Jika anda mempunyai suami dan suami anda mengucapkan kata-kata tersebut pada anda ataupun jika anda belum berkahwin kata-kata ini diucapkan pada anda oleh tunang ataupun teman lelaki anda. Jadi saya ingin bertanya…
APA PERASAAN ANDA?
“ Malulah nak jawab…”. Malu-malu pulak… Ok kalau malu tak mengapa kerana saya sudah boleh agak apa jawapannya.
Di dalam hati setiap wanita saya pasti mempunyai keinginan yang tinggi untuk kelihatan langsing dan berseri namun apabila dizahirkan mungkin sebahagian wanita akan berkata ;
“ Mimpi ajelah kalau nak suami saya ucapkan kata-kata tersebut pada saya. Tengoklah badan saya… dah tak boleh nak jadi kurus dah… “
“ Kalau tidak ada RM2000 sekurang-kurangnya jangan sebut-sebut nak dapat badan yang langsing. Itu belum lagi kalau nak serikan wajah… “
“ Tak percayalah… mana boleh kurus kalau tak makan jamu atau pil diet…”
“ Tak payahlah nak cantik-cantik… akak dah lanjut usia, anak-anak pun dah besar. Nak buat apa kelihatan langsing lagi…”
Inilah pemikiran yang tertanam di minda setengah-setengah wanita hari ini. Pemikiran yang mengatakan untuk memiliki badan yang langsing serta wajah yang berseri:
Adalah sesuatu yang menyusahkan | |
Harus keluarkan wang yang banyak kerana kosnya yang tinggi | |
Tiada cara lain melainkan dengan mengambil jamu atau pil diet serta ubat-ubatan. | |
Tidak perlu apabila usia semakin meningkat. |
Jadi di sini saya akan menolak segala pemikiran karut tersebut dan menekankan bahawa saya ada satu rahsia yang boleh membantu anda bagi memiliki badan yang langsing serta keserian wajah seperti yang anda idam-idamkan..
.. dengan cara yang lebih mudah dan praktikal juga tanpa membelanjakan wang yang banyak serta melakukan proses rawatan yang merumitkan anda.
Pergilah ke mana-mana pakar kesihatan mahupun pakar kecantikan dan tanyakan pada mereka apakah cara terbaik untuk memiliki badan yang langsing, sihat serta wajah yang berseri dan pasti pakar-pakar tersebut bersepakat dengan mengatakan ‘DIET’ yang betul.
“ Hmm… ingatkan apa tadi rupanya ‘DIET’… kalau ‘DIET’ aku tahulah… “ , jika inilah respons anda maka satu perkara yang saya ingin tekankan...
Ya betul, semua orang tahu apa itu ‘DIET’ tetapi berapa ramaikah yang tahu bagaimana melakukan ‘DIET’ yang betul dan berkesan khusus bagi para wanita yang ingin kelihatan langsing, berseri wajah serta sihat tubuh badan dengan lebih mudah dan cepat?
Ramai yang salah faham dengan ‘DIET’
Bila sebut ‘DIET’ ramai diantara kita khususnya wanita salah faham. Jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas di minda ramai para wanita apabila percatan ‘DIET’ disebutkan lepada mereka.
‘DIET’ sebenarnya adalah terma bagi amalan pemakanan. ‘DIET’ yang sihat adalah amalan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu ada bagi memastikan kesemua khasiat serta nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala khasiat-khasiat tersebut.
Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.
Fakta yang perlu anda ambil perhatian :
Jenis Diet | Tugas | Kesan |
Pengambilan Herba/Jamu | Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja. Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan. | Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Kekurangan tenaga dan nutrien |
Pengambilan Pil Diet | Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja. Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja. | Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan |
Penggunaan Julap / Teh Pelangsing | Menggalakkan kesusutan air dalam badan. | Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi |
Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara
[source: rahsiadietwanita.com]
No comments:
Post a Comment