Monday, August 24, 2009

Lovely


Togetherness we strives, hapiness will be forever...(isam & me)
(picture taken day before Ramadan @ Times Square)

Thursday, August 20, 2009

All about life

ramai org ckp pegi BTN - tough. its not as tough as we thought actually, di mana kita mengikuti kursus tersebut dan fasilitator yg handle group tu jugak main peranan. So far, alhamdulillah.. seronok la jgk pi BTN ni, tak la teruk sangat. Byk relax ada la... cuma boring dengar ceramah..huhu. Byk ilmu yg aku dapat - positive! Tentang sejarah ~ Tanah air, rakyat, kerajaan & kedaulatan. Program Latihan Dalam Kumpulan (LDK) mmg meriah bila semua amik peranan. Yg paling best skali masa malam akhir - persembahan. Group aku kena nyanyi lagi "Tanggal 31 - Sudirman". kitaorg buat lakonan sket. Pasal costume, mmg tip top la! cuma nasib tk menyebelahi kami... hmm..biasala, bila juri tu ketua fasilitator kumpulan trsbt, maka yg lain.. jgn harapla. Ada kisah kelakar jugak la masa kursus ni, bila dapat nota pendek - "missed call @ sms sy, penghulu." Lelaki ni.. tak kuasa aku nk layan, dh kawin tp tk sedar diri. Sorila.. salah org babe. Go to hell!! hehe..

Balik dr BTN hari isnin ptg, sempat aku lepak cuci mata kat Pesta Konvokesyen UTM. Mcm biasa tiap2 tahun, tapi kebetulan aku sampai Palapes UTM, Polis & Kastam tgh buat persembahan diaorg. Sempat shoot 2 scene dr Palapes - Hakka dance. Jalan2 @ pesta sempat singgah kt booth kastam, student indonesia & adabi.
Then terus balik kampung... Alhamdulillah... my mom getting better after 2 weeks operation. Cuma perangai sengal dad je yg buat mom sakit ati sket.. hmm..sabarlah. Dugaan & ujian Allah.
Selasa, 11.30 pagi aku drive back to KL. Malas nk tempuh jem road kt KL..huhu. 3 kali aku trpaksa berhenti kat R&R - ngantuk sey!!! Call isam byk kali, tk angkat2. Menyirap btul darah aku masa tu.. after Air Keroh, aku drive mcm hantu pelesit..huhu. Last call isam, baru dia jawab. Kt Genting katanya.. hampeh btul! Janji dgn aku lain, tapi lain pulak. Hmm..lantakla. Yg penting, aku smpai KL..selamat. Then lepak tgk CSI smpai lebam.

Rabu - naik keje. No such urgent things to do, biasa2 je. Aku sempat buat blog utk mmbrs BTN - Sejarah & Kehidupan [1 Malaysia]. Nnti nk upload smua gambar2 & video masa BTN. Jenuh aku menulis kt blog, copy paste dr blog org lain. Tiba2 isam call, dia mintk maaf sbb dh janji tapi tk dpt tunaikan. Then citer pasal permohonan visa dia kt Imigresen Shah Alam, kena maki hamun dgn officer @ clerk situ.. Hmm..dh lama aku tk dgr dia mengamuk marah2.. kesian jgk la. Takpe la sayang, esok hantar lagi satu copy dokumen yg diaorg mintak tu eh.. sabarlah.

Khamis - lepak lg kat ofis, tkde keje byk pun. Bos pun baru masuk ofis ari ni. Meeting plak 2 jam - letih. Sempat la wish "selamat berpuasa" utk rakan2 n plan berbuka puasa kat ofis maybe 28 Ogos 2009. Isam call lagi ptg ni ajak aku kuar melepak kt Times Square. Dia janji nk amik me kt umah.. hmm.. tunggu je la. Kelam kabut dia ajak dating, since aku nyer syarat - bulan puasa tak bleh jumpa, haram. Bukan boleh percaya mamat ni, last year pun berjanji jugak, tapi .. tk smpai seminggu dh tunggu aku kt parking lot nearby my hse nk jumpa. Sanggup tu tunggu aku lepas terawih..hehe. Apa2 je la sayang.. selagi hayat dikandung badan, insyaAllah.. hati ini untuk kamu. [tak tau la kalau tiba2 berubah akan datang, serah pada Allah je la..]

Kepada semua kawan2 di mana jua anda berada; Selamat menyambut Ramadan Mubarak. Peringkatkan amal ibadah & rajin2 la berterawih, bersedekah di bulan Ramadan yg mulia ini. Malam ni tgk anak bulan, harap2 puasa ari sabtu ni.. Ceh! aku tk dpt sambut puasa la nmpaknya ini tahun..bosan..

Wednesday, August 12, 2009

Not in the office: BTN Course

Nearly 10 years working here, baru ni la aku kena pi kursus BTN. Harap2 aku dpt mengharungi 5 hari (13 - 17 Ogos 2009) dengan jayanya. Njoy!!!! Hening Cipta, Pontian Johor..i'm cumming!!!!
[pasti menulis lagi selepas kembali dari kursus..tunggu...]

Kasih ibu sampai ke syurga..

Tanggal 5 Ogos 2009 yang lepas, mom dimasukkan dalam wad 3, barat 3 HSAJB. Acik teman mom kt hospital dan aku sibuk menyelesaikan kerja2 terakhir kt ofis sebelum cuti 2 hari. Perjalanan dari KL yang memenatkan (sbb dh lama tk drive ke JB sorang2), bertolak jam 7pm then singgah kt R&R Seremban (mandi & solat). Lepas tu teruskan perjalanan, layan radio Best 104 (mengaji & keroncong) smpai la nearly jam 10 lebih singgah kt R&R Pagoh (isi minyak & rehat 10 minit). Aku teruskan perjalanan, mata mengantuk bagai nak rak... tahan je la. Ingatkan nk berhenti kat Sedenak (umah atok), trpaksa kensel sbb masa nk masuk simpang exit tu ada lelaki kt tengah jalan. Masa tu nearly tengah malam la jugak..huhu.. tk jadi aku. Kot2 dia tahan kt tengah jalan, mampos! hantu ke orang??? walllahualamm.. Smpai hospital nearly 1230am, sempat jugak cium mom, dia mkn ubat tdo. Maybe cuma dengar suara aku je kot.. Then aku drive ke umah kak apsah (Pulai Perdana) nearly 2am smpai sana. Nasib baik cik kak ni dgr aku call, kalau tk.. tdo dlm keta depan umah dia la jawabnya..hehe.
Awal pagi Khamis, 6 Ogos 2009 aku bangun terus drive to hospital, mom akan masuk bilik bedah jam 7.30 pagi. Ya Allah... kuatkanlah semangatnya menghadapi saat-saat getir... My mom jalani pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Nearly 5 jam jugak aku tunggu kt bilik bedah tu dgn acik. Dalam 1240 tghri, baru la mak disorong keluar dari bilik bedah. Dia tk sedar apa2 cuma angguk2 & geleng2 je. Acik menangis bagai nak rak.. (she's very the sensitip..ratu air mata..huhu). Aku mcm biasa, kontrol macho. Bersyukur banyak kpd Allah, pembedahan selamat. Mom baring je kt katil. Dia tk mampu buat apa2 even bukak mata pun tidak. Maybe ubat bius tu kot buat dia jd gitu.

*Mom: Day 2 after operation


Aku pi check in Kozi Hotel (Danga Bay), since nk stay 2 mlm kt hospital. Bleh la aku & acik bertukar2 tdo kt wad & hotel. Mlm tu aku start jaga mom. Abe & Along smpai ptg tu jgk bawak abah. Waktu melawat kt hospital sekarang strict (1 hingga 2 petang & 4.30 - 6.30 petang). Gara-gara H1N1. Dgn aku pun jugak kena pakai topeng...huhu. Mom dh bleh bercakap n gerak2 kaki hari ke-2, sesi SPA (urutan badan & kaki) utk my mom kt atas katil. Since dia tk bleh bangun ke toilet, aku lapkan badan dia je. Saja bual2 lawak bodo utk ceriakan hati dia. She's getting better day by day..alhamdulillah. Dia mula berjalan ke toilet pada hari Sabtu ptg and boleh makan bubur & nasi. Aku tetap setia jaga mom.. Hari Monday, 10 Ogos 2009 tghri mom dh bleh kuar hospital. Kami sempat singgah ke Angsana, Healin House beli gamat Zaniplus & Gamogen. Harap2 mak akan lebih sihat & ceria.. Smoga Allah panjangkan umur, kesihatan yang berpanjangan.. & hati yang lebih tenang..insyaAllah..amin.
* Mom: Last Day @ Ward 3 HSAJB (ceria...)

Bersediakan wanita hadapi suami curang?

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru. Segala-galanya sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta. Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.

Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown.

Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika.

Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian berasingan minggu lalu, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor.

Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.

Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

“Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina,” katanya.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.

Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.

Dr Mat Saat berkata, perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk ‘makan luar’ oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri.

“Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Katanya, jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan.

“Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami,” katanya.

Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai.

Katanya, penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.


Lima Faktor Perubahan Suami

1 – Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 – Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3 – Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?

4 – Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!

5 – Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda.

Berhati-hatila wahai isteri... tapi jangan cemburu buta, sudahla...
[sources: http//.intim.wordpress.com]

Info kesihatan wanita: Fibroid

Fibroid masalah biasa wanita berusia 30an

WANITA mudah panik jika diberitahu bahawa ada fibroid tumbuh dalam uterusnya. Fibroid mungkin boleh tumbuh di dalam, di luar atau di dinding rahim. Bagaimanapun, jika anda lebih mengenali apa itu fibroid, anda mungkin lebih tenang.

Ada pelbagai nama digunakan merujuk pada fibroid dalam rahim, tetapi apa yang perlu anda tahu fibroid bukan barah. Fibroid memang masalah biasa di kalangan wanita berusia antara 30 dan 40 tahun. Fibroid selalunya tidak memberi banyak masalah malah kebanyakan wanita tidak tahu dia berhadapan dengan ketumbuhan dalam rahim itu.

Apa yang menyebabkan fibroid?

Tiada jawapan khusus untuk soalan ini, tetapi hormon wanita, estrogen dan progesteron boleh menyebabkan ia tumbuh. Tubuh menghasilkan tahap tertinggi kedua-dua hormon ini sepanjang usia kesuburan.

Penghasilan hormon ini mungkin berkurangan selepas wanita putus haid. Fibroid akan mengecut ketika itu dan tiada simptom yang akan ditunjukkan.

Mengenali simptom fibroid

Lazimnya, fibroid tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagaimanapun, ada beberapa simptom yang agak ‘lemah’ boleh dikaitkan dengan fibroid. Antaranya, darah haid keluar dengan banyak berbanding normal. Jika fibroid berdarah atau menekan organ lain simptom juga akan muncul iaitu;

Haid yang lama dan anda kerap berasa kejang.
Rasa perut ditekan atau penuh.
Sakit bahagian bawah belakang.
Sakit ketika hubungan kelamin.
Kerap membuang air yang tidak boleh ditahan.
Anemia (disebabkan darah haid yang banyak), berasa lemah dan letih.
Kadangkala fibroid menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil. Fibroid juga boleh mendatangkan masalah jika wanita itu hamil seperti keguguran atau kelahiran bayi pra matang.

Diagnosis

Biasanya, untuk memastikan anda berhadapan dengan fibroid, doktor akan bertanya mengenai simptom yang anda alami. Selain itu, pemeriksaan bahagian pelvis akan dibuat. Cara paling mudah menggunakan mesin ultrasound yang boleh menunjukkan anda ruang rahim. Dengan imbasan, doktor juga boleh mengukur saiz fibraoid dan di mana ia tumbuh.

Rawatan

Anda tidak perlu tertekan jika alami fibroid. Anda hanya perlu jalani pemeriksaan bulanan bagi memudahkan doktor membuat rawatan.

Simptom seperti sakit dan pendarahan yang teruk boleh ditangani dengan pil yang dibekalkan doktor. Biasanya, ubat yang diberi adalah pil perancang keluarga. Ubat ini dapat mengurangkan jumlah darah haid yang banyak.

Jika anda berhadapan dengan anemia, biasanya doktor menyarankan anda mengambil pil zat besi atau memakan makanan mengandungi zat besi yang tinggi seperti daging, kacang dan sayur-sayuran hijau.

Jika simptom fibroid terlalu menyakitkan, anda mungkin boleh berjumpa doktor bedah. Selalunya fibroid tumbuh dengan perlahan, jadi anda masih ada masa untuk membuat keputusan. Ada dua jenis pembedahan untuk fibroid. Lazimnya ia bergantung pada saiz fibroid, di mana kedudukannya dan adakah anda masih mahukan anak.

Fibroid yang kecil boleh ditangani dengan pembedahan dinamakan ‘myomectomy’. Anda masih boleh mempunyai anak tetapi fibroid masih berisiko untuk tumbuh kembali.

Pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Ia pembedahan yang biasa bagi fibroid dan satu-satunya cara untuk memastikan fibroid tidak menyerang kembali. Bagaimanapun, anda tidak boleh hamil dan pembedahan pula bukan satu-satunya rawatan penyakit itu. Ada pelbagai lagi termasuk mengecilkan fibroid. Apapun, semuanya bergantung pada anda

[sources: http//intim.wordpress.com & MDweb.com ]

Friday, August 07, 2009

Hari yang gelap..kini sudah terang

di kala aku menulis ini, aku normal. hmm...ntah2 apa2 je la aku merapu.
alhamdulillah.. my mom dh beransur ok. Operation semlm pagi mula jam 7.40am dan dia kuar dr operation room nearly 12.30pm. Bayangkanla betapa kecut perut aku menunggu kt luar bilik tu.. acik dh mula menangis tgk mak. aku tetap kuatkan hati & semangat. doa & zikir je dalam hati..ya Allah, selamatkanlah ibuku. Kuatkan lah semangatnya, kurangkan lah penderitaan kesakitan yg dialaminya... amin ya rabbal alamin.. After operation, dia tk bleh bercakap, angguk2 & geleng2 je.. pity her. Sabarlah mom...zikir banyak2, itu je yg mampu aku cakap dgn dia. Last nite when i'm staying in ward wit her, she's getting better n boleh bual2. Bila awal subuh tadi dia dh mula tersenyum n ketawa sket dgn lawak bodo aku..hehe. Sesi SPA awal pagi, bersihkan diri & massage whole body. Dulu kecik2 mom yg belek aku, smpai la aku besar..sakit. Mak jugakla yg jaga aku. Biarlah sedikit pengorbanan ini dpt membantu mengurangkan kesakitan dia. harap2 ahad ni discharge. then i'm going back to KL..
hmm... aku ngantuk. baru tukar shift dgn acik. sempat masuk utk menulis seketika.
jumpa lagi.
[aku yang.....blurrrrrrrrrrrr..... miss u sayang (isam) muahs!!]

Tuesday, August 04, 2009

Recent updates

a) masih lagi busy dgn Karnival Sukan.. minggu yg sgt2 sibuk!!! perhg!!
b) pegi wedding wan & laily @ Sri Medan, Batu Pahat last saturday,
c) then balik kg - drive wit sue & anis; letih...huhu.. semlm lepak giler, tk bleh puasa.
d) gonna back hometown again tomorow;
e) mom's operation this thursday, "ya Allah.. permudahkan segala kesulitan & kesihatan yang berpanjangan kepada ibuku yg tersayang.. amin ya rabbal 'alamin.."
f) tak sihatkah aku? ops... isam yg demam, aku pulak yg rasa sakitnya..hehe. Hati ini berbisik.. apa yea?? entahla...
g) kursus! kursus!! boleh ke aku jadi kurus?? 5 days course @ Hening Cipta, Pontian 13 - 17 August 2009; smoga dpt pengalaman yg indah2 & bersemangat!! chaiyuk!!

*menulis lagi di lain hari bila free...