Thursday, July 21, 2011

Belansungkawa

Semalam hampir waktu maghrib [ngantuk sgt, smbil baring2 menunggu waktu solat] aku dikejutkan dengan panggilan dari kak sue (my x hsemte), dia menangis teresak2 memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah semasa dalam perjalanan dari Johor Specialist ke HSA, JB. Proses pemindahan dibuat apabila ahli keluarga bersetuju memandangkan kos yg tinggi di JSH KPJ. Tetapi kak sue ralat sangat.. tkpela kak sue, Allah lebih menyayangi beliau. Runtun hati ni, berlinang air mata. Tapi aku menenangkan dan beri semangat kpd kak sue. Mata yg ngantuk terus segar bugar. Buat beberapa panggilan dgn unit kenderaan (van mayat) tetapi kak sue & family decide nk bawa arwah ayah dan dikebumikan di Asahan, Jasin, Melaka mlm itu jugak. So, cancel la nk guna van UTM. Thnx to Hezriq, PHB yg byk tolong. Mandi, solat dan drive to HSA, JB. Jumpa kak sue dan adik di surau dan terus ke forensik. Selesai mandi mayat agak cepat, hampir jam 8.45pm selesai. Alhamdulillah... Then aku drive ke Kulai (umah kak sue), follow belakang memandangkan kejiranan di rumah Kulai nk buat tatapan akhir. Kesian kak sue, drive hoyong hayang dgn ibunya. Aku paham perasaan kehilangan ayah tersayang. Sabarlah kak sue. Mayat arwah sampai lebih kurang hampir jam 10mlm, tahlil ringkas dan bacaan yassin oleh jiran2 sempat dihadiahkan kepada almarhum. Hampir stgh jam kemudian mayat dibawa ke Melaka (menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Negeri Johor). Alhamdulillah...semoga perjalanan ahli keluarga dan arwah selamat sampai mlm tu jgk. Hampir jam 11pm kak sue dan adik2 drive ke Melaka. Sabarlah kak sue, sesungguhnya Allah lebih menyayangi almarhum. Kita sbg anak, sentiasa menghadiahkan fatihah & melakukan amal ibadah yg terbaik utk bekalan beliau di alam barzakh dan seterusnya. Kita mohon ampun dan bertaubat kpd Allah, semoga segala kesalahan kita dgn arwah ayah akan diampunkan. Jangan menyesali atas apa yg berlaku, kita telah berusaha dan memberi khidmat & kasih sayang yg terbaik di akhir2 hayat beliau di dunia ini. Adik beradik kena kuat semangat, sebab ibu bergantung kpd kita semua. Jadilah anak yang terbaik, soleh & solehah. Arwah ayah telah berusaha sedaya upaya beliau utk memberi kita kehidupan yg sempurna, pendidikan yg terbaik. Janganlah bersedih lagi. Hidup kita mesti diteruskan. Ila arwahi almarhum Johari bin Md. Amin, Alfatihah....

No comments: