Wednesday, August 29, 2012

Ku Akui

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui

Aku leka dengan kerjaya ku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya mu laluinya
Ku akui
chorus:
Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini

Kini ku rasa kehilangan
Kusedar betapa pentingnya kau disisi
Yang slalu ada
Yang slalu rindu
Terhadap diriku

Jangan, jangan,
Jangan ku ulangi lagi...
(ulang chorus)

Wednesday, August 08, 2012

Kelebihan Berdiam

gambar hiasan

Nabi saw bersabda : “Afiat itu ada sepuluh bhgn.Sembilan bhgn terletak pd perbuatan berdiam. Bhgn yg ke sepuluh terletak pd perbuatan mengasingkan diri drpd org ramai”
(Diriwayatkan dr Ad-Dailami drpd Ibnu Abbas)

Ini ialah apabila ia tidak memerlukan manusia dan manusia tidak memerlukan kpdnya. Tetapi apabila syara’ menyuruhnya bercampur gaul utk mengajar atau belajar sesuatu ilmu atau tugas-tugas keagamaan dsb, maka perbuatan mengasingkan diri tidak ada kebaikannya.
Menurut sebhgn riwayat,bhgn yg ke sepuluh itu ialah tidak bersekedudukan dgn org-org yg jahat. 

Nabi saw bersabda :
“Setiap sesuatu itu ada najisnya dan najis lidah ialah kata-kata yg keji walaupun benar”.

Nabi saw bersabda lg :
“Barangsiapa berdiam diri dlm perkara yg tidak patut diperkatakan nescaya ia terselamat (drpd siksa,cercaan dan paluan pd hari Yaumul-Ma’ab iaitu hari Kiamat)”.

Baginda saw bersabda :
“Perbuatan berdiam diri org alim itu adalah suatu celaan dan percakapannya adalah suatu perhiasan. Percakapan org jahil itu adalah suatu celaan dan perbuatannya berdiam diri itu adalah suatu perhiasan”.

Sabda Baginda saw : “Asal keimanan itu ialah berdiam diri melainkan kerana berzikir kpd Allah swt”.

            Diriwayatkan bahawa seorg lelaki yg sedang sakit tenat telah diminta supaya meninggalkan pesanan sebelum ia menemui ajalnya dan ia pun berpesan : “Himpunkanlah utk dirimu ilmu para ulama, hikmat para hukama’ dan ubat para tabib.
  • Ilmu para ulama itu ialah apabila engkau ditanya mengenai sesuatu yg engkau tidak tahu maka katakanlah ‘Wallahu’alam’ 
  • Hikmat para hukama pula ialah apabila engkau duduk dgn suatu kaum, jadikanlah dirimu lebih banyak berdiam drpd mereka. Jika mereka betul maka engkau termasuk ke dlm golongan mereka. Tetapi jika mereka salah,engkau merasa lega kerana tidak terlibat dlm kesalahan mereka. 
  • Ubat para tabib ialah apabila engkau makan sesuatu makanan,engkau bangkit meninggalkannya sedangkan nafsumu masih ingin kpdnya. Sesungguhnya jasadmu tidak dihimpunkan dgn selain drpd penyakit utk mati.

Nabi saw bersabda :
“Berdiam diri itu mengandungi hikmat-hikmat dan sedikit benar org yg membuatnya"

Kesimpulannya: kita semua mestilah sentiasa menjaga lisan kita, berdiam itu lebih baik daripada kita berkata pada sesuatu yang boleh menimbulkan permusuhan atau fitnah. wallahu'alam.
 
[sumber:  tintamujahid90.blogspot.com]

4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke NERAKA

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. teguran pada ibu mestilah berhikmah dan penuh kasih sayang, jangan sesekali berkasar pada ibu kita

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:-

 
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."                                                                                                                                                                              (At-Tahrim 66: 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim! dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.
   
Renungan bersama :
Lelaki... seringkali kita Ego, walhal kita berhadapan dengan seberat-berat tanggungjawab. Sebagai ayah, sebagai suami, sebagai abang, sebagai anak lelaki mempunyai amanah yang telah ditentukan oleh Allah terhadap perempuan disekelilingnya.

Perempuan... jika sayangkan ayahmu, jika sayangkan suamimu, jika sayang abangmu, jika sayang anak lelakimu maka sayanglah mereka dengan menuruti perintah Allah dan jauhi larangan Allah.
[sumber:   tintamujahid90.blogspot.com]

Pesanan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapakan dalam hatimu “Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucaplah ( dalam hatimu ):
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku peroleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk." 
 
[sumber:  tintamujahid90.blogspot.com]

Ihya' Ramadan: [hadis 40- Hadis 15] Imam an-Nawawi

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.


Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

Kefahaman Hadis :

1) Pergaulan yang baik :

- menyebarkan kasih sayang antara manusia 
- mengeratkan lagi ikatan mahabbah sesama ummat.

2) Menjaga Lidah: 

- berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus
- diam lebih baik.
- perkara kebaikan - bercakap adalah lebih baik.

3) Memuliakan Jiran :

i) wasiat mengenai jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran - hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim (mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim - hak jiran.

4) Memuliakan Tetamu :

- Hukumnya adalah wajib - tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.

Pengajaran hadis:

Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.

Seorang yang benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram kerana dia akan dipersoalkan di hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti mengumpat, mengeji, mencaci, memaki hamun dan mencarut.

Seorang yang benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya, menyempurnakan hak mereka dan tidak menyakiti mereka.

Jiran tetangga adalah suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat-menghormati, tolong menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
[sumber:  tintamujahid90.blogspot.com]

Make me Strong

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Peringatan Allah ketika kita LUPA...

Kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi Allah memberi kita aqal untuk berfikir dengan penuh hikmah dan kritis agar memilih jalan atau pilihan yang baik dan memberi manfaat pada diri serta masyarakat. Dalam setiap pilihan kita itu tersirat ujian atau kesan yang menuntut kesabaran dan ketabahan serta sangkaan yang baik pada Sang Pencipta. Kenapa? Bila kita membuat keputusan dan ia tepat dan manfaatnya pada diri serta masyarakat, yang mungkin hadir adalah sifat riak, takbur dan bongkak. Dari ini, kita tahu ujian pada diri kita adalah untuk menangkis sifat-sifat itu agar tidak hadir dalam hati kita. Seterusnya,  apabila keputusan kita itu tersilap  atau tidak berhasil setelah kita berfikir dan rancang dengan penuh teliti, dan ia tidak berhasil, malah musibah pula yang melanda, jangan gusar teman, untuk ini ketabahan, kesabaran dan sangka baik atas ujian dari Allah. Allah nak mengingatkan kita bahawa, perancangkan kita belum cukup teliti, mungkin juga keputusan yang kita nak lakukan itu berat sebelah dan mungkin juga selepas kita membuat keputusan kita lupa untuk memohon agar Allah s.w.t permudahkan segala perancangkan kita. kita tidak tahu apa akan berlaku  disebalik apa yang kita bakal buat. Samada kita suka atau   tidak, ketahuilah Allah lebih mengetahui daripada kita, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI.
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“…. dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al-Baqarah: 216)

Saudara ketika kita lalai atau leka, aka nada teguran atau peringatan Allah kepada kita. usah kita lihat pada orang lain. Kita lihat pada diri kita sendiri, terkadang datang teguran Allah S.W.T kepada diri kita ketika diri lalai atau leka dengan dunia. Usah diperkatakan orang lain, ana sendiri yang banyaknya lalai serta leka siapakah ana didunia ini juga diberi peringatan dan teguran dari Allah S.W.T dengan ujian dan sedikit kesakitan pada badan. Pernah suatu hari ana banyak leka dan lalai dari mengingati Allah, setelah tidak beberapa lama dari itu ana terhantuk batang paip. Cuba teka apa yang terucap dari mulut? Ya Allah terucap dari mulut secara tidak langsung. Tersentak hati tatkala mendengarnya, bertapa hinanya diri apabila lalai dan leka daripada mengingati Allah. Nah, lihat Allah mendatangkan musibah pada kita bukanlah untuk menganiaya diri kita tapi untuk memberi peringatan pada diri kita atas setiap tindakan kita. kita sepatutnya bersyukur apabila Allah menduga atau menguji kita, bukan mengeluh.

Pernahkan ketika kita berada di sesuatu tempat dan kita lalai dari mengingati Allah, dan pada masa itulah datangnya peringatan dari Allah kan? Jadi apa reaksi kita? Takut? Frust? Marah? Sabar dan Tabah? Tidak dapat terima kenyataan? Hmm.. Terimalah dengan penuh yakin bahawa musibah yang hadir adalah peringatan daripada Allah, jangan mengeluh, tidak baik untuk hati dan iman. Sebahagian daripada kita akan sedar apabila musibah menimpa dirinya, dan ada sebahagian yang akan sedar apabila ada musibah menimpa sesuatu tempat atau seseorang. Dan lebih buruk lagi ada yang tidak sedar-sedar akan maksud Allah turunkan musibah atau ujian pada hamba-hamba-Nya, malah masih ada yang binggung akan musibah yang melanda mereka serta ada juga yang  berfikir negatif terhadapNya. Na’uzbillah min zalik. Allah datangkan untuk kita ujian agar bertaqwa serta bertambah yakin kita kepada-Nya bahawa kita manusia tidak terdaya melakukan apa-apa pun tanpa Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. 
(Ar-Rum: 37)
Duhai diri.
Jaga hati, jaga diri,

Jaga iman, jaga peribadi,
Jaga akhlak, jaga lisanmu,
Jaga agamamu, Ingat Allah selalu.

Sedikit kata ibnu Atha’illah:
Apabila engkau mengetahui bahawa syaitan itu tiada akan lalai daripada dirimu, maka janganlah pula engkau lalai daripada Dia (yakni hendaklah engkau berlindung diri daripada segala kejahatan syaitan itu dengan engkau sentiasa ingat dan sentiasa berserah diri kepada AllÁh) yang ubun-ubunmu adalah di dalam tanganNya (yakni ia berada di dalam kekuasaanNya).”
 Al-Hikam: Atha’illah (236)
 [sumber: tintamujahid90.blogspot.com]

Ihya' Ramadan:[hadis 40- Hadis 18] Imam an-Nawawi - Tentang Taqwa

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wasiat Allah yang Agong:
  • untuk orang-orang terdahulu dan kemudian (an-Nisa’: 131).
  •  Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al- Ahzab:70) .
2) Taqwa - Sesuatu yang diletakkan oleh seseorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
  • juga termasuk dalam taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.
3) Kelebihan sifat ini :
  • Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
  • Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
  • Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
  • Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
  • Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
  • Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang dikehendaki :
  • ketika sunyi dan juga terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah.
  • tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).
5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat:
  • Setengah pendapat -“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17).
  • yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69)
  • hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
  • dalil terhapus dosa kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa;
  • tanda sempurna iman/ tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.
  • cara memperelokkan akhlak - mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab dengan Allah, adab dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).
Pengajaran hadis:

Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.

Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.

Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
 [sumber: tintamujahid90.blogspot.com]

Tuesday, August 07, 2012

How to Dress Fashionably As a Muslim Girl

    • 1
      Do not shy away from patterns and prints. Sometimes, it is easy to wear neutral colors, since Muslim women wear many layers of clothing. However, plain colors are bland, especially in the spring. One solution from fashion website We Love Hijab is to wear a long classic A-line striped skirt with a silky shirt and floral blazer. Along skirt and classic blazer are long and concealing, thus appropriate for the modest Muslim girl's lifestyle. Do not go overboard with prints; wear a black scarf for a comforting finish. Mixing prints is a fashionable spring statement, as long as the outfit sticks to three carnal rules: 1) Keep one of the prints neutral in color. 2) Keep one of the prints simple. 3) Keep the shapes classic.
    • 2
      Dress in layers. It is often hard for Muslim women to find the latest trends of clothing as in modest silhouettes. Sometimes the skirts and shirt sleeves are too short; this problem can easily be solved by dressing in layers. A shin-length skirt can be worn over knee-high boots or black pants. A short-sleeve shirt can be worn over a matching long-sleeve shirt. The layers can be easy on the wallet as well; solid-color long-sleeve shirts can be paired with several outfits.
    • 3
      Pair loose fitting pants with long dresses. Thigh-length dresses are popular in fashion circles, and vary from being elegant to cute. Muslim girls can easily make these dresses modest and fashionable by wearing neutral and tight long sleeve shirts under the dress over fashionable pants. The type of pants you should wear depends on the desired look. Elegance is achieved with professional black suit pants; while jeans or leggings paired with long boots create a cute look.
    • 4
      Invest in long, slim fitting cardigans to wear over maxi dresses. They're also a cold-weather alternative to wearing long-sleeves under the dress. Some "boyfriend cut"-style cardigans are proper choices for this outfit. This style helps spring and summer dresses keep going in the fall and winter. Sometimes long cardigans or sweaters can be worn with just a tank-top underneath and over loose-fitting pants or a skirt.
    • 5
      Wear a tank-top underneath dresses or shirts that are low-cut to cover your chest. This option is much better than wearing a large scarf, which can require frequent rearranging.
    • 6
      Be strategic in head-scarf selection. There are many ways to be fashionable with a head-scarf; just make sure the style coordinates with the outfit and actions for the day. For example, do not wear a long headscarf to volunteer outside with Habitat for Humanity. Use the head-scarf to balance out or bring together the colors or patterns in a particular outfit.
[source: Sarah Meem, ehow-contributor]

Monday, August 06, 2012

Chit Chat: Ramadan Blessings

Alhamdulillah...ini hari ke 17 Ramadan 1433H. Cukupkah 'add on' ibadah kita di bulan mubarak ini? kita tanya pada diri sendiri, andainya ini adalah Ramadan terakhir kita...masihkah kita berkesempatan untuk memenuhi hari2 dengan amal ibadat??? i'm trying my best, especially di akhir Ramadan ini. Wpun dengan hanya bersolat terawih di rumah (kdg2 di surau @ masjid), solat2 sunat, mbaca al-Quran (tak sempat nk khatam pun..) dan bersedekah; sy cuba juga memperbaiki dari hari ke hari. Terima kasih Allah, atas Rahmat dan hidayahMU ya Allah. Sangat2 bersyukur... Semoga aku masih diberi peluang untuk berjumpa Ramadan di tahun hadapan, insyaAllah.
Selamat menunaikan kewajipan (zakat fitrah) & banyakkan bersedekah. Ikhlas kan hati, Allah pasti ada balasan terbaik untuk kita semua. Marilah hiasi malam2 terakhir dengan amal ibadah, bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT.. agar hati kita lebih tenang dan sentiasa mengingati Allah.