Thursday, August 25, 2011

Resipi Pilihan: Rendang Daging Minang



Bahan-bahan :

  • 1 1/2 kg daging - dipotong ikut suka
  • 3 sudu besar kerisik - pastikan kerisik tu bila masak hitam sedikit, jgn pulak sampai hangit
  • 2 btg serai ditindik
  • Cili kering (dikisar tetapi diasingkan daripada bahan kisar yang lain)
  • 2 helai daun kunyit dihiris
  • 1 biji kelapa diambil santannya
  • Sedikir serbuk penambah perasa (ajinomoto, maggi cukup rasa dan lain-lain)
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan (dikisar) :

  • 1 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • Lengkuas (pastikan pilih lengkuas yang tua dan keras supaya baunya sedap)
  • 1 inci kunyit
  • Cili padi ( ikut cita rasa)

Cara masakan :

01.Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, cili kering kisar yang telah diasingkan dan daun kunyit.

02.Bila sudah naik bau, masukkan daging dan tunggu sehingga air daging tersebut kering. Setelah itu masukkan santan.

03.Masukkan serai tindik, garam, dan serbuk penambah perasa.

04.Bila kuah rendang kelihatan sudah pekat dan daging sudah lembut, masukkan kerisik (ketika masukkan kerisik api mestilah sederhana kuat sahaja).

[source: iluvislam.com]

No comments: