Friday, May 11, 2012

Sunday, May 06, 2012

Kelebihan Bekerja Ikhlas

alt
Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

Kelebihan bekerja dengan ikhlas.
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan Pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".
Sumber - Artikel iluvislam.com

10 Tip Motivasi Diet

Tidak dinafikan menjalani satu-satu program diet (tidak kiralah untuk menaikkan berat badan atau menurunkan berat badan) pastinya akan mendatangkan tekanan kepada mental untuk jangka masa panjang.
Tekanan ini pula, apabila tidak dibendung akan menganggu fokus anda sekaligus akan merosakkan diet itu sendiri. Pada ketika ini, apa yang anda perlukan anda motivasi supaya terus berusaha sehingga matlamat program tercapai. Motivasi? Motivasi yang macam mana tu?
  1. ‘Kata-kata perangsang’ dari teman dan keluarga
    Kata-kata perangsang bukan sahaja bermaksud ‘selamat berjaya’, ‘anda boleh’, atau ‘tiada perkara yang mustahil’, tetapi ia termasuklah juga ayat-ayat yang menggunakan kata-kata perli seperti ‘bila kau nak kurus wahai si gemuk’, ‘boroi’, ‘tulang bergerak’ atau ‘cicak kobeng’. Kata-kata perangsang juga boleh jadi hadir daripada doktor yang merawat atau memantau pencapaian kesihatan anda.
  2. Pelaburan untuk kesihatan (gym)
    Adakalanya wang itu amat berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.
  3. Secret admirer
    Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
  4. Baju-baju idaman
    Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
  5. Model-model
    Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
  6. Kawan baru
    Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
  7. Pencapaian anda sendiri
    Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
  8. Bayangan masa hadapan
    Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
  9. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
    Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
  10. Berasa semakin sihat
    Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.
Sumber - Artikel iluvislam.com

Peminangan (Khitbah) Sebelum Pelaksanaan Pernikahan

Definisi Peminangan.Beberapa ahli Fiqih berbeza pendapat dalam mendefinisikan peminangan. Di antaranya adalah sebagai berikut:
Sayyid Sabiq dengan ringkas mendefinisikan pinangan (khitbah) sebagai permintaan untuk mengadakan pernikahan oleh dua orang dengan perantaraan yang jelas. Pinangan ini merupakan syariat Allah SWT yang harus dilakukan sebelum mengadakan pernikahan agar kedua calon pengantin saling mengetahui.Wahbah Zuhaili pula mengatakan bahawa pinangan (khitbah­) adalah pernyataan seorang lelaki kepada seorang perempuan bahawasanya ia ingin menikahinya, baik langsung kepada perempuan tersebut maupun kepada walinya. Penyampaian maksud ini boleh secara langsung ataupun dengan perwakilan wali.
Adapun Amir Syarifuddin mendefinisikan pinangan sebagai penyampaian kehendak untuk melangsungkan ikatan perkahwinan. Peminangan disyariatkan dalam suatu perkahwinan yang waktu pelaksanaannya diadakan dalam tempoh sebelum berlangsungnya akad nikah.
Al-Hamdani berpendapat bahwa pinangan ertinya permintaan seseorang lelaki kepada anak perempuan orang lain atau seseorang perempuan yang ada di bawah perwalian seseorang untuk dikahwini, sebagai pendahuluan nikah.
Dari beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pinangan (khitbah) adalah proses penyataan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap mengikat apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.
Pinangan yang lebih barakah kepada seorang gadis dan lebih kuat ikatannya ialah sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali. Praktikalnya, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali.
Apabila Rasulullah SAW ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah menyatakan hasratnya itu kepada bapa Aisyah, Abu Bakar al-Siddiq. Keelokan peribadi dan besarnya potensi Aisyah diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khaulah binti Hakim, bukannya melalui berkawan-kawan dengan Aisyah r.ha sendiri.
Manakala peminangan terhadap janda, Rasulullah SAW banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun, baginda pernah juga menunjukkan contoh pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan baginda terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib.
Dasar dan Hukum Pinangan
Dari Mughirah r.a., sesungguhnya ia pernah meminang seseorang perempuan, lalu Nabi SAW bersabda kepadanya, "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kekekalan cinta antara keduanya." (Riwayat Nasa'i dan Tirmizi).
Bolehkah Wali Memaksa?
Wali boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Syua'ib yang berkenankan Nabi Musa sebagai calon menantu.
Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang tidak disukai, samada puterinya itu gadis atau janda.
Pernah terjadi suatu kisah, seorang ayah mengahwinkan anak gadisnya tanpa diminta persetujuan. Gadis itu kemudian datang mengadukan perkara itu kepada Rasulullah SAW. Atas pengaduannya itu, baginda kemudian menceraikannya daripada suaminya. (HR Jabir).

Imam Ahmad telah meriwayatkan pada hadis yang ke 136/6, Al-Nasa'ie: 3269 dan Ibn Majah: 1874,:-
Daripada Abdullah ibn Buraidah daripada Aisyah: Seorang pemudi pergi menemui Aisyah. Beliau berkata kepadanya:
"
Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedang aku tidak menyukainya." Maka Saidatina Aisyah berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah datang." Setelah Rasulullah SAW datang, Aisyah memberitahu kepada baginda lalu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada bapa pemudi itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak keputusan kepada pemudi itu. Pemudi itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah redha dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui: Adakah bagi wanita ada hak untuk membuat ketetapan?." Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukanlah bapa yang berhak untuk membuat ketetapan."

Sumber - Artikel iluvislam.com

Saturday, May 05, 2012

Tournment Bowling Office

Tiap2 bulan opis me mmg tk missed buat bowling tournment anjuran KESUKEB. Last month paling meriah rasanya sebab byk penyertaan dari staf dan keluarga masing2. I was exausted, penat tk hilang lagi 2 mlm berturut2 layang kwn2 KL & Penang yg mai induksi, saja bwk jalan2 pusing Jb -- jalan2 cari pasal (mkn seefood @ senibong, Pasar Karat, Danga Bay, Stulang). Letih but still datang beri support & jmpa kengkawan. Nway, thx guys for coming. Next mth bikin riuh lagi k.
These r few pic's taken:


Didik Keluarga dengan Istiqamah

Umumnya, maksud istiqamah ialah berdiri teguh atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan dan tidak akan berganjak sedikit pun walau pelbagai rintangan mendatang. Secara ringkasnya, cita-cita atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik akan sentiasa berhadapan dengan cabaran. Tetapi, jika anda kuat dan punyai prinsip atau pegangan hidup yang mantap, pasti anda akan berjihad, berjuang bermati-matian untuk merealisasikan cita-cita. Pendirian teguh inilah istiqamah.

Untuk lebih jelas, kaitan hal ini dalam kehidupan kita. Contohnya, azam untuk mengajak anak-anak bersembahyang subuh berjemaah di masjid setiap hari. Azam tersebut adalah cita-cita murni yang memang patut dilaksanakan untuk meraih keredaan Allah SWT dan keberkatan dalam hidup. Jika di rumah sendiri tentu tidak ada masalah. Tetapi, jika kita pulang ke kampung, pergi melancong atau keluar daerah atas urusan kerja, bagaimanakah untuk mengekalkannya? Bagaimanakah untuk istiqamah? Ketika inilah munculnya cabaran. Cabaran untuk tetap solat subuh berjemaah di masjid meskipun di mana pun berada. Sebenarnya cabaran atau rintangan seperti itu bukanlah satu masalah yang besar lebih-lebih lagi apabila jiwa anda sudah dipenuhi iman. Agar dapat terus mengamalkan solat subuh berjemaah di masjid walaupun berada di luar daerah, carilah tempat penginapan yang hampir dengan masjid. Jika ini menjadi amalan anda dan dalam masa turut mengajak anak bersama melaksanakannya, tentu amalan baik ini mampu diteruskan hingga ke anak cucu. Insya-Allah.

Begitu juga istiqamah dengan Al-Quran. Sekiranya anda sudah berazam mahu membaca Al-Quran setiap hari, anda perlu teruskan tidak kira di mana pun berada. Dicadangkan agar anda menetapkan masa yang sama untuk membacanya setiap hari. Misalnya, ketika selesai solat Maghrib sementara menunggu solat Isyak. Masa itu, ajak anak bersama-sama membaca Al Quran. Walaupun ada ketikanya, anda tidak dapat membaca banyak atas kekangan tertentu seperti ada tetamu, tidak mengapa. Yang pentingnya Al Quran tetap dibaca setiap hari.

Kita pun perlu istiqamah dalam mendidik anak-anak tentang Islam. Didik dan amalkan cara hidup Islam seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW. Ajak diri sendiri dan anak-anak beribadat, menjalani kehidupan seharian dan berdakwah cara Rasulullah SAW. Beritahu anak tentang kelebihan-kelebihan melakukannya. Misalnya, kelebihan solat di awal waktu, kelebihan solat berjemaah, kelebihan membaca Al-Quran dan kelebihan berdoa sebelum melakukan sebarang aktiviti. Walaupun mereka seolah-olah tidak ambil peduli dan tidak faham tentang apa yang anda cakapkan, jangan berputus asa.

Seelok-eloknya gunakan bahasa dan contoh yang mudah agar anak memahaminya. Meskipun banyak yang menghalang proses pembelajaran daripada berjalan lancar, teruskan mendidiknya tanpa jemu. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebung.

Pada dasarnya, amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya untuk beberapa ketika. Ketahuilah bahawa istiqamah dalam menunaikan tuntutan iman adalah suatu jihad.

5 Elemen Utama Istiqamah :
1. Berpegang kepada akidah yang benar.
2. Melaksanakan tuntutan syariat berpandukan Al-Quran dan Hadis.
3. Mempunyai prinsip hidup dan keyakinan diri yang mantap.
4. Tidak terpengaruh dengan godaan dan hasutan syaitan.
5. Tidak tunduk pada tekanan demi kebenaran.

Cara Untuk Meraih Istiqamah :
º Kesedaran dan kefahaman yang benar
º Untuk mencapai darjat istiqamah yang maksimum, pemahaman terhadap ajaran Islam secara sempurna sangat-sangat diperlukan.
º Muslim yang memahami ajaran agamanya dengan baik tidak akan bimbang menjalani kehidupan dunia dan akan tetap istiqamah menghadapi godaan walau sedahsyat mana sekali pun.
º Memahami dan mengamalkan dua kalimah syahadah dengan baik dan benar.
º Mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merasakan pengawasan-Nya setiap masa.
º Bersungguh-sungguh dalam beribadah dan melaksanakan seluruh nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
º Bergaul dengan orang yang istiqamah.
º Ini sangat membantu seseorang untuk sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Teman-teman yang soleh akan sentiasa mengingatkan kita untuk berbuat baik serta mengingatkan kita dari kekeliruan. Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa perkara yang sangat membantu meneguhkan keimanan para sahabat.
º Mu’qabah atau menghukum diri sendiri atas kecuaian yang dilakukannya.
º Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah dan mengambil teladan daripadanya.
º Berdoa kepada Allah SWT agar kita mampu beristiqamah. Doa adalah senjata umat Islam.
(source: majalah pa&ma)

Monday, April 23, 2012

Lirik di petang hari..

tiada apa yang engkau pinta, sekadar kesetiaan
selagi rindumu masih di hati, cintaku terus bersemi..
rindu memaksaku menyayangimu
tak daya ku menahan
segala perasaan aku
yang makin gelora
setelah engkau menyedari
sambutlah cintaku....
sepi mengajar aku, tentang perlunya cinta
walau pedih, walau perit..terpaksa aku menghadapi..
[song by Francisca Peter]

Engkaulah yang ku puja-puja
jadi impian di waktu malam
aku duduk termenung kesepian
terkenang dara pujaan..
tidak kah kau kasihan
ku menanti kepadamu selalu
biar ku rasa bosan, hatiku tetap padamu
beginilah hidup di dalam dunia
selalu sama saling bercinta
mari lah dinda pujaan kesuma, mengikat janji asmara..
[song: Dara Pujaan]

i became...


Cinta Bersatu

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

[song: Liyana Jasmay ~ LJ]

Landasan Emas ke Syurga

Setiap daripada kita lahir dengan seorang ibu dan seorang bapa. Ia satu nikmat pemberian Allah yang tiada nilainya di dunia ini. Carilah sampai ke hujung dunia. Kita hanya punya seorang ibu dan seorang bapa. Itulah landasan emas kita ke syurga yang didambakan setiap insan.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.
 "Apabila seseorang telah meninggal dunia putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya. (Hadis sahih riwayat Muslim)
Kewajipan mentaati ibu bapa ini sudah dijelaskan dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang maksudnya: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."
Riwayat al-Hakim menjelaskan tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia. Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak wajib berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak.
Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji. Sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.
Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.
Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Ada sebuah kisah yang menyentuh hati mengenai anak yang taat kepada kedua orang tuanya. Pada zaman Nabi Musa a.s terdapat seorang pemuda yang memuliakan ibu bapanya. Lalu Nabi Musa a.s pergi ke rumah pemuda itu untuk melihat apakah amalan yang dilakukannya itu. Setelah memberi salam pemuda itu menjemput Nabi Musa a.s masuk ke dalam rumahnya. Baginda kemudian duduk di ruang tamu rumah pemuda tersebut.
Namun pemuda itu tidak melayan Nabi Musa a.s. Nabi Musa hairan dengan tingkah laku pemuda itu. Pemuda itu terus masuk ke dalam bilik. Kemudian beliau keluar dan membawa seekor khinzir betina keluar dari bilik itu. Dia mendukungnya dengan cermat, kemudian memandikannya. Nabi Musa sekali lagi kehairanan dan berbisik di dalam hati baginda "apakah ertinya semua ini?"
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu khinzir itu dilap hingga kering serta dipeluk dan dicium kemudian dihantar semula ke dalam bilik tadi. Selepas itu pemuda itu keluar semula dengan seekor khinzir jantan pula dan lebih besar sedikit daripada yang tadi. Dia kemudian melakukan hal yang sama seperti khinzir yang sebelumnya juga.
Selepas semua kerja selesai barulah dia melayan Nabi Musa a.s. Lalu Nabi Musa a.s bertanya kepada pemuda itu tadi "Apakah agama tuan?" "Islam agamaku"jawab pemuda itu ringkas. "Habis kenapa kamu membela khinzir?" tanya Nabi Musa a.s lagi.
Wahai tuan hamba kedua-dua khinzir yang aku dukung, dan aku mandikan itu tadi adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mnereka banyak melakukan dosa besar, Allah menukarkan rupa mereka kepada rupa khinzir yang hodoh. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya sama Allah. Aku sebagai anak tetap melaksanakan tanggungjawabku kepada mereka berdua. Hari-hari aku berbakti kepada kedua orang tuaku itu sepertimana yang tuan hamba lihat tadi".
"setiap hari aku berdoa semoga Allah berikan rupa ayah dan ibu muka rupa mereka yang asal, tetapi Allah belum lagi mengkabulkannya," tambahnya lagi.
Maka ketika itu juga Allah berfirman dan menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s "Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti hasil  baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Walaupun Ibu bapanya buruk dan hodoh dengan rupa khinzir, dia tetap juga berbakti. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami".
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga".
Sayangi dan hargailah ibu bapa kita sementara kita masih bernyawa. Ibu bapa yang masih punya nafas selayaknya mendapat kasih sayang kita sepenuhnya walau di mana kita berada. Walau siapa juga kita. Seandainya ibu bapa kita sudah pergi meninggalkan kita, itu maknanya tangungjawab kita sebagai anak baru sahaja bermula.

source- Artikel iluvislam.com

Mencintai cara "High Class"


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Err, apa itu cinta high class?
Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.
"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).
Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.
Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.
Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.
 Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class.  Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah.  Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.
Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.
Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.
Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.
Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?
Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.
'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

[Source-iluvislam.com; Ditulis oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. Beliau merupakan penulis novel tauhid.]

Cerpen: Rahsia Jodoh Saya

Melihat kebahagiaan manusia lain dengan apa adanya pada diri kita itu adalah sangat bahagia. Namun pada ketika melihat kebahagiaan orang lain dengan diam-diam melihat segala kekurangan diri sendiri, itu adalah muara segala kepedihan.
Di muara itu, pedih itu akan mengalir perlahan-lahan, lesu tapi pasti ke hulu hati. Dan inilah kisahnya, kisah bagaimana saya akhirnya menegadahkan wajah pada yang namanya bahagia yang pedih.
Tahun akhir.
Tahun terakhir di universiti menjadikan saya perempuan yang kurang terkendali. Tugasan akhir perlu dihantar, harapan ibu bapa juga perlu dijunjung, namun paling membuat saya terjerembap pada namanya pedih, adalah kata-kata mitos yang entah siapa menciptanya.
Kata mereka, "Sekiranya kamu sudah berada pada tahun akhir, tetapi kamu belum punya buah hati, kamu akan sulit mencari jodoh."
Saya tahu itu mitos, namun tetap sahaja ia mengganggu hati pada ketika mata mahu pejam. Ia seperti nyamuk yang lapar dan menyangka telinga kita adalah tempat meluahkan rasa laparnya.
Saya cuba sabarkan diri, cuba penuhkan waktu dengan segala jenis kesibukan yang saya tahu, namun tetap sahaja kata-kata mitos itu berdatangan masuk ke dalam hati. Jelas, hati saya masih ada celah-celah yang tidak saya ikat rapat-rapat, walaupun sudah segenap usaha saya mencuba.
Bertanya juga saya dalam hati, "Mengapa tidak ada yang mengutuskan surat cinta?"
Untuk pertanyaan itu sering saya jawab dengan penuh rasa rendah diri, "Saya bukan perempuan yang cantik."
Yang bertambah merisaukan saya adalah pada hari itu, pada ketika saya mahu menyedapkan hati, mahu berkata cinta sebelum nikah itu haram lalu saya bertanya kepada teman sebilik saya yang tinggi ilmunya.
"Kamu tidak fikir cinta sebelum nikah itu haram?"
Dalam tersenyum dia menjawab, "Bercinta tidak haram, yang haram adalah zina. Jadi sekiranya cinta kamu itu mendekatkan kamu kepada zina, kamu boleh fikirkan sendiri hukumnya, dan kamu sendiri tahu menyusun keutamaannya. Jangan salahkan cinta tetapi salahkan diri kamu sendiri. Nabi Muhammad saw sendiri tidak membantah orang bercinta tetapi cinta itu perlu berakhir dengan perkahwinan kerana hanya itu ubatnya cinta.
Seperti kisah seorang gadis yatim yang dipinang oleh dua lelaki. Seorang miskin dan seorang kaya. Gadis tadi memilih lelaki miskin tadi atas dasar cinta sedangkan penjaganya memilih lelaki kaya tadi. Apabila perkara itu diajukan kepada Rasulullah, beliau bersabda, 'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah". Ini hadis sahih riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah."
Itu jawapan yang saya pegang bersama dengan runsing pada mitos yang saya tidak tahu di mana benarnya. Mujur juga, teman sebilik saya yang cantik, alim dan bijak itu tidak ada teman lelaki. Keadaan itu melegakan hati saya kerana saya tahu, saya tidak sendiri.
Yang paling melegakan saya adalah bicaranya. Katanya, "Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik. Perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjuknya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu."
Lalu berdoa sahajalah yang dapat saya lakukan, dan akhirnya, seperti doa dalam diam saya dijawab Tuhan, dan pada hari itu saya menemukan lelaki ini, lelaki yang membuatkan mitos itu kabur daripada hati saya.
Lelaki.
Dia rakan sekuliah, dan dia seorang yang sangat tekun belajar dan dia cuma kalah tekunnya kepada rakan karibnya sendiri. Markah peperiksaan dia tidak pernah gagal mendapat B ke atas. Pada wajah dia, semua sepakat mengakui, jelas sinar kejayaan di situ. Saya juga melihat perkara itu dan saya akui dalam tidak sedar, hati saya mula terpaut kepada dia.
Namun, perempuan tetaplah perempuan. Malu itu adalah perkara nombor satu. Malahan dengan kacak wajah lelaki itu, saya sangat yakin, setidak-tidaknya dia sudah punya kekasih yang akan diajaknya bernikah usai menerima ijazah.
Itu yang saya yakin sehinggalah pada hari itu, selepas peperiksaan terakhir, pada ketika di luar dewan peperiksaan masih riuh dengan gelak tawa, dia datang kepada saya.
"Saya tidak pandai berkata-kata dan saya masih malu," ucap dia yang pertama, membuat saya terhairan-hairan.
"Jadi?"
"Begini, biar saya berterus-terang." Lelaki itu menggaru-garu dahinya yang saya tahu tidak gatal, tetapi gaya itu membuatkan saya semakin tertanya-tanya.
"Begini...." Pada ayat itu juga dia berhenti dan kembali tunduk.
Saya hanya melihat jam, dan apabila melihat saya begitu, wajahnya terlihat risau.
"Begini...."
"Apa yang begini?" soal saya segera.
"Begini, saya bertanya kepada ibu saya, bagaimana saya mahu mencari perempuan yang baik untuk saya nikahi. Ibu saya menjawab, saya tidak perlu risaukan berkenaan perkara itu. Perkara yang perlu saya risaukan adalah diri saya sendiri. Saya perlu menjadi lelaki yang baik dan pada ketika itu persoalan 'bagaimana mencari perempuan baik' akan selesai dengan sendirinya," jelas dia panjang.
"Jadi?" soal saya lagi dengan hati yang sudah berdegup kencang.
"Jadi, saya fikir, dalam empat tahun di sini saya sudah berusaha sebaik mungkin menjadi lelaki terbaik, dan saya fikir, lelaki yang baik bukan lelaki yang sekadar menanti jodohnya, tetapi adalah lelaki yang juga mencari, dan itulah yang saya mahu beritahu," jawab dia dengan tergagap-gagap.
Mendengarkan itu pipi saya menjadi merah. Apa maksud dia? Mengapa tiba-tiba dia berkata begitu kepada saya? Takkan dia.... Tiba-tiba saya berasa saya menjadi perempuan yang sangat bertuah.
"Jadi, saya minta tolong awak, tolong hantarkan surat ini kepada rakan sebilik awak," kata dia lalu menghulurkan surat bersampul biru muda kepada saya, dan terus rasa bertuah saya hilang entah ke mana, dan terus sahaja merah pipi saya bertambah hangat.
"Sebelum awak salah anggap, ia bukan surat cinta, tetapi ia adalah surat izin mahu berjumpa ayahnya. Jadi saya harap awak tidak anggap saya ini lelaki yang sekadar bermulut manis," jelas dia dengan bersungguh-sungguh.
Saya tahu, pedih saya sudah bermula. Teman yang membuatkan saya selesa itu juga sudah menerima surat cinta, dan saya? Tetapi saya tetap bahagia kerana teman baik saya itu mendapatkan lelaki yang mendengar kata-kata ibunya, lelaki yang cerah masa hadapannya. Saya bahagia tetapi tetap sahaja ia bahagia yang pedih.
Lalu pada ketika saya memberikan surat sampul biru muda kepada teman sebilik saya, dia berkata, "Sebenarnya, kamu juga mendapat surat yang sama daripada rakan karib lelaki itu. Kamu sangat bertuah." Lantas dia menghulurkan satu sampul surat putih kepada saya.
Pada sampul surat putih di tangan saya itu, saya tahu seperkara, apapun isinya, ia adalah petunjuk kepada rahsia jodoh saya.


[source: iluvislam. Penulis Cerpen: Bahrudin Bekri]

Tips: Gembira Sepanjang Masa

Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.
 
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi.  Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.



5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang.  Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.


[source- Artikel iluvislam.com

10 Tips Mudah Berdiet




Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.

Selamat mencuba! ;)

[Source: artikel iluvislam.com; penulis Kevin Zahri]

Anugerah Ilahi..

Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini.  Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih   ,sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemulian dan darjat yang tinggi di sisi Allah  hanya kerana kesetiaan kepada perintah sang pencipta. Siapakah Muslimah dimaksudkan?  Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan " wanita"  mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi  mengatasi  lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.
Dalam Al-Quran Allah mengangkat darjah wanita dengan  berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan  kesamaan  hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita.  Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya  lebih gemar  membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi  harga diri yang susut nilainya.  Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani  segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak.  Mereka itulah muslimah.
  
Mahalkan harga dirimu
Arus permodenan yang semakin menghambat manusia kepada keduniaan, adalah pemusnah utama wanita . Lihat sahaja pada hari ini bertapa kemodenan yang kononnya menggambarkan kemajuan sebuah bangsa umpama pedang yang sentiasa menunggu mangsanya. Islam tidak pernah menolak kemodenan malah menyeru umatnya untuk sentiasa kehadapan dalam pelbagai perkara ,malangnya faktor ini tidak difahami secara mendalam oleh kebanyakkan kita.
Wanita abad ini seakan semakin hilang sifat malu seolah-olah menolak fitrah . Aurat mereka sengaja didedahkan untuk menjadi bahan bakar diakhirat kelak. Pergaulan mereka tidak lagi dipagari oleh batas-batas agama, apatah lagi mahu menjaga maruah diri, Semunya dianggap sebagai "kebebasan" , soal agama  pula  hanya dijadikan alasan sebagai kolot dan pembeban hidup.
Mencabar hukum yang telah ditetapkan Agama umpama sengaja menempah derita. Ungkapan sebegitu mungkin tidak keterlaluan untuk ditujukan kepada golongan wanita yang semakin ego mencabar Allah. Buktinya , kaum hawa semakin ligat  "memperjudikan" larangan-larangan agama tanpa segan silu mengulanginya.
Melahirkan anak luar nikah angkara sumbang mahram sudah menjadi kebiasaan , ia bukan perkara yang memeranjatkan . Menonjolkan "kecantikan" sehingga membelakangi batas syariat pula perkara biasa, maka tidak perlu hairan jika mendapat tahu wanita kian lebih kehadapan dalam serba serbi serbi tingkah laku, semuanya sudah  menjadi gaya hidup yang tidak mampu dipisahkan.
Platform terbaik untuk wanita islam menunjukkan taring mereka dapat di lihat di Institusi Pengajian tinggi . Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan wanita pada hari ini. Jika diteliti, sosial kaum wanita di universiti perlu dirawat segera. Saban hari, kegilaan mereka untuk menagih perhatian semakin melarat. Jika dahulu asalnya bertudung labuh kini telah disingkatkan, dari seorang yang biasa kini sudah memakai wangi-wangian, pergaulan tidak lagi dikawal,  malah berpeleseran berlainan jantina sudah dijadikan rutin harian.
Paling menyedihkan, kaum hawa terus membiarkan "imej" sebagai umat islam dicalari dengan ikutan budaya luar. Tidak ramai yang memelihara keistimewaan yang dikurniakan Allah  kepada mereka. Tatkala agama islam  sangat mengharapkan pemuda dan pemudinya menyuburkan kembali  hidup yang penuh dengan kelazatan bersyariat, umatnya pula seakan-akan sengaja mengabaikannya. Kesimpulannya , dimanakah tanggungjawab kita?

Cabaran  sebagai Muslimah
Menyusuri kehidupan sebagai seorang muslimah bukanlah indah seperti yang dijangka .Cabaran yang mereka lalui begitu getir, tidak mampu untuk ditafsirkan dengan kewarasan akal.  Namun di sebalik cabaran itu terselit 1001 keredhaan dan Rahmat dari-Nya. Mereka juga asalnya hanya wanita biasa di dunia ini, tetapi mengapa  coretan kisah mereka  sehingga terpahat dalam  al- quran? Mari kita selongkari perjalanan wanita-wanita pilihan Allah .
Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa.
Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk  dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah.  Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya .
Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa,
"Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"?
Debaran semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui perantaraan malaikat-Nya,
"ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."
Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai  wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya  jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara.

Tewas sekali lagi
Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah musuh-musuh islam yang setia menanti kekalahan umat islam.  Kemenangan sudah pasti berpihak kepada mereka tatkala melihat wanita islam terikut-ikut dengan gaya hidup yang dianjurkan mereka . Status sebagai umat islam tidak lagi menggentarkan mereka , ia bukan lagi ancaman yang menggerunkan, sebaliknya musuh-musuh islam hanya tertawa melihat kepada "kebodohan" umat islam yang begitu mudah dipengaruhi. Sejarah tumbangnya kegemilangan islam pada zaman Turki Uthmaniah pada suatu ketika dahulu belum menyedarkan kita. Sejarah yang begitu perit untuk ditelan seakan mahu berulang lagi. Kali ini kita kecundang tanpa pertempuran, tetapi kecundang kerana tidak ada pendiriaan. Kita seolah-olah masyarakat yang begitu mudah untuk diperkotak-katik dan terus diperalatkan . Ironinya, jalan penyelesaian kemudharatan ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang sanggup mengharungi  liku-liku hidup sebagai seorang muslimah.

Source- Artikel iluvislam.com

Perkahwinan: Kehidupan Bahagia...


Pernahkah anda mendengar soalan ini... Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?
Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut:
"Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat".
Sedangkan kita boleh sahaja terus menyebut ayat ini sambil berdoa:
"Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak".

Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.  Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda: "Tiada si bujang di dalam syurga" – (HR Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.  Rasullullah SAW bersabda:"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir."

[source- Artikel iluvislam.com]

Monday, April 09, 2012

Stop...


Quote of a day

ABPBH 2011

the glamorous nite just ends... tapi satu malaysia dok kepoh lagi pasal ni (1 dunia kot?).
persembahan? sangat tidak mengecewakan. rata-rata puji ziana & Lan Typewriter and last performances by rockers Msia -- gerek habis!
tahniah kepada pemenang-pemenang, korang artis kena ingat. Tanpa peminat, korang tk wujud kt dunia seni ni. Tk dapat la hadiah beribu-ribu ringgit tu. Kepada yg tiap-tiap tahun menang, kasi chance la orang lain dik oi... (naik menyampah tgk muka ko je naik pentas, tk malu ke? mentang2 la ada kelab peminat, ko saja la kumpul award smpai jubli ...emas? so..boring meh..). Watever it is, byk kisah malam tu. Janet told me kt fb, kak didie terjatuh dgn baju ala-ala khemah, tapi dgn muka slumber je wpun satu dewan Arena of Stars gelakkan dia. Tabik la kak didie, tak kira apa org nk kata, yg penting ada klas!! korang ada mcm dia??? takde kan...so diam2 sudah.

Pemenang trophi utama -- En Harris (Ombak Rindu) or Mr AA -- Aaron Aziz. Sronok dgr ucapan dia "peminat 1 Malaysia..saya sebahagian dari kamu semua". lebih kurang mcm gitu la. Very da humble and sedar diri, kalau kat Singapore...? jgn harap la nk pegang award sana sini, berlakon filem kelas atasan. Duduk la jadi drama queen smpai bila-bila. Tahniah utk Aaron, tak sabar nk tunggu KL Gangster 2 (dia ada lagi ke??). These are pictures yg aku jumpa kat google tadi, sangat beza kan??? Happy moments of best couples...

Sadness @ Forgiveness?

Its been a year, tarikh 10 April ni akan aku ingat sampai bila-bila.
Pada hari ini jugak (bangun pagi nk pi keje) aku terima sms "..abg terpaksa memutuskan pertunangan kita". ba bo ke ba bom!!! seperti bom meletup atas kepala aku. apa yg terjadi sebelum itu?? nothin...takde gaduh, tkde apa pun. everythings going smoothly sptmana yg dirancang. Sebulan sebelum majlis pernikahan & resepsi, hati berbunga2 (wpun pada ketika itu ada rasa sedikit curiga). Ku sangka kan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di subuh hari. berderai air mataku, menadah tangan "syukur ya Allah, kau berikan aku petunjuk yg sebenar-benarnya". Mencari dia kat KL selama 4 hari, tak juga bersua muka (wpun aku berpanas kat parking, duduk dlm keta dpn opis dia). Ini lah rahmat Allah SWT, mungkin dia taknak aku bertemu muka f2f (Face to face :d) sebab aku akan lebih sedih hati @ sakit hati mungkin? tetapi Allah SWT jumpakan aku dengan 'isterinya' yg baru dirujuk kembali. Aku menerimanya dgn tabah & redha, semoga perkahwinan ini akan berkekalan smpai bila-bila dan... JANGAN CARI AKU LAGI!! (mampos tak layan!). sounds crazy & boring, but dats me. kalau dah ludah, jgn harap nk jilat balik. sekali aku melangkah, mmg terus ke depan. Jangan pandang belakang (nnti jumpa antoo! huhu). Aku tk menyalahkan sesiapa pun (dia @ isterinya) dalam hal ni kecuali mak mentua ku yg tk jadi itu. yea la.. aku ni sedar diri, isterinya itu pangkat besar kt Bank, aku???? kuli batak je. Tapi Allah lebih mengetahui jodohku, mungkin kami ditakdirkan jatuh cinta (giler!), tapi untuk bersatu, mungkin bukan. Menjadi tanggungjawab dia untuk menurut kata ibunya (tanda hormat & sayang) kembali kepada bekas isterinya itu (wpun pompuan tu mmg la buruk perangai nya dari aku. ops! sasul la pulak..hehe).
stop!! STOP!!! jangan cerita lagi. end of my sad story. Dah jauh aku melangkah, melupakan dia hari demi hari, alhamdulillah. wpun masih ada seberkas tercalit luka itu, tapi aku yakin..satu hari nanti aku akan lupakan dia 100%. Terima kasih Allah (atas kurniaan yg terindah, rahmat atas kehidupan ku ini). Terima kasih mom! (always be there for me, risau kalau me ke mana-mana, takut anaknya ini bunuh diri!hahaha), Thank you cousins! (CT Hasni -- mato2 golap me, Fida da coolest -- teman me jadi geng mak limah balik umah f2f bini dia :) tk bleh lupa siot!! gerek habis!), my bff (julia yg sudi mendengar & mengangis sama2), frens (fahmy -- sentiasa bg semangat & sokongan, sha-anim-fara *3 stooges always b around me in the office), teman-teman sepejabat (yg memahami, wpun hanya mampu mendengar kisah sedihku & kata-kata semngat korang), and most important person Mr Ridzuan Ahmad -- terima kasih abang kerana memutuskan pertunangan ini.. "nevermind i'll find someone like you, i wish nothin' but the best for you....--adele". Our loving memories for D&K forever....R.I.P*
To all viewers, jiwa mesti kental mcm aku. Kalau lemau, mesti korang takkan nmpak aku wujud lagi kat dunia ni..hehe. Apa jua kehidupan kita, wajib berserah kepada Allah SWT kerana hanya kepadaNYA kita memohon petunjuk & jalan menuju kebenaran...alhamdulillah... syukur.
[Life is Beautiful..... like mine]