Kesegaran
dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan
tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif
bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur kerana anda masih
diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara
kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi
melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada
yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi. Ucapkan dalam
hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan
dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi,
jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi
mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu
menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan
mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya
tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4.
Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap
tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat
menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orang. Sebelum dan
selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita.
Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup.
Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan
lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan
berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai
pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan
kita.
[source- Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment