"Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me! - Jurutera, Chieha Salihah Hashim
Wanita muda menjadikan aset berwajah cantik, seksi dan manja untuk ‘memancing’ lelaki tua yang sedia menerima cintanya. Bagi lelaki tua pula, ini pula bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’. Kalau dah wanita muda yang berperwatakan sebegitu hadir menyerah dalam hidupnya sudah pasti tidak ditolak. Padah yang bakal dihadapi wanita muda bersuamikan lelaki tua atau menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, sebaik saja berkahwin kemudian tidak diambil kira.Namun, ada juga wanita muda ini tidak bercadang menjadikan lelaki berusia itu sebagai pasangan hidupnya, tetapi sekadar sebagai ‘sugar daddy’, ‘perempuan simpanan’ atau ‘kekasih gelap’ yang dapat membiayai kehidupannya untuk hidup mewah. Begitu juga dengan lelaki tua ini, tidak semua yang mahu memperisterikannya, cuma ingin mencari ‘hiburan’. Tidak dinafikan, bukan saja orang biasa tetapi kaya, ahli politik, pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan sering kali menjadi sasaran utama wanita muda.
Justeru, dek rupa paras yang lebih menawan dan bijak, ia memberikan satu kelebihan kepada wanita muda mencari lelaki yang ‘berstatus’ bagi memenuhi keinginan material.
Ahli perniagaan juga seorang ibu, Jenni Aznah-Lander, 40-an, ketika diajukan senario itu, beliau tegas menafikan tidak semua wanita muda begitu, sebaliknya ia terpulang kepada matlamat seseorang itu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, senario itu agak membimbangkan terutama di bandar besar ada wanita muda menggunakan kelebihan mereka yang cantik, bergaya dan seksi untuk ‘memancing’ lelaki tua yang kebanyakan sudah beristeri yang antaranya sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka.
“Oleh itu, tidak mustahil, banyak perceraian berlaku membabitkan pasangan tua ataupun warga emas bahana kewujudan orang ketiga yang terdiri wanita muda itu. Senario sebegini secara tidak langsung memberikan impak besar kepada lelaki muda kerana terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih tua. Jika dibandingkan dari segi kewangan dan karier, lelaki muda memang jauh ketinggalan,” katanya menerusi e-mel, baru-baru ini.
Jenni berkata, ada banyak sebab mengapa wanita muda lebih tertarik kepada lelaki tua, selain daripada dapat menikmati kekayaan, mereka juga mempunyai sifat romantis, bertolak ansur, tenang, suka mengalah, bergaya dan kehidupan lebih teratur berbanding lelaki muda.
Sementara itu, Pengurus Senior Penjualan Teknologi, Iqbal, Abdul Wahab, 47, berkata tidak dinafikan wanita muda memerlukan kewangan sebagai aset terutama yang hidup di kawasan bandar. Gaya hidup yang tinggi selain semuanya mahal dan harga meningkat, mereka memerlukan seseorang yang memahami apa yang dimahukan dan mampu menjaganya.
“Bagi lelaki yang sudah berumah tangga yang mempunyai kenalan di luar mungkin ia adalah ‘trofi’ mengenali wanita muda. Tetapi, mungkin hanya atas dasar kerja. Tidak dinafikan juga yang mempunyai hubungan itu atas beberapa sebab, antaranya sudah bosan dengan isteri dan tidak lagi menjaga penampilan untuk suami.
“Isteri yang kurang mengambil hal ehwal suami kerana terlalu sibuk dengan kerja harian atau di pejabat serta mengurus anak dan cucu hingga lupa suaminya juga memerlukan belaian kasih sayang,” katanya.
Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Dalam apa juga keadaan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk mencari pasangan. Baik si lelaki tua mahupun wanita muda. Tepuk dada tanya selera.
1 comment:
reallyy??...Hhhmmmm....reallyy???
~tigerlox~
Post a Comment