Friday, October 30, 2009

PAPADOM

filem ini khas untuk semua papa @ ayah @ abah @ daddy all over the world. me n hsemate sempat jugak la tonton filem ni walaupun hampir seminggu selepas ditayangkan. even midnite nyer movie, sanggup tunggu.. merah mata bib tahan ngantuk..hehe. mmg best la... rugi korang tk tengok. kelakar, nangis, bengang..smua ada..hehehe..

'beatiful nara' filem review & gossip:
"Sejujurnya kami mengakui usus kami hampir terburai akibat gelak secara melampau semasa menonton filem PAPADOM nie. Memang gelak non stop, dari awal sampailah ke akhir. Tapi paling kuat gelak masa part last tue la. Sumpah lawak gile muka Que Haidar masa kena main kat “puting” ngan Liyana Jasmay. Kalau nak tau kenalah gi tengok ye ~~
Kami berani jamin yang korang takkan rugi langsung kalau pergi tengok cerita Papadom nie. Memang layak menang Filem Terbaik. Memang layak Liyana Jasmay dapat Pelakon Wanita Terbaik. Memang semuanya bestlah filem nie. Pelakon, jalan cerita, lawak dia, part sedih dia, pengajaran dia. Memang bagi kami filem terbaik Malaysia yang pernah kami tengok setakat nie.
Tapi yang kami peliknya napa Papadom dapat hall kecik kat wayang Cineleisure. Padahal ramai lagi beratur nak beli tiket citer dia nie. Memang double standard betul la. Kalau filem tak best macam sorang Prof tue selalu buat kami boleh la terima bagik dewan kecik. Nie filem best, ramai orang beratur nak tengok tapi akhirnya kecewa sebab tiket habis. Panas betul hati kami nie.
Yang penting sapa yang belum tengok tue sila pastikan anda curik masa pergi tengok. Tak kira la anda nak ponteng kerja ke, tuang kuliah ke tapi yang pastinya tolong tonton filem nie sebelum abis kat wayang. Kami jamin anda akan rasa nak tengok lagi selepas tue.
Buat Mr. Kodok @ Afdlin Shauki, lu punya cerita memang best beb~~ Kami respek sama anda. Tahniah!!!"

so.. kepada smua peminat filem arwah Yasmin Ahmad, ini la penyambung cerita kasih sayang oleh Afdlin Shauki utk semua.. selamat menonton!!

Few pictures taken wit hsemate:



Daddy's love...

alhamdulillah... keadaan kembali seperti sediakala. 10 hari dad kat HSA wit 3 operations..huhu. My luvly dad yg aku kenali - cool, kuat semangat, sabar n kadangkala poyo & sengal!hehe. 3 days aku amik cuti, 5 hari dpt duduk dgn dia di hospital. melepak n buat lawak bodo.. layankan je apa dia nk makan. kira ok la ni masuk hospital dia nk makan, if senyap je.. kalau bual tk kuar suara, takut aku dibuatnya. mom spt biasa, setia menunggu w'pun sakit blum baik lagi. respek n suspek tul dgn my mom. i love u both, forever in heart!!!!

these r few pictures wit my parents at HSAJB:


Friday, October 16, 2009

Haru...tak biru

dlm jam 11 am lebih abe call kata dad dlm ambulance now going to hospital. perh! terkuzat aku skjap. but still cool. pesan itu ini kt bdk2 ofis, tlg settlekan keje me apa yg patut. Then balik umah, kemas2... pastu drive to merlimau. smbil tunggu acik abis keje @ 5pm, aku lepak kat CC. update blog ni, tengok tanaman farmville aku n chat..huhu.

Dad was hospitalized @ wad Dahlia, HSAJB tghri ni. salur darah kt tangan (dialisis) pecah, kena operate n ganti baru la ni..hmm. Harap2 smuanya ok nnti.

Lain ari, tulis lagi. doakan smoga ayahanda me sihat hendaknya......... amin. sayang dad.. even dia sengal!!! hahahaha...

Thursday, October 15, 2009

Final Raya Celebration

aku rasa semalam adalah final celebration Hari Raya Aidilfitri utk tahun 2009. Lepas ni dah tak larat nk makan banyak, wat keje apa2 da...hehe.. Puasa 6 pun belum cukup lagi..huhu(tetiba red flag la pulak). Ada baki 3 hari lagi utk ganti puasa. Harap2 ahad @ isnin ni dpt menghabiskan puasa 6, insyaAllah.

Raya Celebration @ UTMIC - membina personaliti unggul, nmpak meriah walaupun ramai yg tk suka buat dalam Dewan Besar. Ceramah agama dari Ustaz Farid Ravi mmg best & kelakar. dalam dia berseloroh, byk jugak ilmu yg kita dapat. UPPK diberi tugas utk sediakan air sirap limau selasih, tapi kami tambah dgn air asam boi. Alhamdulillah... habis ari yg kami sediakan. Penat lelah semua orang (org kuat: leha, azroel, aty, wan, zurik ... dll) mmg berbaloi-baloi. Makanan di majlis hari raya ni mmg best! tapi aku sempat merasa bihun sup (PHB), sate (Koop), aiskerim, nasi himpit & rendang ayam (Pendaftar/canseleri) & buah-buahan. Lain2 tak larat la nk pi bersesak-sesak, malas...huhu.

Kepada semua yg bertungkus lumus, terima kasih banyak2 la. Sorry, i tk dpt tolong korang dengan penuh tenaga (not in the mood & kureng sihat..almaklumla.. perempuan mabuk estrogen..hahaha).

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 yg begitu meriah, jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi di tahun hadapan, insyaAllah"

These r few pictures taken during da day:

*deco, deco... deco!!!
*Jejaka perasan & perempuan melayu anggun terakhir UPPK
*minuman yg disediakan.... lazat!!!
*smile... u're on candid camera! ceramah Ustaz Farid Ravi - best!

*me, sarah (hsemate) & yati (x-hsemate)


Monday, October 12, 2009

open hse pictures lagik!!

hi all... ini ha lagi..gambar open hse itu ari utk ditepek kt sini..

*potong kek lagik..huhu.


*antara tetamu yg hadir yg sempat amik gambar. hmm..kalau tk interpreme tk sah la aku ni!












Open House @ home sweet home

alhamdulillah.. segala perancangan yg tk seberapa akhirnya jadi jugak. Rumah terbuka we all last saturday meriah dgn kehadiran ahli keluarga, rakan-rakan satu ofis, bf's (ehem..ehem.. sapa tu? i nyer bf tk dtg eh..hehe), all members yg suddenly jemput pun datang jgk. Teeeeeerrrrrrimmmmaa kaaaaaaasiiiiiiiihhhhhhhh!!! (ala-ala David Arumugam Alleycats).

Preparation
Day 1: Thursday - ptg tu lepas balik dari keje, kami (sarah, k.bib & me) sibuk membeli belah di NSK & Jusco Wangsa Maju (k.bib pun trpaksa buka puasa air je..huhu). Penuhla bonet & tmpt duduk blakang Dumblebee me. Barang-barang kering, settle dpt beli semuanya.

Day 2: Friday - kami (k.bib, suzie's & me) terus ke pasar malam Jelatek utk membeli barang2 basah pulak. Nasib baik la ada ayam & daging fresh kt situ. Sayur2 & buah2an pun ada jugak. Next time korang datang je la pasar malam kt sini. Dekat je dgn lrt station Jelatek (jln kaki dlm 5 minit). Macam-macam ada... yg penting rangka ayam goreng kegemaran me musti beli kt sini!! nyum..nyum..
Malam tu k.bib start memasak menu pertama - ayam dendeng. Angin satu badan je k.bib tgk me dh amik daging & bawang goreng yg dh siap tu..mmg sedap! i like onion!! (badan pun dah bau bawang da...) Sarah pun dh mula melenyek bahan-bahan utk bergedil dagingnya yg diberi nama 'abe wae ku saye...' Jgn ditanya mana dpt nama tu, special babe!! wakakak... Suzie's cute sibuk blender kacang & segala bahan utk menu - sambal kacang & rendang ayam portugis. Sambil2 tu i merebus ketupat nona segera - 60 bungkus. Then we all semua mengemas ruang tamu (kasi bersihkn segala sawang, susun atur meja, tv & pindahkan sofa kt dlm bilik k.bib, kasi ruang besar sket. (Sori bib..smpai tk bleh tdo dgn tenang sbb sofa tu kt sblah katil. ada org tido situ ka?? misteri.....mainan perasaan). hmm...nasib baik perabot tk byk, so bleh la letak sana sini. Zila sibuk dgn meja & sketing, susun warmer set ala-ala Dewan Perdana Felda gitu..huhu. Dalam jam 1am baru selesai semua dan masing2 tdo dgn kepenatan & berazam bangun jam 5.30pagi utk memulakan program masak2 aidilfitri..hehe.


These are few pictures taken before:
*transformasi rumahku syurgaku..huhu... walaupun kecil & comel, kami bahagia..



*Bergedil sblum digoreng & daging dendeng lazat!! nyum..nyum..



Day 3: Saturday 10 Oktober 2009.
Seawal jam 5.30 pagi k.bib dh bangun dan memulakan puding cocktail. Then sarah pun sibuk membentuk bergedil abe wae saye bulat2 & comel. Jam 6.30am i bangun terpisat2 mengantuk tk cukup tdo. Then suzie's pun bangun terus masak sambal kacang (sedap seh...ini first time dia masak, resipi ibu suzie's tersayang..hehe). Slps k.bib siapkn pudingnya, dapur clear.. so bolehla i start masak soto daging (i pun tk prnah masak soto, so..hentam sajala..hehe). Kelam kabut settlekan soto ni sbb sarah trpaksa balik Kuantan pagi tu - mintak restu ayahbonda katanya..huhu. Apa2 je la sarah, doa me smoga bahagia hingga jinjang pelamin, insyaAllah. Chaiyuk!! Tak lama tu, suzie's continue wit her rendang ayam portugisnya... perh! pedas...tapi lazat!. Dapur buruk we all kalau boleh jerit 'stop! stop! aku panas la.. nk rehat' mmg la patut dapur tu jerit. Sbb masak non-stop seh...hehe. Spt tahun sblumnya, i masak menu laksa sarawak, selagi perencah laksa tu ada... kena masak la. Laksa sarawak ala-ala versi johor..wakakak. Yg penting sambalnya tu..nasib baik menjadi lagi. Then i continue wit menu ke-3 me iaitu nasi beriyani ayam. mula2 plan nk masak nasi ikut resipi Jamie's Oliver (Naked Chef) tu.. tapi malas la. takut tk jadi, buat malu je. First trial nasi beriyani guna marjerin, alhamdulillah.. jadi jugak. Even ada bau hangit sket (sbb periuk yg tk serba guna, tapi boleh la.. asal ada periuknya). Sempat lari turun pi kedai buat acar darat..hehe. k.bib cadangkan menu ke-4 me: bihun goreng dimasak bila nasi briyani tu dh abis. so...i mandi & rileks menunggu tetamu yg hadir. Acara memotong kek coklat (special tempah @ D'saji catering), sempena belated b'day me & coming b'day zila on 13 Okt nnti.
Tetamu pertama, tiba awal sblum jam 12tghri anak sedara k.bib & rakannya. Then around 12 lebih mak itam, mak lang me & anak2nya. Meriahla..umah tu dgn celoteh mak itam tu..hehe. pastu abg k.bib frm Rawang, mmbr suzie's.... bla.. bla... ramai jgk la yg dtg. Sempat aku lari ke kedai, beli ayam then goreng, tambah ayam goreng siat & masak bihun goreng. Nearly 7pm keadaan kembali tenang & reda. Suzie's pun sibuk packing sedikit makanan nk bawak ke umah abgnya di Cheras. Esok ada open hse kt situ. Kesian k.sue.. dh la penat memasak & layan tetamu kt sini. Masing-masing kepenatan. Lps maghrib tu, kakak satu ofis zila datang. Then my bro's - Erin & shidah mai dari Rembau. Even kepenatan, sempatla diaorg melepak baring2 sblum diaorg pi tgk 'Papadom' kat Times Square. Dia ajak me, tapi tk laratla.. ingatkan erin penutup open hse kitaorg, tk lama dia balik saza's call kata dh smpai kt parking. Saza, suya, janet, adiknya & ibu tersayang datang. Nasib baik laksa sarawak, ketupat, smbal kacang, dendeng & rendang ada lagi sikit. Dapatlah diaorg merasa..huhu. Nearly 10 lebih diaorg balik ke Selayang. Alhamdulillah.. kami sangat2 bersyukur dgn kehadiran keluarga & rakan2 tersayang. Takde makanan yg terlebih pun.. ngam2 utk kami menghabiskan smuanya. Sempat kemas sket2 kt dapur & ruang tamu. Aku dh lepak giler.. tangan kiri tetiba rasa sakit, sampai ini ari la..rasa kebas n nyut..nyut. Sabarlah... letih sgt kot.

Few pictures taken on special day:
*hsemate (frm left: me, zila, k.bib & suzie) - Menu vogue d'bum yg sempat dimasak


*puding cocktail & sambal kacang


*bday cake lagi... nyumm..nyumm..

*ada gambar2 lain yg tk dpt upload dlm blogspot ni.. huhu

Di kesempatan ini, nk ucapkan ribuan terima kasih banyak2 kpd rakan-rakan serumahku yg tersayang (k.bib, suzie's, zila & sarah) akhirnya... kita berjaya buat open hse jugak tahun ni ala-ala vogue da bum!hehe.. tahun depan, panjang umur kami.. insyaAllah buat lagi.
sesiapa yg dpt menghadirkan diri & yg tk dpt hadir tu kami ucapkan terima kasih jugak. Rezeki yg ada dapatlah dikongsi bersama, perpaduan & ukhwah antara kita sesama rakan & keluarga juga kembali bertaut & kasih sayang berpanjangan...
See u next year!!!! yeeeeeeeehaaaaaaaaaaaaaa.... best!!!

Wednesday, October 07, 2009

Birthday BASH @ Raya celebration

its a great celebration birthday!! J took me out to Alexis @ Great Eastern Mall n AmpWalk (Secret Recipe). Thnx drlin, muahs!! Even dia kepenatan satu hari lari ke sana ke mari, tapi still bleh luangkan masa utk me. hmm... syahdunya.. These r few pictures taken:

*These r cute cakes for us - Tiramisu & golden nugget @ secret recipe Ampwalk:


relaxing time... alexis @ great eastern mall


ari ni ofis buat open house Hari Raya kecil-kecilan.. Surprise! Surprise!! rupa2nya smua staf collect duit beli chocolate indulgance cake, Secret Recipe. Nyum.. nyum. Thnx guys!!


* Bday cake sharing wit others @ office:

Tuesday, October 06, 2009

34th Birthday!!

alhamdulillah... syukur. Allah beri kesempatan pada diri ini untuk bernafas dan mengecapi nikmat hidup di dunia ni. no special celebrations today, cukupla dgn sms & call dr kawan2, thnx guys!! acik first sms wish birthday, thnx sis. isam awal pagi tadi slps subuh, sms me n janji nk jmpa minggu ni, tp tk tau bila. azhar @ kuching, pagi2 dh call.. thnx syg! muahs. lain2 kt yahoo messenger & tagged..huhu.. J ajak kuar clbrte ptg ni lps keje.. hmm..tk tau la bleh pi ke tak.
smlm 1 ari kt umah.. lepak sbb sakit peyut. trpaksa M.C da.. ini penangan makan byk sabtu & ahad (open house) hehehe..

Kepada rakan2 yg berada di KL wkend ni, hari sabtu, 10 Oktober 2009 jmput la dtg braya di rumah saya brmula jam 12 tghri - 12 tgh mlm. Menu biasa & simple je..

"SELAMAT HARI RAYA. SELAMAT HARI LAHIR KE - 34 utk diriku... (hmm..dh tua la..uhuk!)"