Wednesday, June 08, 2011

Makan angin @ Kota Bharu

Day 1 & 2: jumaat & Sabtu, 3 & 4 Jun 2011
Planning to K.B ni 2 minggu lepas, akhirnya dpt jgk tiket bas (stlh penat pegi 7 kaunter tiket). Akhirnya ku dapat jugak! Naik bas dr Sri Putri nearly 9pm. Ajak mom skali jalan2 memandangkan ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke Kelantan..huhu [gembirakan hati bonda, dpt pahala banyak]. Hampir 9.30am keesokkan harinya selamat smpai di bdr KB. Nk check in, awal lagi. kami brkfast at restoran nearby, tk sedap tp sbb lapar..layankan je la. Then kami berjalan2 di pasar CT Khadijah smbil mom shopping sakan! (baju, periuk kukus, cadar etc). Nearly 11.30am, bro awee (KB Backpackers Lodge; bajet hotel) call me kata ada bilik kosong. Kesian mommy, dah la jalan jauh pastu kena turun naik tangga pulak. almaklumla bajet hotel (rm70/nite). Mom said, bilik ok. as long as ada aircond, katil & toilet..dh cukup bagus! alhamdulillah. Sementara menunggu anim & fiancee, kami sempat baring skjap & brsiap2 utk ke majlis perkahwinan Faidah (ofismate UPeX). Nk cari umah faidah ni agak susah sket. kena tanya byk org. jumpa pakcik beca, "awak go straight, jumpa 3 api belok kanan". pergh! org kelate kecek london...huhu. Akhirnya kami smpai jgk umah faidah di Kg Senang, Kedai Lalat [pelik tp benar nama itu tempat]. Makan kenduri di kelantan, first time mak i rasa smua lauk. Snap pictures pastu kami pulang ke hotel. Tidor..........smpai hmpir jam 5.30pm! punyala letih sbb tk bleh tdo dlm bas mlm td. Tetiba riuh dgr kt luar hotel, rupa2nya ada program "walk with me" - Sultan Kelantan & rakyatnya berjalan2 di bdr KB. Sgt meriah... cuma aku tk larat nk join turun bawah. tengok dr bilik hotel je la. Mlm kami dinner kt restoren nasi air Pak Seh (sorry kalau wrong spelling). mom order mee Cambo (mcm mee sup, tp mmg sedap la). Tapau root bear float & nugget @ A&W. Brjln menyusuri malam..di bdr KB, sunyi sepi je..

Day 3 & 4: Ahad & Isnin, 5 & 6 Jun 2011
Seawal pagi kami keluar ke pasar CT Khadijah lagi. Heavy breakfast - nasi dagang, nasi putih, ayam percik, sotong & udang masak kari ala2 kelate.. mmg heaven! Alhamdulillah, ALLAH beri rezeki kpd kami brdua hari ni. yg terbaik dr ladang!!! Jalan2 kt kedai2 sederet, mom shopping tudung pulak. Then kami balik ke bilik hotel, rehat skjap & check out jam 12.30pm. Letak beg kt bus stand nearby (luggage station - rm1/bag sgt murah!). Kami bergerak susur kedai, mencari seluar jeans brjenama tp brand thailand la (adik pesan), tk jumpa jgk. Last2 kami ke KB Mall. Lama lepak kt sini, jalan2..tk bleh nk ke mana2 sbb ujan panas kt luar. Bila dh reda, kami bergerak balik ke pasar MPKB n lepak kt Parkson. Selesai solat magrib, berkejar ke bus stand smula. Tunggu bas Transnasional, nearly 9pm smpai. Syukur kerusi agak besar & luas, boleh la aku tidur dgn aman.... Awal subuh, tersedar di Chendor, tapau nasi goreng for mom sbb dia nk puasa katanya. Then aku trtdo balik. kesian kt mom, kakinya sakit katanya..aku urut2 tp tertdo balik. Subuh di Masjid Tenang, Labis. Hampir jam 9.45pagi tiba di Sri Putri Skudai... Smpai umah terus siap2 gi ofis (wpun aku cuti). nk settlekan urusan bos & big bos ke U.S & Japan next week. Aduyai...badanku letih..sabar je la. teringat 'Berkhidmat untuk negara kerana Allah"..semangat utk pi kerja kembali! huhu..poyos!

Few pictures taken..yg sempat ku ambil. Lain2 sakan brjalan je..hehehe.

Jalan2 @ pasar CT Khadijah, KB. Sultan kelantan tenggelam di dalam ramai2 rakyatnya yg bersama2 dlm program "Walk with Me".


sekitar perkahwinan faidah...Tahniah dik, i'm happy for u.. [syahdu tgk faidah...tringat kami prepare sama for our enggagement & wedding day]. Hantaran by famy gorgeous & pakaian dr boutique pengantin JB tu.. simple je pelamin & yg paling aku suka, pulut colorful. Ini kali ke dua aku jmpa (sblum ni wedding Miza @ Gannu). Sempat tgk newly baby born, our ofismate, Hairi & Nurul (sepupu faidah).


(kiri) muka penat tunggu bas nk balik JB... (kanan) akhirnya..kami smpai di Sri Putri

1 comment:

Noraini Mohd Zain said...

wah jauh perjalanan sey.. hehe..