Berkahwin lambat atau tidak berkahwin langsung bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita. Perkara itu kerap dibincangkan dari semasa ke semasa kerana timbul keresahan dalam kalangan sesetengah pihak mengapa keadaan sebegini berlaku. Fenomena berkahwin lambat ini memberi tekanan yg lebih besar terhadap wanita berbanding lelaki. Hal ini disebabkan sesetengah pihak yg suka mengambil kesempatan atas kelemahan insan lain. Ada pelbagai kes dan peristiwa yg membabitkan wanita bujang ini, termasuk dgn janji manis utk mencarikan pasangan atau berjanji utk berkahwin yg akhirnya berakhir dgn tragedi PENIPUAN, PENDERAAN, PERKOSAAN dan sebagainya. Sikap sesetengah orang dan masyarakat yg melabelkan wanita yg lanjut usia, tetapi masih bujang dgn ungkapan andartu (anak dara tua) dan andalusia (anak dara lanjut usia), di samping cemuhan lain, turut membebankan minda dan jiwa mereka. Mengaitkan golongan ini dgn maksiat secara membuta tuli juga merupakan tindakan yg tidak rasional.
Antara faktor yg disebut oleh sesetengah pihak terhadap fenomena wanita hari ini yg lambat berumah tangga ialah revolusi pendidikan, peluang pekerjaan kpd wanita yg terbuka luas, memikul tanggungjawab keluarga utk menyara ahli keluarga dan kriteria yg terlalu ideal trhadap calon suami. Sikap ramai lelaki yg curang dan suka berfoya-foya, kegagalan bercinta, kurang yakin dengan lelaki yg dikatakan kurang berkualiti dan tidak dilamar turut menyebabkan wanita ini lambat atau tidak berkahwin. Manusia sama sekali tidak dapat menentukan apa yg akan berlaku dalam hidupnya walaupun sesaat. Semuanya dalam pengetahuan dan urusan Allah. Manusia disuruh berusaha dan ketentuan adalah di atas kehendak Allah. Kita diperintahkan oleh Allah utk berusaha sedaya upaya dan barulah bertawakal kepada-Nya. Daripada kita mneuduh atau membuat andaian sendiri terhadap fenomena lambat berkahwin ini atau memandang serong trhadap golongan wanita itua dalah lebih baik sekiranya; masyarakat dapat memainkan peranan positif dgn menjauhkan pandangan serong dan bersangka baik trhapad golongan wanita yg lambat berkahwin. Mungkin mereka tidak mempunyai pilihan, selain membujang.
Sebagai manusia kita tidak boleh menafikan ada insan yg ditakdirkan berkahwin pada usia muda, lewat atau langsung tidak sempat berkahwin kerana dipanggil pulang awal menghadap Allah.
Bagi wanita bujang yg berusaha tetapi masih belum ditemukan jodoh disarankan supaya:
- BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH, dan melihat masa bujang sebagai masa lapang yg dianugerahkan oleh ilahi.
- BERSABAR DENGAN KETETAPAN ILAHI, dengan mengkaji segala kebaikan di sebaliknya.
- MEMBANYAKKAN ZIKIR; dan menambahkan ibadat. Zikir dan ibadat dapat mengukuhkan iman.
- MEMELIHARA DIRI DARIPADA MAKSIAT dengan mengisi masa lapang dengan kegiatan bermanfaat. Contohnya; menghadiri kuliah agama, menjadi ahli mana-mana persatuan yg berdaftar dan menawarkan kegiatan kemasyarakatan atu nahi mungkar.
- MEMAHAMI CIRI JODOH seperti yg digariskan agama. Tidak terlalu memilih dan meletakkan kriteria yg terlalu ideal utk calon suami.
[source: Alam Solo, Majalah MIDI Bil 117, 15 Julai 2011]
No comments:
Post a Comment