Ada orang suka mendengar muzik, ada yang minat mendengar, ada yang suka bermain alat muzik, ada yang sekadar suka-suka, ada yang tidak minat langsung dengan muzik dan ada yang gila muzik. Saya gila muzik. Itu saja yang saya tahu. Saya punya ramai kawan dan kenalan di kalangan pemuzik. Mereka-mereka ini kebanyakannya jujur dengan kehidupan mereka. Ada juga kawan saya yang tidak minat pada muzik. Pun saya tak ada masaalah. Kebanyakan manusia di mukabumi ini suka pada muzik dan irama.
Muzik mampu melesaikan kusut di minda kita. Hidup kita ini ibarat laut. Sifat-sifatnya adalah gelombang, tenang dan bergelora. Kita perlu menerimanya kerana itulah sifat kita manusia.
Untuk saya sendiri, muzik itu sangat membantu saya dalam tempoh waktu hidup saya sebagai manusia, seorang bapa, suami, pekerja, pemuzik, penulis, kuli..busker..apa saja watak saya. Muzik itu berserta, ada dalam diri saya. Apabila sunyi, di situ pun ada muzik juga bilamana kita mampu mendengar bunyi degup jantung kita, bukankah itu juga bunyi-bunyian dan jika kita lebih fokus pada degup jantung kita, tahu dan sedarlah kita bahawa kita ini bukanlah keseorangan walau dalam sunyi sekalipun. Maka cari dan rasalah bunyi-bunyian di dalam tubuh badan kita sendiri.
[source: www.crgcommunication.com]
No comments:
Post a Comment