Wednesday, August 12, 2009

Kasih ibu sampai ke syurga..

Tanggal 5 Ogos 2009 yang lepas, mom dimasukkan dalam wad 3, barat 3 HSAJB. Acik teman mom kt hospital dan aku sibuk menyelesaikan kerja2 terakhir kt ofis sebelum cuti 2 hari. Perjalanan dari KL yang memenatkan (sbb dh lama tk drive ke JB sorang2), bertolak jam 7pm then singgah kt R&R Seremban (mandi & solat). Lepas tu teruskan perjalanan, layan radio Best 104 (mengaji & keroncong) smpai la nearly jam 10 lebih singgah kt R&R Pagoh (isi minyak & rehat 10 minit). Aku teruskan perjalanan, mata mengantuk bagai nak rak... tahan je la. Ingatkan nk berhenti kat Sedenak (umah atok), trpaksa kensel sbb masa nk masuk simpang exit tu ada lelaki kt tengah jalan. Masa tu nearly tengah malam la jugak..huhu.. tk jadi aku. Kot2 dia tahan kt tengah jalan, mampos! hantu ke orang??? walllahualamm.. Smpai hospital nearly 1230am, sempat jugak cium mom, dia mkn ubat tdo. Maybe cuma dengar suara aku je kot.. Then aku drive ke umah kak apsah (Pulai Perdana) nearly 2am smpai sana. Nasib baik cik kak ni dgr aku call, kalau tk.. tdo dlm keta depan umah dia la jawabnya..hehe.
Awal pagi Khamis, 6 Ogos 2009 aku bangun terus drive to hospital, mom akan masuk bilik bedah jam 7.30 pagi. Ya Allah... kuatkanlah semangatnya menghadapi saat-saat getir... My mom jalani pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Nearly 5 jam jugak aku tunggu kt bilik bedah tu dgn acik. Dalam 1240 tghri, baru la mak disorong keluar dari bilik bedah. Dia tk sedar apa2 cuma angguk2 & geleng2 je. Acik menangis bagai nak rak.. (she's very the sensitip..ratu air mata..huhu). Aku mcm biasa, kontrol macho. Bersyukur banyak kpd Allah, pembedahan selamat. Mom baring je kt katil. Dia tk mampu buat apa2 even bukak mata pun tidak. Maybe ubat bius tu kot buat dia jd gitu.

*Mom: Day 2 after operation


Aku pi check in Kozi Hotel (Danga Bay), since nk stay 2 mlm kt hospital. Bleh la aku & acik bertukar2 tdo kt wad & hotel. Mlm tu aku start jaga mom. Abe & Along smpai ptg tu jgk bawak abah. Waktu melawat kt hospital sekarang strict (1 hingga 2 petang & 4.30 - 6.30 petang). Gara-gara H1N1. Dgn aku pun jugak kena pakai topeng...huhu. Mom dh bleh bercakap n gerak2 kaki hari ke-2, sesi SPA (urutan badan & kaki) utk my mom kt atas katil. Since dia tk bleh bangun ke toilet, aku lapkan badan dia je. Saja bual2 lawak bodo utk ceriakan hati dia. She's getting better day by day..alhamdulillah. Dia mula berjalan ke toilet pada hari Sabtu ptg and boleh makan bubur & nasi. Aku tetap setia jaga mom.. Hari Monday, 10 Ogos 2009 tghri mom dh bleh kuar hospital. Kami sempat singgah ke Angsana, Healin House beli gamat Zaniplus & Gamogen. Harap2 mak akan lebih sihat & ceria.. Smoga Allah panjangkan umur, kesihatan yang berpanjangan.. & hati yang lebih tenang..insyaAllah..amin.
* Mom: Last Day @ Ward 3 HSAJB (ceria...)

Bersediakan wanita hadapi suami curang?

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru. Segala-galanya sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta. Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.

Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown.

Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika.

Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian berasingan minggu lalu, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor.

Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.

Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

“Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina,” katanya.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.

Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.

Dr Mat Saat berkata, perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk ‘makan luar’ oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri.

“Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Katanya, jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan.

“Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami,” katanya.

Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai.

Katanya, penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.


Lima Faktor Perubahan Suami

1 – Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 – Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3 – Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?

4 – Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!

5 – Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda.

Berhati-hatila wahai isteri... tapi jangan cemburu buta, sudahla...
[sources: http//.intim.wordpress.com]

Info kesihatan wanita: Fibroid

Fibroid masalah biasa wanita berusia 30an

WANITA mudah panik jika diberitahu bahawa ada fibroid tumbuh dalam uterusnya. Fibroid mungkin boleh tumbuh di dalam, di luar atau di dinding rahim. Bagaimanapun, jika anda lebih mengenali apa itu fibroid, anda mungkin lebih tenang.

Ada pelbagai nama digunakan merujuk pada fibroid dalam rahim, tetapi apa yang perlu anda tahu fibroid bukan barah. Fibroid memang masalah biasa di kalangan wanita berusia antara 30 dan 40 tahun. Fibroid selalunya tidak memberi banyak masalah malah kebanyakan wanita tidak tahu dia berhadapan dengan ketumbuhan dalam rahim itu.

Apa yang menyebabkan fibroid?

Tiada jawapan khusus untuk soalan ini, tetapi hormon wanita, estrogen dan progesteron boleh menyebabkan ia tumbuh. Tubuh menghasilkan tahap tertinggi kedua-dua hormon ini sepanjang usia kesuburan.

Penghasilan hormon ini mungkin berkurangan selepas wanita putus haid. Fibroid akan mengecut ketika itu dan tiada simptom yang akan ditunjukkan.

Mengenali simptom fibroid

Lazimnya, fibroid tidak menunjukkan sebarang simptom. Bagaimanapun, ada beberapa simptom yang agak ‘lemah’ boleh dikaitkan dengan fibroid. Antaranya, darah haid keluar dengan banyak berbanding normal. Jika fibroid berdarah atau menekan organ lain simptom juga akan muncul iaitu;

Haid yang lama dan anda kerap berasa kejang.
Rasa perut ditekan atau penuh.
Sakit bahagian bawah belakang.
Sakit ketika hubungan kelamin.
Kerap membuang air yang tidak boleh ditahan.
Anemia (disebabkan darah haid yang banyak), berasa lemah dan letih.
Kadangkala fibroid menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil. Fibroid juga boleh mendatangkan masalah jika wanita itu hamil seperti keguguran atau kelahiran bayi pra matang.

Diagnosis

Biasanya, untuk memastikan anda berhadapan dengan fibroid, doktor akan bertanya mengenai simptom yang anda alami. Selain itu, pemeriksaan bahagian pelvis akan dibuat. Cara paling mudah menggunakan mesin ultrasound yang boleh menunjukkan anda ruang rahim. Dengan imbasan, doktor juga boleh mengukur saiz fibraoid dan di mana ia tumbuh.

Rawatan

Anda tidak perlu tertekan jika alami fibroid. Anda hanya perlu jalani pemeriksaan bulanan bagi memudahkan doktor membuat rawatan.

Simptom seperti sakit dan pendarahan yang teruk boleh ditangani dengan pil yang dibekalkan doktor. Biasanya, ubat yang diberi adalah pil perancang keluarga. Ubat ini dapat mengurangkan jumlah darah haid yang banyak.

Jika anda berhadapan dengan anemia, biasanya doktor menyarankan anda mengambil pil zat besi atau memakan makanan mengandungi zat besi yang tinggi seperti daging, kacang dan sayur-sayuran hijau.

Jika simptom fibroid terlalu menyakitkan, anda mungkin boleh berjumpa doktor bedah. Selalunya fibroid tumbuh dengan perlahan, jadi anda masih ada masa untuk membuat keputusan. Ada dua jenis pembedahan untuk fibroid. Lazimnya ia bergantung pada saiz fibroid, di mana kedudukannya dan adakah anda masih mahukan anak.

Fibroid yang kecil boleh ditangani dengan pembedahan dinamakan ‘myomectomy’. Anda masih boleh mempunyai anak tetapi fibroid masih berisiko untuk tumbuh kembali.

Pembedahan untuk mengeluarkan rahim disebut ‘hysterectomy’. Ia pembedahan yang biasa bagi fibroid dan satu-satunya cara untuk memastikan fibroid tidak menyerang kembali. Bagaimanapun, anda tidak boleh hamil dan pembedahan pula bukan satu-satunya rawatan penyakit itu. Ada pelbagai lagi termasuk mengecilkan fibroid. Apapun, semuanya bergantung pada anda

[sources: http//intim.wordpress.com & MDweb.com ]

Friday, August 07, 2009

Hari yang gelap..kini sudah terang

di kala aku menulis ini, aku normal. hmm...ntah2 apa2 je la aku merapu.
alhamdulillah.. my mom dh beransur ok. Operation semlm pagi mula jam 7.40am dan dia kuar dr operation room nearly 12.30pm. Bayangkanla betapa kecut perut aku menunggu kt luar bilik tu.. acik dh mula menangis tgk mak. aku tetap kuatkan hati & semangat. doa & zikir je dalam hati..ya Allah, selamatkanlah ibuku. Kuatkan lah semangatnya, kurangkan lah penderitaan kesakitan yg dialaminya... amin ya rabbal alamin.. After operation, dia tk bleh bercakap, angguk2 & geleng2 je.. pity her. Sabarlah mom...zikir banyak2, itu je yg mampu aku cakap dgn dia. Last nite when i'm staying in ward wit her, she's getting better n boleh bual2. Bila awal subuh tadi dia dh mula tersenyum n ketawa sket dgn lawak bodo aku..hehe. Sesi SPA awal pagi, bersihkan diri & massage whole body. Dulu kecik2 mom yg belek aku, smpai la aku besar..sakit. Mak jugakla yg jaga aku. Biarlah sedikit pengorbanan ini dpt membantu mengurangkan kesakitan dia. harap2 ahad ni discharge. then i'm going back to KL..
hmm... aku ngantuk. baru tukar shift dgn acik. sempat masuk utk menulis seketika.
jumpa lagi.
[aku yang.....blurrrrrrrrrrrr..... miss u sayang (isam) muahs!!]

Tuesday, August 04, 2009

Recent updates

a) masih lagi busy dgn Karnival Sukan.. minggu yg sgt2 sibuk!!! perhg!!
b) pegi wedding wan & laily @ Sri Medan, Batu Pahat last saturday,
c) then balik kg - drive wit sue & anis; letih...huhu.. semlm lepak giler, tk bleh puasa.
d) gonna back hometown again tomorow;
e) mom's operation this thursday, "ya Allah.. permudahkan segala kesulitan & kesihatan yang berpanjangan kepada ibuku yg tersayang.. amin ya rabbal 'alamin.."
f) tak sihatkah aku? ops... isam yg demam, aku pulak yg rasa sakitnya..hehe. Hati ini berbisik.. apa yea?? entahla...
g) kursus! kursus!! boleh ke aku jadi kurus?? 5 days course @ Hening Cipta, Pontian 13 - 17 August 2009; smoga dpt pengalaman yg indah2 & bersemangat!! chaiyuk!!

*menulis lagi di lain hari bila free...

Tuesday, July 28, 2009

Again...about the storyteller: yasmin ahmad

Do u know yasmin ahmad? Banyak kejayaan yg prnah dia buat untuk harumkan nama malaysia, tapi .. kita smua tau ke? hampir sepanjang pagi ni saya melayari blog beliau. Mengenalinya hampir beberapa jam yang lalu buat hati ini terusik. Hebatnya yasmin ahmad!! sepatutnya dia layak menerima darjah kehormat kurniaan gelaran "Datuk" mcm Michelle Yeoh. Tapi apa gunanya sekarang, kita cuma mampu menyanjungi karya2 beliau sepanjang kehidupannya yang lalu. Allah lebih menyayanginya, marilah kita sama2 mendoakan supaya Allah mencucuri rahmat & hidayah berpanjangan atas roh beliau. "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati...meninggalkan nama".
u all should read her blog dat could access here @ my fren's list (the storyteller & storyteller 2). yasmin... i'm gonna miss your creative ideas especially during festive seasons (Hari Raya & Chinese New Year - iklan petronas). Dalam usaha beliau untuk perpaduan rakyat dalam 1Malaysia, dia pergi meninggalkan kita.... smoga Allah memberkati beliau dalam usahanya selama ini.
To yasmin ahmad....alfatihah..

The Storyteller: Yasmin Ahmad

"For all we know we may never meet again
Before you go make this moment sweet again
We won’t say good night until the last minute
I’ll hold out my hand and my heart will be in it
For all we know this may only be a dream
We come and go like a ripple on a stream
So love me tonight; tomorrow was made for some
Tomorrow may never come for all we know..."

[sources: yasminthestoryteller.blogspot.com, Nov. 2005]

Love, Courage, Passion of Yasmin Ahmad

Yasmin Ahmad (July 1, 1958 - July 25, 2009) was a critically-acclaimed multi-award winning film director, writer and scriptwriter from Malaysia and was also the executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur. Her television commercials and films are well-known in Malaysia for their humour, heart and love that crosses cross-cultural barriers, in particular her ads for Petronas, the national oil and gas company. Her works have won multiple awards both within Malaysia and internationally.

Early life and career
Yasmin was born in Kampung Bukit Treh in Muar, Johor on July 1, 1958. A graduate in arts majoring in politics and psychology from Newcastle University in England , she worked as a trainee banker in 1982 for two weeks. After that she worked for IBM as a marketing representative while moonlighting as a blues singer and pianist by night. Yasmin began her career in advertising as a copywriter at Ogilvy & Mather. In 1993 she moved to Leo Burnett as joint creative director with Ali Mohammed and eventually rising to executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur.

Breakthrough
Her first film was Rabun in 2002. Yasmin's films have won many international awards and praise from the critics and public alike. Most of her films have been screened at the Berlin, Sa Francisco, Singapore and Cannes (film market) international film festivals. Her films were featured in a special retrospective at the 19th Tokyo International Film Festival in October 2006. An April 2007 retrospective of her feature films was sponsored by the Center for Southeast Asian Studies, University of Hawaii, and the Honolulu Academy of Arts. In Singapore, Yasmin is best known for the pro-family commercials she did for the Ministry of Community Development, Youth and Sports. Yasmin was inducted into the Malaysian Advertising Hall of Fame by the Association of Accredited Advertising Agents Malaysia in November 2008.Yasmin was working on her first feature film to be filmed in Singapore titled, "Go, Thaddeus!" when she passed away. This was to be an inspirational film for the 2010 Youth Olympic Games, based on the book, "Running the full distance: Thaddeus Cheong" by Belinda Wee about Singapore's 17 year old National triathlete who passed away after completing the 2007 SEA Games time trial.

Death
On Thursday, July 23, 2009, Yasmin suffered a stroke and remained motionless, seated, she was resting her head on the table, with her hands cupping her face, while attending a meeting with local artist Siti Nurhaliza and her husband Khalid Mohamad Jiwa, and Media Prima representatives for an undisclosed project at Sri Pentas, TV3. Before the meeting, she spent some time with Media Prima's group creative director, Peter Chin and was reported to be in a jovial and relaxed mood.
She was rushed to the Damansara Specialist Hospital where she underwent a neurosurgery procedure to reduce the swelling in her brain. The operation was a success however her condition was considered critical but stable. Bernama quoted her brother-in-law, Zakaria Zahari, as saying that Yasmin had suffered a stroke and hemorrhaging in the brain.
On Saturday, July 25, 2009, more than 48 hours after the surgery, Yasmin Ahmad succumbed to her injury and was pronounced dead at 11.25pm. On Sunday, July 26, 2009, Yasmin Ahmad was laid to rest at the USJ 22 Muslim Cemetery in Subang Jaya, Selangor. Her husband, Abdullah Tan Yew Leong, their immediate families, hundreds of fans, friends, industry colleagues and personalities gathered to bid her farewell.

[sources: Wikipedia]

"Love, courage, passion will always b..... to yasmin ahmad.. alfatihah"

Saturday, July 25, 2009

Terkini...

#blog yang ditulis tapi tak sempat nk post..hehe.. last 2 days @ home sweet home

Majlis Tahlil

22 Julai 2009 cukup 100 hari perginya my lovely granpa. so, last thursday i cook bihun goreng hantar ke surau nearby my hse. mintak tlg org surau buatkan tahlil n solat hajat for my parents too. alhamdullilah niat aku smpai jgk.

THANKS so much to my hsemate - kak bib, kak sue & sarah. korang byk tlg me...mmg tk cukup tangan la ..hehe.. nmpak macam simple je buat bihun goreng tu, tapi bila masak utk 70 orang, cuba bayangkan betapa kelam kabutnya kami. nasib baik 2 kali masak je, tapi kena tukar n transfert to others kuali yg tk bleh tahan sey... kak bib yg berpuasa pun tolong jugak.. aduyai.. thnx la.. ada satu trademark yg aku suka "apa yang penting? kerjasama..." hehe.



SPORTS CARNIVAL

aku dilantik lagi sekali as technical members Sports Carnival this year. i try to commit watever i could for this time since i won't b around on 6 - 9 August (mom's operation). i was a bit busy handle for my team "C.O.E United". amacam gerek tak? logo wan dh buat. tgh cari sponsor for tshirt now..huhu. Last friday tghri ajak girls pi bowling @ Pandan Lake Club, saringan utk pilih sapa yang layak wakil masa tournment nnti. Nearly a year aku tk bowl, naik keras jari jemari ni. tapi ok la jgk.. still maintain 100 over beb! Ptg tu plak aku suruh team netball n bola tampar turun. saja survey tgk mana tau team aku ni ada pro ke tak. Last year kitaorg menang, ini tahun? harap2 boleh la... if not, no.2 pun ok jgk. Esok sports carnival start wit Badminton. pergh! harap2 smuanya brjalan dgn lancar.. insyaAllah.



Shopping!!

pagi2 td abe dh call aku ajak pi shopping @ SOGO. hmm..layankan je la since dia pun mmg nk beli baju. Smpai sana about 10.30am, SOGO baru bukak da.. itupun dh ramai yg datang. Lepak brkfast kt Secret Recipe dulu. Sempatla aku borong baju2 for my nephews n adik. Esok aku plan nk pegi IKEA plak dgn kak sue. SALE la babe sampai 16 August. Mak aku pun dh kirim pisau RM5 beli kat ikea. Nk guna pisau tu utk bwk pi rewang kt kampung..hehe..

HARRY POTTER [Half Blood Prince]

Harry Potter and the Half-Blood Prince, released on 16 July 2005, is the sixth of seven novels from British author J. K. Rowling's popular Harry Potter series. Set during Harry Potter's sixth year at Hogwarts, the novel explores Lord Voldemort's past, and Harry's preparations for the final battle amidst emerging romantic relationships and the emotional confusions and conflict resolutions characteristic of mid-adolescence.
The book sold three million copies in the first 16 hours after its release, a record at the time which was eventually broken by its sequel, Harry Potter and the Deathly Hallows.
As Lord Voldemort and the Death Eaters commit crimes in both the magical and Muggle worlds, Minister of Magic Cornelius Fudge is replaced by Rufus Scrimgeour. Professor Snape, appearing to have rejoined the Death Eaters and Lord Voldemort, is visited by Narcissa Malfoy and Bellatrix Lestrange. A terrified Narcissa tells Snape that her son Draco has received orders from Lord Voldemort, and asks Snape to make an Unbreakable Vow to protect her son, and complete the task for him should he fail.
Harry Potter accompanies Albus Dumbledore on a trip to persuade retired Hogwarts professor Horace Slughorn to return to teaching. Harry notices one of Dumbledore's hands is withered and burnt black, and he is wearing a ring with a distinctively-marked stone. Harry spends the remaining holiday at The Burrow with the Weasleys and Hermione, where they receive their O.W.L. results. Harry and Ron must take N.E.W.T. level Potions to become Aurors, but their O.W.L.s in the subject are too low to enrol in Snape's Potions class.
At Hogwarts, Snape is named the new Defence Against the Dark Arts instructor, with Slughorn becoming the Potions teacher. Slughorn's requirements are lower than Snape's, so Harry and Ron are able to enrol in his class, but do not have textbooks. Slughorn loans them copies; Harry's book has notes and corrections that yield better results than the textbook's instructions, winning him a vial of Felix Felicis, a potion that infuses luck, on his first day in class. His book is inscribed as having previously belonged to the "Half-Blood Prince".
Ron's brother Bill Weasley is engaged to Fleur Delacour, of whom his mother disapproves. Auror Nymphadora Tonks makes comments suggesting she may harbour feelings for her now-slain cousin Sirius Black. However, it is eventually revealed that she has fallen for Remus Lupin despite his protests that he is unworthy of her. They marry over the summer.
Ron and Ginny join the Gryffindor Quidditch team, which Harry now captains, as Keeper and Chaser respectively. This puts Harry in frequent contact with Ginny, who for a long time harbored an attraction to him. Now, however, she is dating Dean Thomas—unexpectedly making Harry jealous. This is exacerbated when Dean also gains membership on the team, replacing original member Katie Bell who is almost killed while attempting to deliver a cursed necklace under the influence of the Imperius Curse. Ron is displeased with his younger sister dating anybody, forcing Harry to ignore his attraction. After an argument with Ginny in which Ron's dating inexperience is made clear, Ron takes up with Lavender Brown, creating a divide between him and Hermione. This rift is only mended when he accidentally consumes a love potion attracting him to Romilda Vane, and then poisoned mead which almost kills him.
Dumbledore privately tutors Harry, using his Pensieve to show Harry memories of Voldemort's past. Dumbledore asks Harry to retrieve a key memory from Slughorn regarding Slughorn's conversation with a sixth-year Tom Riddle. Harry uses his vial of Felix Felicis to acquire the memory.
The memories reveal that Voldemort splintered his soul into six fragments attached to objects called Horcruxes, while leaving a seventh piece in his body, in order to achieve immortality. As long as any of the Horcruxes exist Voldemort cannot be killed. Two Horcruxes have been destroyed--Tom Riddle's diary by Harry in the Chamber of Secrets[HP2], and Marvolo Gaunt's ring by Dumbledore. Three of the remaining Horcruxes are a locket formerly owned by Salazar Slytherin, a cup formerly owned by Helga Hufflepuff, and the snake Nagini. Dumbledore speculates that the sixth unidentified Horcrux may be something associated with Gryffindor or Ravenclaw, as Riddle would have wanted something from each of the houses of Hogwarts, which he regarded as his home.
After seeing Harry cast an unusual curse, "Sectumsempra" (a dark curse which leaves deep gashes) against Draco Malfoy, Snape attempts to repossess the Half-Blood Prince's Potions book, but Harry gives him Ron's copy instead and hides his copy in the Room of Requirement. Harry gets detention from Snape and misses the Quidditch finals, but Gryffindor wins the Cup. During the victory celebration Harry spontaneously kisses Ginny, and with Ron's grudging approval they begin dating.
Dumbledore locates another Horcrux and asks Harry to accompany him to destroy it. They travel to a cave to retrieve a locket. Dumbledore is weakened after drinking a potion to obtain the Horcrux. Harry retrieves the Horcrux and guides Dumbledore to safety in Hogsmeade, but as they arrive they see the Dark Mark over the Astronomy Tower at Hogwarts and hurry back to the school.
Dumbledore and an invisible Harry are confronted atop the tower by Draco Malfoy, and before Harry can reveal himself, Dumbledore immobilises Harry before Malfoy disarms him. Draco admits that he was behind two attacks on Hogwarts students (Katie Bell's cursing and Ron's poisoning), with both objects intended for Dumbledore, whom Voldemort had ordered Draco to kill. Dumbledore offers Draco protection from the Death Eaters, and Draco cannot bring himself to kill Dumbledore, even with the urging of fellow Death Eaters once they arrive. Instead, fulfilling his Unbreakable Vow, Snape kills Dumbledore. Harry, enraged and freed from immobility by Dumbledore's death, pursues Snape, who reveals that he is the Half-Blood Prince, and fends off Harry's attacks until he gets outside Hogwarts grounds and Disapparates.
Harry recovers the locket from Dumbledore's body, only to discover it is a fake left by someone with the initials R. A. B. who stole the real Horcrux and left a note about his opposition to Voldemort. The school year ends with Dumbledore's funeral. He and his wand are buried in a tomb beside the lake on Hogwarts's grounds. Harry vows not to return to school and to hunt for the remaining Horcruxes. Harry breaks up with Ginny to keep her safe from danger during his quest, and Ron and Hermione pledge to accompany him.


[sources: WIKIPEDIA]

Tuesday, July 21, 2009

Excitement!

lama tk tulis kt blog. busy ke aku? lebih kurang la... or aku saja pura2 sibuk. hmm..entahla. tkde idea nk menulis. cite trkini? these r few things happened lately in my life..

Jalan-jalan
hujung bulan lepas gi air keroh, melaka. sempat la shoot few pictures kt Megamall, Dataran Pahlawan. Stay kt Kings Hotel, near to KYM. Tk payah la aku tempuh jem kt tgh bandar tu. Sempat la aku sambar 2 psg kasut & baju kt fyi. Kasut tu bleh la aku pakai masa raya nanti, safe bajet! hehe...nnti raya byk lagi duit nk guna. Road tax mati hari raya ke-2, perh! mmg hampeh! kena beli baju anak2 sedara lebih awal la. maybe next wkend la since acik pun nk cari kain ela & baju2 lain - persiapan raya. Sabtu lepas sempat lari ke Semua Hse & Jln TAR (pasar mlm). Sakan org berbelanja.. dari satu kedai ke satu kedai, smpai JAKEL. satu kain pun adik aku tk brkenan.. ntah apa2 je. Last2 sambar 1 psg kain, itu pun JAKEL ada 'Happy Hour' kain ela sepasang RM98 & RM88 jadi RM50 je...huhu. Tapi aku tk brapa berkenan la kain2 jenis gitu. nk survey kt Euro Moda this wkend plak.

haru biru
Last saturday & sunday small renovation in the office - tukar karpet. Aku offer diri standby ala kadar..hehe.. memandangkan bkn bleh harap sangat si hanif tu..huhu.. sengal! mmg letih la aku tgk org pasang karpet, yg tk larat tgk... barang2 dlm office kena punggah. Macam tsunami! Smlm n ari ni letih la kami satu ofis mengemas balik. Sakit telinga aku 1 ari smlm dgr zurik n jeff membebel marahkan kontraktor tu.. wat to do, arahan dh beri dgn baik. tapi diaorg tk buat dgn betul. jgn nk salahkan aku pulak.. hampeh je.

chenta terbiar
aku nekad! malas nk kawan dgn lelaki ramai sangat. one by one... bf aku tinggalkan. Even mike yg baik tu pun, aku trpaksa tolak. mana2 bf on & off mcm biskut ni, hv to say bye bye la. i try to be loyal to my truly love.. (cewah!). penat2 je setia bagai nak rak, tapi lelaki ni mudah je berpaling tadah pada yg lain. takpela.. aku redha. ini semua ketentuan Allah, aku hanya berusaha, Allah yg menentukan segala-galanya. Kdg2 aku bingit dgn org yg membebel n mengata aku knapa tk kawin lagi. Dh takde jodoh, tk paham2 jgk ke? takkan la aku terhegeh2 offer diri ajak kawin. and one more thing, lelaki kt dunia ni skrg, nk jmpa yg baik? hmm.. 1/10 la.. Ramai lelaki yg kejarkan nafsu & wang ringgit. Ikhlas dari hati, susah la... aku bukannya memilih, most of men i met r not 100% layak jd suami. setakat 'geli-geli' bleh la.... hehehe. walau apa pun yg trjadi, aku ttp maintain cool. rilexla... tiada siapa dpt melawan takdir Allah.

Tuesday, July 07, 2009

Life after marriage

its been a while after Mar nikah & bersanding kat Sg. Petani. Kenangan tu tetap aku simpan dalam hati, jakun... sbb tengok sawah bendang..hehe. Di satu petang yang dingin (mendung mcm nak hujan) aku kuar shopping dgn mar @ JUSCO Wangsa Maju. Then kami melepak kt KOPITIAM White Coffee @ Sri Rampai Business Centre sampai malam..huhu. Sakan mengumpat sey!!! Apa-apa pun, aku cuma mampu nasihat dan beri tips yg terbaik utk panduan kehidupan berumahtangga (walaupun aku tk pernah mengalaminya, tapi setakat jadi love @ marriage consultant, u can count on me babe!).

Few pictures taken, Posing lagi!!


Life after marriage: walaupun sukar, jika itu sudah jodoh yg ditakdirkan ALLAH, kita kena terima seadanya dia. Rumahtangga bahagia atau sebaliknya terpulang kepada suami & isteri tersebut. Andai duduk berjauhan - tanggungjawab, amanah, jujur & percaya yg menjadi taruhan. Kalau tersilap langkah, ke parit la jawabnya. Walau buruk perangai pasangan kita, kena terima jugak. Sebagai isteri, hormatlah kepada suami. Setiap perbuatan tanpa izin suami, dosa yg kita bawa berpanjangan sampai dituntut di hari akhirat. Tanggungjawab frm A to Z, tak yah citela. Hang dh beso panjang.. pandai2lah pikir & lakukan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Jagalah hati pasangan dengan baik, lemah lembut.. dan penuh kasih sayang. Walau ada sekelumit cemburu & prasangka, bawak berbincang dan kalau boleh elakkan dari semua hasutan & godaan syaitan. Jadikan lah pasangan (Suami/Isteri) sebagai teman, kekasih & isteri. Semuanya terpaksa dikongsi bersama, tapi... ada beberapa perkara yg perlu dirahsiakan [terutamanya pasal aset2 penting..hehe.. takut ada manipulasi, bukan harta sepencarian]. Tanggungjawab kepada Allah, penting. Tegur menegur, saling mengingati & solat berjemaah (wajib jikalau berkesempatan).
Kepada adik beradik, sanak saudara, teman sekelian.. aku doakan semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat...insyaAllah.. amin.

Life of Michael Jackson

Michael Joseph Jackson (August 29, 1958 – June 25, 2009) was an American recording artist, entertainer and businessman. The seventh child of the Jackson family, he made his debut as an entertainer in 1968 as a member of The Jackson 5. He then began a solo career in 1971 while still a member of the group, and that successful career led to him being dubbed the "King of Pop" in subsequent years. Jackson's 1982 album Thriller remains the world's best-selling album of all time, and four of his other solo studio albums are among the world's best-selling records: Off the Wall (1979), Bad (1987), Dangerous (1991) and HIStory (1995).

In the early 1980s, he became a dominant figure in American popular music and culture. He was the first African American entertainer to amass a strong crossover following on MTV, with videos such as "Beat It", "Billie Jean" and Thriller—widely credited with transforming the music video from a promotional tool into an art form—bringing fame to the relatively new channel. Videos such as "Black or White" and "Scream" made Jackson an enduring staple on MTV well into the 1990s. Beyond his success on television, Jackson popularized a number of physically complicated dance techniques, such as the robot and the moonwalk, with his elaborate stage performances. His distinctive musical sound and vocal style influenced many hip hop, pop music and contemporary R&B artists across several generations.

Jackson donated and raised millions of dollars for beneficial causes through his Heal the World Foundation, charity singles, and support of 39 charities. Other aspects of his personal life, including his changing appearances and behavior, generated significant controversy that damaged his public image. Though he was accused of child sexual abuse in 1993, the criminal investigation was closed due to lack of evidence and Jackson was not charged. The singer had experienced health concerns since the early 1990s along with conflicting reports regarding the state of his finances since the late 1990s. Jackson married twice and fathered three children, actions which caused further controversy. In 2005, Jackson was tried and acquitted of different sexual abuse allegations and several other charges. The singer died on June 25, 2009, aged 50, after suffering cardiac arrest.

One of the few artists to have been inducted into the Rock and Roll Hall of Fame twice, his other achievements include multiple Guinness World Records—including one for "Most Successful Entertainer of All Time"—13 Grammy Awards, 13 number one singles in his solo career—more than any other male artist in the Hot 100 era—and the sales of over 750 million records worldwide. Jackson's highly publicized personal life, coupled with his successful career, has made him a part of popular culture for almost four decades.

2008–09: Milestones, real estate and a planned return to live performance

Neverland Ranch was Jackson's permanent residence from 1988 to 2005. Pictured is an aerial shot of the theme park area of the property.The 25th anniversary of Thriller was marked by the release of Thriller 25, which added the previously unreleased song "For All Time" and re-mixes of several songs by younger artists influenced by Jackson. The Thriller 25 package also included a DVD. Two remixes were released as singles to moderate success: "The Girl Is Mine 2008" and "Wanna Be Startin' Somethin' 2008". Thriller 25 sold well as a re-issue, peaking at number one in eight countries and Europe. It reached number three in the UK and top 10 on over 30 national charts.It was ineligible for the Billboard 200 chart as a re-release, but entered atop the Pop Catalog chart, where it stayed for 11 weeks and had the best sales on that chart since December 1996. In 12 weeks Thriller 25 sold over three million copies worldwide.Thriller 25 was the best-selling catalog album of 2008. As of the date of Jackson's death, the album had sold 774,000 copies in the US.

To celebrate Jackson's 50th birthday, Sony BMG released a series of compilation albums called King of Pop in 21 different markets. (North America was not one of those markets.) These albums included tracks from Jackson's group and solo career, all voted for by fans. Each nation's edition of the album had a different tracklist, according to how that nation's fans voted. King of Pop did reach the top 10 in most countries where it was issued, and also sold well as an import in other countries.

Fortress Investments threatened to foreclose on Neverland Ranch, which Jackson used as collateral for loans running into many tens of millions of dollars. However, Fortress opted to sell Jackson's debts to Colony Capital LLC. In November, Jackson transferred Neverland Ranch's title to Sycamore Valley Ranch Company LLC, which was a joint venture between Jackson and Colony Capital LLC. This deal cleared Jackson's debt, and he reportedly even gained an extra $35 million from the venture. At the time of his death, Jackson still owned a stake in Neverland/Sycamore Valley, but it is unknown how large that stake was.

Prior to his death, Jackson was scheduled to perform 50 sell out concerts to over one million people, at London's O2 arena. The concerts would have commenced on July 13, 2009 and finished on March 6, 2010. According to Jackson's website, tickets sales for the concerts broke several records. During a prior press conference, Jackson made suggestions of possible retirement. Randy Phillips, president and chief executive of AEG Live stated that the first 10 dates alone would earn the singer approximately £50 million.

[sumber: Wikipedia]

R.I.P

Rest in Peace [R.I.P] 1958 - 2009

Tentang Wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh menit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempatteristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' ^_^ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita maukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah air mata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil resiko tentang mereka dan tentunya
baik terhadapnya.So,kalau memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

[sumber: Laman Sesawang "Rahsia Wanita"]

Rahsia Punggung



Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda??

1. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dansangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyakmasalah dan stabil.

2. Bulat

Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungisegala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

3. Tinggi

Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangattinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatiforang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yangdiluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatumengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapatstatus tinggi dalam masyarakat.

4. Besar

Pemilik punggungbesar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasacinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ˜no problem". Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

[Sumber: Laman Sesawang "Rahsia Perkahwinan"]

Joget Kenangan Manis

Riuh kicau unggas rimba
Langit biru kala senja
Kini engkau jauh dari mata
Hatiku merindu tiap masa

Pagi hari pergi pekan
Pakai baju bunga-bunga
Bila hati sedang kesepian
Ku tulis untuk mu surat cinta

Memanglah hai adat berkasih
Berpisah selalu gelisah
Terbayang kenangan yang manis
Terasa kau ada bersama

Padamu hai si jantung hati
Dalam tidur ku termimpi-mimpi
Selagi kita berjauhan
Hati rindu tiada tertahan

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu
Saban hari ku menanti waktu
Pulang segera kepada ku

[Lagu: Alahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad]

Panduan Mengenali Lelaki Baik

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapapun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah.
Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan keranaterlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.Selamat membina perhubungan intim danjadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.
[Sumber: laman sesawang "Rahsia Perkahwinan"]

Wednesday, July 01, 2009

Berkelah di tepian Sungai Congkak

Dah lama aku tk update blog ni, sebab tk sempat nk menulis. Cerita ceriti yg berlaku bulan lepas...
Aktiviti bersama hsemate di hujung minggu Sabtu, 20 Jun 2009. Kali ni kami ke Sungai Congkak & few ofismate me pun ikut jugak since aku tk tau jalan ke sana..hahaha. Pagi tu aku masak bihun goreng & ayam goreng, fara bawak sandwich & air. Azroel bwk pinggan, cawan & snacks. We leave from KL town about 10.30am, cuaca agak mendung dan dalam perjalanan dari Cheras ke Hulu Langat - hujan tak berapa lebat la. Semangat nk mandi sungai tu tetap ada. Azroel lead since dia yg tau road ke sana.
Sampai je, dh punggah barang aku cari parking. Caj RM2.00 parking sahaja. Sempat aku sound brother tu jgn smpai keta aku hilang pulak..hehhe. Entrance fees ke Hutan Lipur Sg Congkak - RM1 per person. Kitaorg ingat tk ramai la since musim cuti sekolah baru je berakhir. Tapi..hmm.. penuh jgk dgn orang. Jauh jgk berjalan, about 300-500 meter cari port yg baek punya! Akhirnya kami lepak dekat area perkhemahan. Dengan suasana hutan lipur di Sg Congkak ni buat aku teruja.. bukannya apa, dh lama tak masuk hutan. Perasaan gumbira tu lain macam la. Perkara pertama yg kami buat - makan!! sebab lapar tk brkfast lagi..hehe. Then kitorg mandi manda smpai la naik beku satu badan. Yg paling best dkt area air turun laju giler tu, ada sesi urutan badan, best!! Banyak ikan kecik2, tk pasti jenis apa.. mungkin kelah kot.. Abisla beberapa bungkus snack (mamee) sedekah kt ikan2 tu.

Kami pulang dgn hati yg gumbira, about 3pm bergerak balik. Me n hsemte 1 keta singgah kt kolam Air Panas (Hot Spring) @ Hulu Langat. Kolam tu kat blakang sekolah rendah n rumah2 orang kmpung. Nice place but a bit horror..hehe.. Takde org, kami je kt sana. Sempat la basuh kaki n zila merendam kakinya. Pastu kami singgah kt tepi jalan besar, sbb zila teringin sangat nk makan durian...huhu.. boleh makan, tapi tak bleh bawak balik. Tak pasal2 keta aku bau durian seminggu. Kak sue & ater beli manggis. Zila n k.sue syok makan durian. Hmm.. aku dh tak heran sbb puas makan durian dari kecik smpai ke beso. Bukannya apa, my dad pun dh sound jangan makan durian banyak2 sgt lagi. Since dad pun dh jatuh sakit teruk, itu pasal la anak2 nya dia nasihatkan byk2 perkara pasal makanan.

Anyway, sesi perkelahan kali ni best. Sbb mandi sungai. Berendam lama2 pun kami tk kena sunburnt...hehehe. Apa plan next time? maybe ke tasik kot... tengokla.. jika ada kelapangan masa.. Jom cuti-cuti Malaysia!!
These r few pictures yg sempat Ater amik untuk kenang-kenangan:






Mandi manda pun sempat posing ka?





Heaven... best giler letak badan kt air turun ni, mcm mengurut!
Sesi beri ikan makan free (mamee) posing jgk tu, comel ater..

Tragedi di Bilik Asrama

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai. Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
*Berita penuh sila layari: Harian Metro NEWS
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090701011011/Article/index_html