Thursday, January 17, 2013

Renung-renungkanlah...

Sama-sama kita renung dan kita usaha untuk amalkan. Amal dengan penuh istiqamah.
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah serta keampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu "
(Surah al-Hadid ayat 20)

Hai anak Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. Hai anak Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon keampunan, nescaya Aku ampunkan dan Aku tak peduli. Hai anak Adam jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pula lalu kamu tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan ampunan sepenuh bumi pula" (Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)


Kata-kata Pujangga Islam:
"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan reda manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah kehidupan yang penuh dengan pendustaan" (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)

Thursday, January 10, 2013

INFO: Bahaya asam dan jeruk

  1. Asam dan jeruk bukanlah makanan segar. Banyak khasiatnya yang telah terhakis semasa proses penghasilannya yang panjang
  2. Oleh itu, khasiat yang biasanya terdapat dalam buah-buahan secara semulajadi seperti vitamin C TIADA di dalam asam dan jeruk
  3. Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi
  4. Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan
  5. Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
  6. Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama
  7. Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan
  8. Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit
  9. Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil
  10. Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan