksiat..hehe. Mula2 ok je, but rindu punya pasal... last nite dia mai jugak jmpa me (20 minit) je..huhu. N he's plan buka puasa dgn me dlm waktu terdekat ni, ada chance tu pun bila bawa mak dia brbuka puasa dgn kawannya (nearby my hse). apa2 je la.. aku layankan je. Kadang2 tu bukannya kita nk jual mahal, tapi biar dia jugak bersungguh2, baru la adil. Taklah kita rasa macam terhegeh2 je kat dia. Our plan - shopping Hari Raya on 25 September nanti (mlm sblum flight balik ke JB).
-------------
Lain2 cite takde, cuma byk invitation dr kwn2 utk buka puasa sama. Sorila.. bukan taknak. Tapi langkah jimat cermat & duit yg ada pun dh reserve utk road tax keta..hehe. Unless bfren2 yg sudi nk blanja buka puasa, aku pegi je la. This friday nite, buka puasa dgn mike. Then amik Julz kt Pudu, saturday maybe dgn erin & shidah kot.. nk tengok gambar2 wedding dia..huhu.. mesti best!