Friday, November 23, 2012

Kisah di bumi Palestin & Surah Al-Israa' - سورة الإسراء

Tafsir Al-Quran maksudnya: (Bismillahhirahmanirrahim)

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Ayat 1: سورة الإسراء)


Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)". (Ayat 2: سورة الإسراء)

(Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur. (Ayat 3: سورة الإسراء)

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (Ayat 4: سورة الإسراء)

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (Ayat 5: سورة الإسراء)

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (Ayat 6: سورة الإسراء)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (Ayat 7: سورة الإسراء)

 Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat); dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan neraka: penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). (Ayat 8: سورة الإسراء)

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.  (Ayat 9: سورة الإسراء)

[Sumber:  http://www.surah.my/17]

My Life & Allah


Tingkatkan akidah anda...

1. Menghadiri majlis ilmu.

2. Jauhi maksiat.

3. Melaksanakan suruhan Allah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain.

4. Membaca dan memahami al-Quran.

5. Membaca buku-buku atau majalah-majalah yang menambah iman dan takwa.

6. Jangan berkawan dengan orang yang lalai dan sesat.

7. Menziarahi orang-orang soleh.

8. Melakukan solat-solat sunat yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

9. Berthajjud.

10. Berfikir tentang ciptaan Allah, kebinasaan dunia dan hal-hal akhirat.

11. Mengujudkan suasana iman dan takwa dalam rumahtngga.

12. Mengamalkan doa pagi dan petang. Contohnya Ma'thurat.

13. Mengamalkan nasihat-menasihati kepada keimanan dan ketakwaan. Amalkan doa pagi dan petang

 

Sumber: Dari Majalah Al-Ustaz Isu Perdana/

Wednesday, November 21, 2012

Song about a Rose & February

Sekuntum mawar merah
Sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
oh...di bulan februari..
Mulanya cinta bersemi
dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi
Oh...di bulan februari..
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala
Padam tiba-tiba...oo..
Terkenang kembali
Lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi??

Tuesday, November 20, 2012

Ujian dari Allah SWT

Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan… terdetiklah rasa, “apakah Tuhan sayangkan aku? Kenapa aku diuji sebegini berat sekali? ” Subhanallah, saya terasa ingin menjawab rasa hati ini dengan sebuah tulisan yang panjang. Terasa benar-benar terpanggil. Tetapi kerana banyak cabaran dan hambatan, saya mulakan dengan tulisan yang secebis ini… Saya punya rasa malu, bimbang, dan tidak puas jika bersandar kepada akal dan susunan ayat untuk membujuk hati… namun, marilah sandarkan segala harapan dan kekuatan kepada Allah. Yang secebis ini jika diberkati lebih baik daripada selaut yang tidak diredhai. Terimalah tuisan ini sekadarnya

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  

Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.

Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.

Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”

Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.

Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:

1) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.

2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.

3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?

Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

[sumber: http://genta-rasa.com ~ Ustaz Pahrol Mohd. Juoi]

Hebatnya kekuatan Doa


Doa merupakan kekuatan dan tenaga yang tiada taranya kerana ia berhubung dengan Zat Yang Maha Kuasa. Doa bagi seorang mukmin adalah senjata (wasilah) kerana tidak ada perlindungan dan daya kecuali dari ALLAH SWT. Doa adalah ibadah. Doa adalah senjata. Doa adalah benteng. Doa adalah ubat. Doa adalah pintu segala kebaikan.

Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda:
Kekuatan atau kedahsyatan doa bagi seorang muslim tidak dapat dinafikan lagi. Doa adalah senjata buat kaum muslimin, Ad Du‟au Silahul Mu‟min. Di saat canggihnya pelbagai mesin dan persenjataan abad moden ini, strategi dan kaedah peperangan, kekuatan dan kedahsyatan doa tetap tidak dinafikan dan hanya dimiliki oleh orang-orang beriman. Hal ini disebabkan orang-orang yang beriman selain daripada berusaha semaksima mungkin dalam setiap amal yang dilakukannya, dia juga tidak pernah lupa menggantungkan seluruh usahanya melalui doa kepada ALLAH S.W.T. Doa adalah senjata buat orang-orang mukmin, yang telah ditauladankan dari para Nabi dan Rasul, para sahabat, salafus sholeh.
Doa itu mampu mengubah yang tidak mungkin menjadi mungkin, yang biasa-biasa menjadi tidak terkata, yang berat jadi ringan, yang jauh menjadi dekat. Itulah dahsyatnya kekuatan doa. Dengan doa segalanya menjadi mungkin atas izin ALLAH S.W.T.
Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya:
“Jadilah!” maka terjadilah ia. (Surah 36 : Yaasin : 82)
Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya:
“Kun (jadilah)”, maka jadilah ia. (Surah 16 : An Nahl : 40)
Kesilapan Berdoa :
1. Orang yang tidak pernah berdoa dikala susah dan senang
Dan Tuhanmu berfirman:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)
2. Orang yang berdoa ketika sedang menghadapi kesulitan, walaupaun dia terlepas dari kesulitan yang dialami dirinya mereka seolah-olah lupa pernah berdoa kepada ALLAH S.W.T untuk melepaskan diri mereka daripada kesulitan tersebut.
Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah 10 : Yunus : 12)
3. Orang yang berdoa bergantung kepada suasana hatinya
4. Orang yang pernah berdoa tetapi menghentikan doanya kerana berputus asa (doanya tidak dikabul)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi S.A.W bersabda :
Do’a seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa ? Beliau menjawab : ” Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa”. (H.R. Muslim).
5. Orang yang selalu berdoa dikala susah mahupun senang dan tidak pernah putus asa dari rahmat ALLAH S.W.T
Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. (Surah 35 : Faathir : 15)

[sumber: http://myibrah.com/dasyatnya-tenaga-doa]

I won't Give Up

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts we got Yeah, we got a lot at stake
And in the end you're still my friend, at least we did intend for us to work
We didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am.

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up... 

[song by: Jason Mraz]

Ya Allah..selamatkanlah GAZA!

Dunia hanya memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palestin hari ini. Tiada tindakan komprehensif untuk menghentikan segala kekejaman dan kedurjanaan yang berlaku. Tiada siapa yang diharapkan oleh umat Islam di sana kecuali mereka bangun sendiri menentang kezaliman dengan apa yang ada pada mereka sendiri.  Sesunguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam, adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w. sebelum dimi’rajkan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh kaum terhadap masjid yang mulia ini.

Firman Allah (Maksudnya): Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Dengan jatuhnya Empayar Uthmaniah Turki pada tahun 1924M, bumi Islam telah berpecah dan difaraidhkan kepada dunia barat termasuk bumi Palestin. Palestin yang dianggap sebagai Bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang satu masa dahulu, kini dirampas oleh rejim Zionis melalui perancangan dan tipu muslihat yang teliti, bermula dengan perjanjian balfour pada tahun 1917. Dari situlah umat Islam ditindas dan dihalau di tanah milik mereka sendiri sehingga akhir kini 80% rakyat Palestin menjadi pelarian yang menghuni khemah-khemah pelarian tanpa prasana yang diperlukan sebagai seorang manusia yang merdeka.

Umat Islam Palestin merintih, menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihanKesepakatan musuh-musuh Islam untuk memerangi Islam dan umatnya berpanjangan dan sentiasa berusaha memastikan Deenul Islam yang hanif ini lenyap di muka bumi ini bersama umatnya.

Bumi Palestin adalah bumi para Anbiya’ kerana ramainya para nabi yang lahir di sana, sebagaimana bumi ini juga telah menyaksikan penukaran tongkat kepimpinan dunia daripada Anbiya’ terdahulu kepada Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda mengimami mereka bersolat di sana pada malam Isra’ dan mi’raj. Kita perlu merasa bangga kerana peristiwa tersebut menggambarkan kedudukan umat Islam adalah lebih mulia daripada umat-umat lain terutamanya Bani Israil yang sering melakukan tipu daya terhadap Allah dan para utusanNya.

Namun kini umat Islam seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan kaum yang suka membunuh, mengingkari janji, menindas dan melakukan perubahan terhadap kitab Taurat dan Injil menguasai dunia dan menyebarkan tamadun yang menyesatkan manusia.

Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti Saiyidina Umar al-Khattab yang berjaya membuka Baitul Maqdis dan mengisytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam pada tahun 636M. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan seperti jiwa Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib pada 2 Oktober 1187. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Pencerobohan demi pencerobohan terhadap bumi yang terdapat padanya rumah ibadat yang kedua dibina selepas Masjidil Haram di Makkah. Apa yang sedang berlaku di Gaza kini merupakan di antara siri-siri keganasan yang dirakam dan diperlihatkan kepada seluruh dunia betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis -la’natullahi `alaihim- ini.

Gaza hari ini dianggap sebagai penjara besar yang dihuni oleh seramai 1.5 juta jiwa, lebih 95% adalah muslim. Daripada jumlah ini seramai 800 ribu orang merupakan pelarian daripada kawasan-kawasan Palestin lain yang telah dijajah. Pelbagai kesengsaraan telah sengaja diwujudkan di dalamnya; kegelapan, kekurangan ubat-ubatan, bilik pembedahan tidak berfungsi, harga barangan meningkat tiga kali ganda, ketiadaan peluang pekerjaan, ladang-ladang dimusnahkan dan saban hari mereka dihiburkan dengan bunyian jet-jet penyerang, ledakan mortar, kereta kebal, serta suara tangisan mangsa dan juga keluarga mereka.

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t. (Maksudnya) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Pengepungan ke atas Gaza terbaru ini sememangnya sudah dijangka kerana kaum Zionis tidak mahu di sana terdapatnya mana-mana pihak yang memberi ancaman atau menghalang mereka bagi menjayakan impian mereka selama ini, iaitu ingin menegakkan Negara Israel Raya atau The Greatest Israel atau Israel Kubro. Semasa kegemilangan Islam, ketika khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali.namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.


[sumber: Khutbah Jumaat ~ http://cyberion.roxer.com/gaza]

About Best Friends