Aku adalah insan yg berdosa, musibah @ penyakit yg ku tanggung ini merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam. Aku sentiasa positif dan sbg manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita. Sekadar renungan kita bersama:
01- Hendaklah ditinggalkan perbuatan dosa tersebut .
02- Hendaklah menyesal di atas perbuatan dosa itu.
03- Hendaklah berazam agar tidak kembali melakukannya selama-lamanya.
( Perkara ini memanglah satu perkara yang tidak dapat dipastikan oleh setiap manusia kerana sememangnya sifat manusia itu alpa , maka keazaman di sini ertinya benar-benar bertekad untuk tidak lagi melakukannya. Dan seandainya dia alpa dan melakukannya semula disebabkan kealpaannya itu, maka mudah-mudahan Allah Ta’ala akan mengampuni dosa-dosanya disebabkan azamnya yang asal bukanlah hendak meneruskan dosa-dosa itu – ataupun dia memang berniat semenjak asal untuk “mempermain-mainkan “ taubatnya !. Dan ingatlah , pintu taubat sentiasa terbuka ! ) ~ Perkara ke –3 ini perlu kita fahami sejelas-jelasnya hingga jangan pula disangka bahawa bertaubat ini terlalu susah dan hampir kepada mustahil !!!.
TAUBAT : Ertinya kembali. Kembali yang dimaksudkan di sini ialah kembali daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela menurut syarak dengan meninggalkannya dan diikuti pula dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut syarak.
TAUBAT : Ertinya kembali kepada asal-usul manusia secara fitrah ( semulajadi ). Fitrah seseorang manusia itu adalah suci daripada sebarang dosa dan noda – inilah pandangan Islam terhadap asal-usul dan fitrah seseorang manusia. Berlainan pula dengan ajaran Kristian yang menetapkan bahawa seseorang manusia itu adalah kotor dan berdosa secara “ dosa warisan “ ( original sin ) secara otomatik semenjak asalnya.
Taubat merupakan satu perkara yang amat-amat dituntut dan merupakan kewajipan ke atas setiap manusia. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang menyarankannya, di antaranya :
Ertinya : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang telah beriman !, mudahan-mudahan kamu akan memperolehi kejayaan “ ( Surah An-Nur , Ayat 31 )
No comments:
Post a Comment