Tuesday, November 20, 2012

Ya Allah..selamatkanlah GAZA!

Dunia hanya memandang sepi apa yang berlaku di bumi Palestin hari ini. Tiada tindakan komprehensif untuk menghentikan segala kekejaman dan kedurjanaan yang berlaku. Tiada siapa yang diharapkan oleh umat Islam di sana kecuali mereka bangun sendiri menentang kezaliman dengan apa yang ada pada mereka sendiri.  Sesunguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam, adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w. sebelum dimi’rajkan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh kaum terhadap masjid yang mulia ini.

Firman Allah (Maksudnya): Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Dengan jatuhnya Empayar Uthmaniah Turki pada tahun 1924M, bumi Islam telah berpecah dan difaraidhkan kepada dunia barat termasuk bumi Palestin. Palestin yang dianggap sebagai Bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang satu masa dahulu, kini dirampas oleh rejim Zionis melalui perancangan dan tipu muslihat yang teliti, bermula dengan perjanjian balfour pada tahun 1917. Dari situlah umat Islam ditindas dan dihalau di tanah milik mereka sendiri sehingga akhir kini 80% rakyat Palestin menjadi pelarian yang menghuni khemah-khemah pelarian tanpa prasana yang diperlukan sebagai seorang manusia yang merdeka.

Umat Islam Palestin merintih, menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihanKesepakatan musuh-musuh Islam untuk memerangi Islam dan umatnya berpanjangan dan sentiasa berusaha memastikan Deenul Islam yang hanif ini lenyap di muka bumi ini bersama umatnya.

Bumi Palestin adalah bumi para Anbiya’ kerana ramainya para nabi yang lahir di sana, sebagaimana bumi ini juga telah menyaksikan penukaran tongkat kepimpinan dunia daripada Anbiya’ terdahulu kepada Nabi Muhammad s.a.w. apabila Baginda mengimami mereka bersolat di sana pada malam Isra’ dan mi’raj. Kita perlu merasa bangga kerana peristiwa tersebut menggambarkan kedudukan umat Islam adalah lebih mulia daripada umat-umat lain terutamanya Bani Israil yang sering melakukan tipu daya terhadap Allah dan para utusanNya.

Namun kini umat Islam seolah-olah sudah lupa hakikat ini dengan membiarkan kaum yang suka membunuh, mengingkari janji, menindas dan melakukan perubahan terhadap kitab Taurat dan Injil menguasai dunia dan menyebarkan tamadun yang menyesatkan manusia.

Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti Saiyidina Umar al-Khattab yang berjaya membuka Baitul Maqdis dan mengisytiharkannya sebagai tanah wakaf umat Islam pada tahun 636M. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan seperti jiwa Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib pada 2 Oktober 1187. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Pencerobohan demi pencerobohan terhadap bumi yang terdapat padanya rumah ibadat yang kedua dibina selepas Masjidil Haram di Makkah. Apa yang sedang berlaku di Gaza kini merupakan di antara siri-siri keganasan yang dirakam dan diperlihatkan kepada seluruh dunia betapa kejam dan zalimnya rejim Zionis -la’natullahi `alaihim- ini.

Gaza hari ini dianggap sebagai penjara besar yang dihuni oleh seramai 1.5 juta jiwa, lebih 95% adalah muslim. Daripada jumlah ini seramai 800 ribu orang merupakan pelarian daripada kawasan-kawasan Palestin lain yang telah dijajah. Pelbagai kesengsaraan telah sengaja diwujudkan di dalamnya; kegelapan, kekurangan ubat-ubatan, bilik pembedahan tidak berfungsi, harga barangan meningkat tiga kali ganda, ketiadaan peluang pekerjaan, ladang-ladang dimusnahkan dan saban hari mereka dihiburkan dengan bunyian jet-jet penyerang, ledakan mortar, kereta kebal, serta suara tangisan mangsa dan juga keluarga mereka.

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t. (Maksudnya) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Pengepungan ke atas Gaza terbaru ini sememangnya sudah dijangka kerana kaum Zionis tidak mahu di sana terdapatnya mana-mana pihak yang memberi ancaman atau menghalang mereka bagi menjayakan impian mereka selama ini, iaitu ingin menegakkan Negara Israel Raya atau The Greatest Israel atau Israel Kubro. Semasa kegemilangan Islam, ketika khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali.namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.


[sumber: Khutbah Jumaat ~ http://cyberion.roxer.com/gaza]

1 comment:

Anonymous said...

Play Blackjack at Casino Site
Join the new world of blackjack 카지노 with worrione a new casino site. Play Blackjack online with hundreds of free spins, instant payments, 제왕 카지노 and more. Play now.