Friday, March 02, 2012

Berdamailah dengan Takdir

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini,

"Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikan-Nya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu. Ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabi'e nya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan kita. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk 'berkelahi' dengan takdir. Kita tidak menerima 'warna-warni' kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "Sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga." Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk 'bersahabat' dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita menikmati alam seperti seadanya. Akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan 'lukisan takdir' pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah. Malah, kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nanti hasilnya, katakan pada diri, "Aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik."

Jika yang diharapkan berlaku, maka bersyukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka maka bersabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku. Namun, apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. Dia akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdir-Nya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih itu kita maka yakinlah kasih sayang-Nya sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah. Allah tidak akan mengecewakan kita.

[source: Ustaz Pahrol Mohd Juoi ~iluvislam.com]

Bagaimana mendapatkan keberkatan Belajar?

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.

TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

[source:iluvislam.com]

TIP: Gembira Sepanjang Masa

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. BersyukurBersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi.
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

[source: iluvislam.com]

Resipi: Waffle

Waffle merupakan makanan yang terkenal terutamanya di Belgium dan juga Amerika Syarikat. Waffle boleh dimakan dengan pelbagai jenis topping seperti ais krim, coklat, strawberi, madu dan banyak lagi. Apa kata, anda mencuba untuk memasak waffle pada petang ini.

Jom kita tengok, apakah bahan-bahan dan cara-cara memasak waffle. Selamat mencuba.

Bahan-bahan ( 4 keping ):

• 1/2 cawan tepung gandum

• 75 ml susu segar

• 2 biji telur (saiz C) asingkan putihnya

• 1/2 sudu teh baking powder

• 1 sudu teh minyak masak

• 1 sudu teh gula halus

• secubit garam

Cara-cara:

  1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak bersama baking powder terlebih dahulu), susu, garam, minyak masak. Masukkan adunan ini ke dlm telur putih tadi.Gaul rata.
  3. Panaskan snack maker,sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2 minit. Sedap di makan dengan jem, kaya, aiskrim atau madu.
  4. Boleh juga di masak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.
[source: iluvislam.com]

Pemuda vs Pemudi: Logikkah?


Logikkah?
Ramai menganggap lelaki bersalah jika berkawan mesra dengan seorang perempuan, tetapi bukan niat untuk dihalalkan (kahwin)?

Patutkah?
Seorang perempuan berkawan mesra, melayan seorang lelaki, tetapi sekadar teman biasa, dengan alasan selesa berkawan sedemikian?

Salahkah?
Apabila lelaki dilayan mesra itu, berasa tertarik, lalu meluahkan perasaan untuk mengubah perhubungan kawan yang penuh batasan menjadi teman yang pasti halal, lantas dikatakan tidak ikhlas dalam berkawan.

Setujukah?
Berkawan lelaki dan perempuan, BIASANYA akan ada atau bakal timbul satu perasaan lumrah, ke arah pernikahan.

Solusinya..
Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.
Tutuplah jalan-jalan fitnah yang tidak pasti bila datang, kerana ketaqwaan.
Samada sekadar keperluan atau untuk pernikahan..
Jika perlu berhubung lelaki dan perempuan, pastikan sekadar keperluan,
Segala yg berlebihan, layanan mesra MESTILAH dijauhkan
Jika ada PERASAAN, ikhlaskan, ikut saluran yang betul.

Untuk kaum Adam, Jika ada perasaan, pastikan mengikut saluran yang betul, berdasarkan pedoman Al-Quran dan Sunnah Nabi Junjungan SAW. Jika ditolak samada penuh kehormatan atau tidak berbalas, anggaplah ianya 'ibrah (pengajaran) dan khibrah (pengalaman) kehidupan.Untuk kaum Hawa, Jika ada menerima luahan penuh keikhlasan yg telah mengikut saluran yg betul, cubalah balas keikhlasan dengan kejujuran, "berkatalah benar walau jawapannya penuh kepahitan". Jika tiada kemampuan, gunalah kebijaksanaan untuk menyatakan juga jawapan (mungkin melalui saluran orang tengah), apa yang penting, jujur dan tenang dalam jawapan.

INGATLAH SABDA RASULULLAH SAW:

"Tidak beriman seseorang kamu (masih belum sempurna imannya), sehingga dia menyukai (sesuatu kebaikan terjadi) untuk saudaranya, sebagaimana dia menyukai (kebaikan itu terjadi) untuk dirinya sendiri".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya,

Jika kita suka kebaikan, kejujuran dan keikhlasan untuk diri kita, maka lakukanlah sedemikian rupa untuk saudara-saudara kita, kerana itulah tanda kesempurnaan Iman..

Semoga Allah membalas segala kebaikan mereka dan kita dengan dipermudahkan segala urusan, kerana sebagaimana Sabda Nabi SAW:

"Allah pasti menolong hambaNya, selagi mana dia menolong saudaranya"
(Hadis Riwayat Muslim)

Muhasabahlah demi satu perubahan, kerana perubahan ke arah kebaikan pasti membentuk kehidupan penuh kesejahteraan.

[source: iluvislam.com]

Madu Itu Pahit?????

Wanita, sinonimnya apabila disentuh isu poligami kebanyakkan tidak 'senang duduk' mendengarkannya.

Suami berkahwin satu lagi, isteri kedua, bermadu dan paling tepat sekali ialah poligami.

Poligami beerti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya ialah empat dalam satu masa.

Namun, poligami bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah bagi yang berhasrat untuk melakukan.

Banyak syarat, prosedur dan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mencapai poligami yang mengikut kehendak agama Islam.

Allah swt berfirman :

Surah Al-Nisa' : Ayat 3

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ. مَالِكِ يَوْمِوَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا

"Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." - (Surah al-Nisa':3)

Antara sebab mengapa Islam mengharuskan poligami:

01.Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

02.Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.

03.Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

04.Menyelamatkan kaum wanita 'andalia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.

[source: iluvislam.com]

Panduan Memilih Jodoh

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan."Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama."Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.

PENYAKIT "TIDAK JELAS"

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".

HANYA 'BERAGAMA'?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.

Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

[source: iluvislam.com]

Friday, February 10, 2012

Days in Sandakan; part 1

9 Feb 2012: Pertama kali di sini dan pertama kali jugak aku naik MASWing `twin otter'. Dia punya bunyik, tk bleh blah. bingit seh...esp duduk sblah kipas. Betul kata bos aku, duduk depan. Jgn duduk blakang, pekak telinga. [sabor je la]. our flight from Kota Kinabalu transit Kudat (small airport, mcm umh kampung) about 40 mins. Then fly to Sandakan took 50 mins. At first tgk scenery, tp lama2 tk tahan ngantuk, trtdo jgk dlm suasana bingit kipas kapal terbang. Nway, thx to pilot. Alhamdulillah...hampir jam 4ptg kami selamat mendarat di Sandakan. 20 mins drive frm airport menuju bandar, 10 km jauhnya. Menyusuri jalan, tringat prjalanan me di Bintulu 7 thn dulu. Lebih kurang sama jer.
Hotel di tepi laut, Swiss Inn Waterfront menanti kami. Tenang je bila pandang laut, jauh dr hiruk pikuk bandar. Inilah kebesaran kekuasaan Allah. Sempat berehat skjap, then kami keluar ke Kampung Sim-Sim (7 mins drive). Makan time! prut mmg lapar giler since breakfast at 9.30am at Coffee Bean airpot Senai. separuh hari menahan kelaparan, akhirmya kami dpt makan fresh seafood bakar. Syiok giler! cicah sambal tomato + belacan. meratah lauk ala kami. Alhamdulillah...rezeki Allah. Kami start program mlm tu jgk. Few info given before diskus thoroughly.. Sempat lepak ngeteh kt bistro nearby, pekena air Honey Lemon. u olz should try at home, syiok!. End day 1, midnite masuk bilik terus kaboomm...tdo la, apa lagi..[letih n sakit 1 bdn].

Thursday, January 26, 2012

Andai dirimu rasa MALAS

Wahai teman, wahai rakan yang dimuliakan,
Pada suatu ketika jika anda rasa terbeban dengan kerja-kerja..
Klik butang syukur, kerana anda masih mempunya kerja,
Untuk meraih rezeki yang halal menyara keluarga.

Andai pada suatu ketika rasa terbeban untuk belajar,
Segeralah memakai topi syukur kerana Allah masih memberikan peluang belajar,
Jauhilah perasaan malas, rasa 'tak boleh' dan sukar,
Allah sayangkan anda, lalu Allah berikan nikmat belajar,
lalu ditambah dengan ujian belajar.

Bayangkan betapa ramai yang dinafikan nikmat menuntut ilmu,
Berapa ramai yang tiada upaya untuk belajar
Lantaran menghidap 'learning disability'

Betapa ramai yang tiada panca indera untuk melihat mendengar dan menyebut,
Lautan ilmu utk ditimba hanya tinggal cita-cita sahaja..

Betapa ramai yang tiada upaya kewangan untuk belajar di sekolah,
Betapa ramai yang daripada menara gading mereka dinyah,
Gagal peperiksaan dan disepak keluar,
Tiada mampu lagi untuk belajar.

Belajarlah wahai teman,
Belajarlah wahai rakan,
Jelajahilah sempadan timur dan barat,
Cari semula pertama-pertama yang hilang,
Emas dan kekayaan ilmu yang disodok keluar.

Jangan belajar kerana bongkak,
Kesan daripada hati yang rosak,
Rasa nafsu mahu superior,
Orang lain lebih inferior,

Orang yang belajar kerana pangkat dan kuasa semata,
Akan terkena paku buah keras.
Tatkala dirinya superior, dia rasa dialah yang teratas. Dia yakin adanya kasta sedemikian rupa.
Dirinya belajar luar negara, fasih berkata dan berbahasa antarabangsa.
Namun jika pada suatu ketika nikmat ditarik ujian melanda,
Dirinya pula akan terkena. Saat itu dirinya sudah inferior.

Superior-inferior ini wujud dalam alam maya dalam dirinya. Terperangkap, tak mampu tak lari ke mana.

Namun bagi mukmin ini berbeza.
Ilmu adalah tuntutan ugama,
Besar ilmu menjadikan lebih mengenal sang Pencipta.
Kecil ilmu menuntut dirinya lebih berusaha,
Sebagai satu ibadah mendekatkan diri kepadaNya.

Ya Allah, terimalah ibadah kami,
Berkatilah ilmu. Moga bermanfaat kepada seluruh alam.

[source: by fateh saleh from blog 'Nottingham Kini']

A new campaign by "Husband Obeience Club" - NUISANCE & TROUBLESOME people.

Husband Obedience Club Launches Campaign "Sex Personality of the Holy Prophet of Islam"

You have heard Husband Obedience Club?

If not, the authors want to little of their background.

The club has 1,000 members worldwide, including 800 people in this country (Malaysia).

It established the Global Ikhwan Sdn Bhd, which were linked with al-Arqam.

The first club was launched in Jordan. Now there is already a club in Malaysia and Indonesia.

Apparently the company was planning organizations to establish similar clubs in Europe including London and Rome in the future.

To your knowledge, time of incident, the club Posted at start creating controversy.

What least, earlier Vice President, Dr. Mohamed Rohaya wife reminds the husband to submit and serve as' first-class prostitutes.

He said that a wife must obey and serve her husband as 'a first-class prostitutes' to ensure their partner is not trapped in various unhealthy symptoms, including the search for outside entertainment, domestic violence and abandonment.

"Responsibility and wife not only for cooking, cleaning the house and be a mother but also involving the sexual aspect. Men married to women who are equal to or far better than prostitutes (in bed), then there would not cheat.

"Lust is much greater men than women and can not be ignored. From left them mired in sin, a wife should do whatever it takes to meet the desires of her husband.

"Therefore, our responsibility is to help his wife to be more faithful to the husband. A wife is to meet four conditions to enter heaven - obligatory prayers, fasting during Ramadan, to protect the dignity of himself and obey her husband, "she said.

Not enough controversy, they published a booklet about sex on "Sex Muslim, Jewish War Against Islamic Sex To Return To The World."

But the Ministry of Home Affairs (MOHA) to ban sex handbook.

Publication of the book is said to be the guide of the club and those who are married, among others, tells the story of husband-wife relationship in the spirit in which the husband can do together with his wife.

115 pages thick book is produced Hatijah Aam or her Jah, who is also the wife of the former leader of Al-Arqam, Asaari Muhammad also claimed that when the world thought Asaari or Abuya had died, his followers are now championing the rise of Islamic sex.

And most recently, Husband Obedience Club launched the "Holy Prophet of Islam Sex Personality" Prophet Muhammad's birthday celebration this year.

The 12-day campaign (starting today), is to celebrate the birth of Prophet Muhammad on February 5 next, or 12th Rabiul Awal Islamic calendar.

According to its president, Fauziah Ariffin, the campaign was held to invite Muslims, especially a married couple to adopt the life of the Prophet.

He said many "Muslims have been too far with the Prophet."

"Of course the models (the Prophet) as a guide and it includes aspects of family worship even including their sex life. Of course, any mention of the case of many who have forgotten the sacred sexual about it falling in the case of husband and wife, something we do day-to-day.

"In ordinary life it is not something that controversial, but we had too much to Allah, so we want to invite Muslims to support implementing true Islamic life in addition, if we see a lot of unhealthy phenomenon is happening now," he told reporters after launching the campaign " Person of the Holy Prophet of Islam Sex "Rainbow Trade Center, Damansara here.

Clearly Fauziah in The Malaysian Insider, where Muslims perform the Islamic principles of life with all the symptoms berlandasakan homosexuals can be avoided.

"If we look now openly married men and women married women," she said.

Earlier in his opening address, Fauziah said Islam permits sex done but it must be "pure sex" between husband and wife.

"Sex is allowed unlimited original, not like gay sex show and should not encroach norms, nor free sex in violation of the order of God.

"We feel a responsibility to encourage Muslims implement Islamic life, the husband is the leader and his wife are followers, but seems to have failed our people," he said.

Good. The author does not intend to give their own judgments on what the club is doing and what the club is doing.

The author believes that you as a reader would have its own views and opinions about it.

However, naming the Prophet as the leader of a fixed sex of the author of the act which can not be accepted!

Perhaps the club could see 'leadership qualities' in the question he just .... Or what?

[source: (mynewshub.my) By Syahril A. KADIR]

Wednesday, January 25, 2012

apa itu QARIN??

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.


SUMBER: http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/

Tuesday, January 17, 2012

Monday, January 16, 2012

Farewell party "Sha"

Semalam yg telah pergi

menghilang tanpa jejak

membwa sama cereka

duka dan ketawa...

[cerita hati - hafiz]

"A friend is someone who knows the song in your heart and can sing back to you when you have forgotten the words ~ Bernard Meltzer"

Saturday, December 31, 2011

Menjelang tahun baru..2012

setiap kali nk masuk tahun baru masihi, hot topic 'questions' ditnyakn pd semua org:

T1:  azam tahun ni dh trcapai?
[J: ada la jgk. cuma 1 je yg missed out, walau pahit ku telan jua]

T2:  apa azam baru kau tahun depan ~ 2012?
[J: tingkatkn produktiviti kerja & bersedia utk berubah, mencari bahagia utk diri sendiri & keluarga, smbung belajar,

T3:  siapa boifren/gurlfren ko? bila nak kahwin? bila nk tambah anak?
[J:  tk pasti, sbb belum memberi hati. Kahwin? inshaAllah dgn izinNYA, tahun ni jugak nk menikah! anak kembar cukupla, tkmo byk..hehe]

T4:  masih lg nk keje @ pindah lain tempat? agak-agak boleh dapat bonus gini banyak lg ke thn depan?
[J:  inshaA, kalau organisasi masih lg nk terima aku. Cemerlang diri & dpt mncapai target ~ barula dpt bonus.. usaha, tawakkal selalu]

T5: bila nk beli keta @ rumah baru?
[J: ada rezeki lebih, inshaAllah beli umah, keta]

T6:  bila nak pi umrah @ haji?
[J: umrah tahun depan, Haji pasti 1 hari nnti Allah pjgkn umur & rezeiki lebih, smpai jugak hajat ni]

T7:  bila lagi nak exrcise & kuruskan berat badan?
[J: Fitness First, Celebrity Fitness, Marie France bodyline & Slim World, u just choose & pay for it!]

that's all... ada tambahan? sila komen, thanks.

Kisah hati..

aku seorang perempuan yang punya hati gundah..
hatiku selalu merindui sesuatu, siapakah gerangannya?
adakah perlu jatuh hati lg setelah dikecewakan oleh insan bernama lelaki?
hati ini hanya milikNYA yang abadi.. [Allah sahaja yg tahu]
andai hati ini tidak boleh menerima, usah dipujuk.
rajuknya tidak panjang,
hatinya masih lagi ingin dimiliki & memiliki hati org lain suatu hari nanti.
tetapi biarlah hati ini tenang dahulu,
bernafas semula bila adanya sang arjuna yg benar-benar menawan hatiku.
hati ini tidak mati cuma..
selalu 'makan hati' dgn perangai lelaki.
dugaan Allah SWT utk menguji hati & keimananku,
sabarlah hati...
andai masih lagI diberi peluang hidup esok hari, akan ku beri hati ini kpd lelaki yg benar-benar ikhlas ingin memiliki.
kisah hati yg mengharap sesuatu yang tak pasti,
hanya mampu berdoa agar suatu hari nnti.. hati ini akan kembali bersemi,
bersama kuntuman bunga wangi berseri-seri, mekar harum subur di hati,
selamanya hingga akhir hayatku nanti..

[hasil nukilan sendiri]

10 perkara yg patut kita buat bila rasa KECEWA


1. Mendekatkan diri dengan Tuhan
Perkara ini tidak seharusnya dipraktikkan semasa anda bersedih sahaja. Sebaiknya sepanjang masa anda mengingati Tuhan agar hidup anda lebih tenang dan diberkati. Namun apabila berada di dalam kekecewaan, lipat gandakan lagi ibadah dan dan sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku. Percayalah bahawa pasti ada rahmat di sebalik segala dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2. Menangislah sepuas hati
Mungkin ada orang yang beranggapan menangis bukanlah jalan penyelesaian terbaik. Namun dengan menangis sekurang-kurangnya anda dapat meredakan segala tekanan yang ditanggung. Jangan pendam segala masalah yang dihadapi kerana ianya hanya akan menyesakkan lagi fikiran anda.  Malah ramai pakar psikologi percaya menangis adalah antara terapi terbaik untuk melegakan tekanan. Namun harus diingat, janganlah menangis secara keterlaluan hingga boleh memudaratkan diri. Apatah lagi jika anda seorang lelaki.


3. Mengadu pada temanRasa kecewa yang dialami adakalanya perlu dikongsi dengan orang lain. Namun anda harus bijak memilih teman kerana bukan semua teman mampu berkongsi kesedihan dengan anda. Pilih teman yang paling anda percayai dan minta sedikit nasihat daripadanya.  Seorang teman yang rapat sudah tentu mengenali anda secara peribadi dan mereka mampu untuk merasai segala kesedihan yang anda alami. Jadikan nasihat yang diberikan itu sebagai pemangkin untuk anda meneruskan kehidupan.


4. Menulis diari atau blog peribadiAda juga individu yang akan melepaskan tekanan atau rasa kecewa yang dialaminya di atas sekeping kertas. Jika cara itu sesuai dengan anda, teruskan sahaja kerana ianya cukup praktikal dan tidak menyakitkan sesiapa. Lagi elok jika anda menjadikan diari sebagai teman baik anda semasa berduka, Segala catatan yang dicoretkan adalah luahan hati anda sendiri.  Namun kini zaman semakin moden. Selain diari, blog peribadi juga sering menjadi pilihan sekiranya diri dilanda kekecewaan. Oleh itu jangan bersedih lagi kerana anda kini mempunyai ruang peribadi yang cukup besar untuk meluahkan rasa kecewa yang dialami.

5. Beri ruang pada diri sendiriSesetengah individu suka membuang rasa kecewa yang dialami dengan cara duduk bersendirian untuk tempoh jangka masa tertentu. Dalam tempoh tersebut anda boleh menilai semula apa yang berlaku dan mampu berfikir dengan lebih rasional. Percaya pada diri sendiri dan teruskan hidup seperti biasa.

6. Jauhkan diri dari tempat kenanganmuJika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara kalian. Jalan terbaik cuba hindari lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dan si dia.  Dengan cara ini ianya sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

7. Berfikiran positifApabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.  Oleh sebab itu, jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok, segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti si dia.


8. Bergembira bersama rakanJika sebelum ini anda selalu menghabiskan masa dengan kekasih hati hingga anda dikecewakan, apa kata kini anda cuba meluangkan masa dengan kawan-kawan anda pula. Tidak salah untuk bergembira dan bersosial bersama rakan-rakan asalkan anda tahu akan batas-batasnya. Mungkin dengan cara ini anda dapat melupakan atau mengurangkan rasa kecewa yang dialami. Melalui kajian yang pernah dilakukan, kaedah ini dikatakan sangat berkesan dan kebanyakan mereka yang pernah mengalami rasa kecewa yang melampau berjaya mengatasinya apabila terdapat komuniti sosial mendampingi mereka. Alangkah hebatnya pengaruh rakan-rakan di dalam kehidupan kita.


9. Buat penampilan baruBuang imej lama anda dan tampil dengan imej baru yang pastinya lebih segar dan menawan. Secara tidak langsung kekecewaan yang anda alami memberikan kebaikan kepada diri anda. Dengan penampilan baru yang lebih segar, pastinya peluang untuk anda mencari pengganti atau meningkatkan kerjaya anda terbuka luas.  Jadi jangan lepaskan peluang kerana dengan pekerjaan yang baik serta penampilan diri yang berkeyakinan anda pastinya mampu untuk mencari pengganti yang jauh lebih menarik daripada bekas kekasih anda.

10. Cari PenggantiJangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera!



[source: blogger]

Monday, December 19, 2011

Bertaubatlah.. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun

Kalimah yang kita baca tiap-tiap hari sebelum membaca atau memulakan sesuatu perbutan iaitu بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم yang bermaksud "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani" membawa pengertian yang mendalam. Diamana anatara kemurahan Allah swt terhadap hamba-hamba-Nya adalah menerima taubat bagi setiap hamba-Nya yang berdosa dan mahu kembali kepada-Nya, sebagaimana ditegaskan didalam firman-Nya :
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَArtinya : “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,” (QS. Asy Syuraa : 25)
Meski seorang hamba telah melakukan dosa terhadap-Nya dengan melanggar segala perintah-perintah-Nya atau melakukan larangan-larangan-Nya, melupakan-Nya dan mengabaikan rambu-rambu-Nya kemudian orang itu mau bertaubat atasnya maka sesungguhnya kegembiraan Allah dengan taubatnya melebihi kegembiraan salah seorang yang kehilangan untanya lalu menemukannya kembali.
Seperti mana yang telah diceitrkan oleh 'Ubaidullah bin Mu'adz Al 'Anbari telah menceritakan kepada kami bapakku telah menceritakan kepada kami Abu Yunus dari Simak dia berkata; An Nu'man bin Basyir berkhuthbah, maka dia berkata; Sesungguhnya kegembiraan Allah kerana taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang pada suatu ketika membawa bekalan dan minuman di atas unta lalu berjalan di padang pasir yang luas. kemudian dia beristirehat sejenak dan tidur di bawah pohon. Tiba-tiba untanya lepas, dia pun mencarinya di bukit, namun dia tidak melihat apa-apa, kemudian ia mencari lagi di bukit yang lain, namun juga tidak melihatnya, ia pun naik lagi di bukitan yang lain, tapi tetap tidak menemui untanya juga. Akhirnya dia kembali ke tempat istirahatnya. Tatkala dia sedang duduk, tiba-tiba untanya datang kepadanya seraya menyerahkan tali ikatannya ke tangannya. Kegembiraan Allah dengan taubat dari seorang hambanya melebihi kegembiraan orang ini ketika dia mendapatkan untanya kembali dalam keadaan seperti sedia kala.” (HR. Muslim)
Kerana itu dilarang bagi setiap muslim yang berdosa berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah tidak akan pernah bosan memberikan kempunan-Nya kepada setiap hamba-Nya yang mahu beristighfar, kembali kepada-Nya dan bertaubat atas segala dosanya dengan sebenar-benar taubat sekalipun dosanya termasuk dosa besar di sisi-Nya.
Bahkan ketika seorang hamba bertaubat dengan taubat nasuha maka tidak hanya kempunan saja yang didapatinya akan tetapi juga akan dimasukkan kedalam surga-Nya, sebagaimana disebutkan didalam firman-Nya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُArtinya : ”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang sebenar-benar taubat). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)
Tentunya taubat yang diinginkan Allah swt adalah taubat yang benar-benar tulus dari dalam hatinya yang diikuti dengan penyesalan yang mendalam akan dosanya itu serta bertekad untuk tidak mengulangi lagi.
Suatu ketika Umar bin al-Khottob pernah berkhutbah dengan membacakan firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًاArtinya : ”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya)." (QS. At Tahrim : 8) –lalu Umar mengatakan,”yaitu : orang yang melakukan dosa kemudian tidak mengulanginya lagi.”
Oleh itu, bertaubatlah dengan taubat nasuha yang telah diajarkan oleh Islam kepada kita iaitu dengan menyesali segal dosa-dosa lalu, bertekad tidak mengulangi dosa-dosa lalu dimasa akan datang dan tidak menceritakan keaiban tersebut(keaiban diri sendiri) kepada orang lain. Sesungguhnya Allah maha pengampun dan menggemari hamba-Nya yang bertaubat.


[source: kisahtazkirah.blogspot.com]

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisme

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.

a) Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.

b) Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.

c) Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.

d) Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.

Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.

Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

[source: iluvislam.com]

Sekilas Pelayaran..

Hadirnya insan bernama manusia dalam hidup silih berganti. Ada antaranya yang amat diperlukan, amat dihargai. Juga antaranya, tidak dijangkakan.
Apakah maksud kehadiran seorang lelaki dalam hidup seorang wanita? Begitu juga sebaliknya. Di saat tidak perlukan teman daripada kalangan bukan sejenis, telah didatangkan pada kita.
Ya, ujian barangkali. Namun, waktu itu, sukar untuk kita berpijak pada nyata. Lalu ternoda dek arus yang datang pada saat itu. Terlupa bahawa tidak semua yang Allah berikan itu adalah suatu takdir, boleh jadi ia didatangkan sebagai ujian semata.
Namun, kerana terlalu mda untuk memahami setiap pemberian daripada Allah itu berbeza maksudnya. Lalu terjerumuslah kita ke dalam lembah yang menggelapkan kesucian kita sebagai hamba-Nya. Hamba-Nya yang sebelum ini mendambakan kasih hanya pada-Nya. Hamba-Nya yang sebelum itu sangat menjaga kesucian diri dan maruah diri. Tetapi, tidak lagi selepas itu.
Kehadiran setiap individu dalam hidup ini perlu dinilai dari aspek yang berbeza. Ada yang baik untuk kita, dan mungkin juga sebaliknya. Kerana Allah itu sentiasa menduga keimanan hamba-hamba-Nya. Sejauh mana kita benar-benar berpegang pada prinsip ketaatan kita pada-Nya.
Nikmatnya sangat besar. Sama besar dengan ujian yang didatangi-Nya. Mungkin pemberian-Nya membuatkan kita gembira, bahagia, dan kita mula leka kembali dengan nikmat itu. Sedangkan ia mungkin hanya ujian kedua sama seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Juga, kebarangkalian itu merupakan suatu balasan pada titik-titik noda yang pernah kita hadapi sebelumnya. Konsep kehidupan. Tidak semudah itu kita bisa merungkaikan apakah maksud sebenar akan sesuatu pemberian daripada Allah.
Mungkin sesuatu yang kita suka itu tidak baik untuk kita. Ia mungkin dilihat dapat membahagiakan jiwa namun sebaliknya, berkemungkinan ia akan memakan sedikit demi sedikit keimanan kita. Pada yang lemah imannya, terus dibuai lena dek kemanisan itu. Tanpa sedikit pun memikirkan kepahitan yang bakal menjelma.
Benarlah;
"Kepahitan itu perit untuk diterjemahkan, namun sekurang-kurangnya kita akan menemui jalan kebaikan setelahnya. Namun, kemanisan itu sangat asyik di pelayaran, sedikit pun kita tidak terfikir ia bakal mengundang kehancuran setelahnya."
Justeru? Apa yang perlu kita lakukan? Semestinya kita perlu muhasabah diri, setiap yang berlaku itu perlu dirujuk semula kepada Allah. Bukan terus saja diambil mentah-mentah dalam hidup kita. Berhati-hati itu lebih baik dari terburu-buru. Namun kita hanya insan biasa. Kadang terlupakan-Nya. Begitulah bak bait-bait lagu Opick dalam ritma iramanya;
"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada-Mu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada-Mu."
Itulah yang perlu kita terapkan setiap kali kita terlupa akan-Nya. Dia sentiasa bersama kita. Dia lah yang menghidupkan pancaindera kita. Dia yang menguji kita. Dia juga yang membahagiakan kita. Dia yang membuat kita senyum. Dia yang membuat kita menangis.
Itulah tanda kebesaran-Nya. Bisakah kita bahagia tanpa rahmat daripada-Nya? Apa jua bentuk kebahagiaan yang kita peroleh, samada dari material atau rohaniah, semuanya datang daripada-Nya.
Bermuhasabahlah yang akan membawa kita lebih dekat dengan-Nya. Bisakah kita senyum tanpa kebenaran daripada-Nya? Dia sangat kasih pada kita. Cuma kita yang merasa jauh daripada-Nya dan tidak yakin akan kasih sayang-Nya.
Mohon lah disayangi-Nya. Mohonlah dicintai-Nya. Itu sudah cukup untuk membuat kita bahagia. Hati yang terikat pada manusia, tidak akan kekal lama. Malah, lebih banyak keperitan yang dihadapi.
Sedangkan, apabila terikatnya hati kita kepada-Nya, betapa tenangnya jiwa. Betapa indah segala musibah yang menimpa setelah kita diterangi mata hati dengan hikmah-Nya. Musibah itu diberi-Nya dengan pelbagai cara dan rupa. Namun, semuanya adalah untuk kebaikan kita.
Musibahlah yang akan memberi pengajaran dalam hidup kita. Dengan musibah kita akan mula mengenal kehidupan dunia. Setiap dari kita akan ditimpa musibah. Mungkin berlainan rupa namun pengajarannya tetap sama. Agar kita lebih matang, lebih mengenali pencipta kita. Indah bukan? Keindahan hati, ketenangan hati, keikhlasan hati, itu yang perlu dicari.
InsyaAllah.. jika niat kita suci, ikhlas semata-mata kerana-Nya, Dia akan permudahkan jalan hidup kita. Dia akan tunjukkan jalan untuk kita. Kita hanya perlu meminta dan berusaha untuk mendapatkannya. Jalan yang diredhai-Nya. Jalan yang akan membuat kita bahagia.
"Ya Allah, sungguh dengan mengingati kebesaran-Mu, hati ini lebih tenang, terima kasih Allah. Sayangilah aku, cintailah aku, seperti mana Kau menyayangi umat-umat Mu yang terdahulu sebelumku.. amin.."
source -
Artikel iLuvislam.com